Sebuah gema,
Dari ufuk tiada nama,
Dengar bukan dengan telinga,
Hairannya langsung pada jiwa.
Gema tiada kata,
Seakan frekuensi asing menyelubung semesta.
Diusungnya adalah dimensi lazim yang tiada dibena tata.
Mengetuk pintu pelawa menyusul sebelum tamat cerita.
Carilah aku yang baru di sana.
Dia lebih kuat sebab di sana tiada sedih dan kecewa.
Yang ada hanya percaya dan percaya.
Biarpun air ditatang tumpah dia percaya pada rezeki.
Biarpun berdarah tersungkur dia percaya pada hikmah.
Biarpun kalah dia percaya tiada usaha sia-sia.
Biarpun belum didengar dia percaya pada yang Maha Mendengar.
Biarpun takut dan resah dia percaya kuasa luarbiasa menemaninya.
Di sana hanya senyum dan tenang.
Aku ingin bertemu kamu yang baru di sana.
- ﺵ
YOU ARE READING
Seusai Senja Engkau Pergi
PoetrySedikit coretan kata dari atma. Terpesong akan manis cinta, menukar rasa menjadi tawar. Sedih dan tangis diselebungi dengan senyuman semata mahu orang sekeliling berasa senang. Namun hakikatnya, sakit robek jiwa tiada sapa yang tahu. Biarlah naskah...