Apa terjadi kalau seorang wanita yang gemar menukar lelaki seperti pakaian? Bukan jatuh cinta tetapi hanya ingin mengisi kesunyian hidup dan mengikis apa yang patut. Dia adalah Julianne Janessa. Wanita bekerjaya dalam bidang pereka fesyen. Dia tida...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Matahari sudah menutup tirai. Malam pula sudah menyusul tiba. Sepatutnya waktu begini sudah ramai yang pulang ke rumah masing-masing setelah seharian bekerja. Namun, tidak bagi seorang gadis yang sedang bertungkus-lumus menggapai cita-cita.
Suasana di ruang kerjanya sedikit berantakan. Lukisan mengenai projek perekaan baju gaun terbaru penuh di atas meja. Terlihat juga ronyokan kertas yang penuh di tepi tong sampah. Gara-gara terlampau stress, buang sampah pun sesuka hati. Begitu saja dia lemparkan kertas hasil dari kerja tak menjadi.
Tangannya masih lincah melakar satu persatu design gaun terbaru miliknya. Rambut kemas diikat sanggul. Baju lengan panjangnya dia gulung hingga ke siku. Sebatang pen maker kecil berwarna merah jambu, dia selit pada telinga kanan. Manakala, sebatang pen maker warna ungu kekal digunakan pada masa kini untuk mewarnakan setiap lukisan dia reka.
Dengusan nafas berat kedengaran di bibir mungilnya. Hampir 3 jam berdiri, kini dia berjaya duduk jua di kerusi empuk. Akhirnya, siap juga idea rekaan terbaru.
Sikit-sikit dia angkat kertas yang siap dilukis. Satu senyuman besar menghias bibirnya. Tak lupa juga satu butir berlian yang bersinar lekat di gigi taring sebelah kanannya.
"Akhirnya, siap juga design baru. Tahniah Julianne Jenessa! You did it!You dah buat yang terbaik. This is time to show your shines!" Dia menjerit keriangan. Lega rasanya bila sudah hilang satu beban di bahu sendiri. Fuh!
Tak sangka selama empat tahun Julianne Jenessa dalam bidang pereka fesyen, kini dia sudah mempunyai nama sendiri. Erti kata lain, dia sudah mempunyai sebuah perniagaan yang menghasilkan jenama terkenal di negara ini. Sejak kebelakangan ini pun, ramai yang sudah nampak hasil kerjanya dan mahu berkolaborasi sekali. Syukur. Ini adalah hasil yang memuaskan!
Jam di pergelangan tangan ditilik sejenak. Sudah jam 2 pagi. Gila rupanya si Julianne ni. Pukul 2 pagi masih giat buat kerja. Herh. Nasib baik kerja ini betul-betul enjoy untuk dia buat. Kalau dia tak suka, mungkin... Lain jadinya.
"Let's go home, young designer. Kita perlukan rehat secukupnya dan baru boleh bentang kerja ni nanti. We need to rest."
Dia kemaskan meja terlebih dahulu. Disusun elok segala jenis file yang ada. Setelah memastikan semua dalam keadaan baik, barulah dia membawa diri keluar dari kedainya.
Kereta berjenama mini Cooper berwarna merah didekati. Sengihan lebar tercipta. Lalu, satu ciuman dilakukan pada bumbung kereta.
"Hello my sunny. Finally, we can back home!You mesti rindu mummy kan? Sorry lah. Mummy busy kerja sangat. Jangan nak merajuk pula tau. Mummy janji lepasni kita balik awal, okey?" Habis dia bicara dengan kereta kesayangan, tubuhnya mulai masuk ke perut kereta.
Time to go home!
10 minit dalam kereta. Jalan tidak terlalu sunyi. Maklumlah, ini kawasan bandar. Mustahillah kalau sunyi dan tak ada orang. 24 jam mesti ada saja kenderaan yang datang bergolek disini. Tambah pula, disekitar laluan perumahannya dipenuhi dengan kedai-kedai yang dibuka sepenuh masa. Jadi, memang tak takut lah kalau lalu seorang diri. Nak nak lagi ditemani Sunny yang baik ni. Lagi enjoy perjala....
Kraakk! Kraakk! Dushh!
Tiba-tiba kereta yang dinaiki oleh Julianne Janessa menghadapi gegaran yang membuatkan keretanya semput untuk meneruskan perjalanan. Tak fikir banyak, Julianne terus menghentikan kereta di tepi. Lampu double signal diberikan sebagai tanda kecemasan. Tapi itupun hanya bertahan dalam beberapa minit apabila lampu dan segala jenis enjin juga mati dalam masa yang pantas.
Julianne berubah cuak. Terbungkam dirinya. Mata berubah besar. Perasaan panik mulai masuk menjengah jiwa. Ah! Baru tadi dia bersyukur. Asal pulak waktu macam ni dia nak buat hal?!
"Oh my god, Sunny! Ini bukan masa yang sesuai untuk you buat perangai, sayang! Kenapa you buat mummy macam ni? Alaaaa.... Sekarang macam mana nak balik ni? Baby, how dare you! Argh!" Dia menjerit kecil dalam kereta.
Mata melilau merata mencari manusia yang bisa membantunya. Tapi nampak gaya, kawasan sini agak sepi berbanding kawasan awal tadi.
Telefon dibawa keluar dari beg tangan. Bergegas dia menelefon seseorang. Mana tahu boleh tolong. Namun...
'The number you have dialed is unavailable. Please call again.'
"Ah! Mana you pergi, Sam? Please help me! Kenapa waktu macam ni you nak menghilang?"
Sekali lagi dia cuba menelefon orang yang bernama Sam. Tapi setiap kali itulah telefon lelaki itu tidak berdering.
Julianne makin resah. Peluhnya bercerau. Jantungnya berdegup kencang. Dada makin lama makin rasa sesak. Ah! Dia benci perasaan ni.
Satu benda yang dia tidak beritahu orang adalah kelemahan dirinya. Dia tak boleh duduk dalam keadaan gelap. Nyctophobia. Macam sekarang! Kalau tidak dia akan rasa pitam dan mahu pengsan!
Kaki Julianne tak duduk diam. Dia cuba mengawal nafasnya untuk lebih bertenang. Mata dipejam. Satu nafas panjang diambil. Kemudian perlahan-lahan dia lepas sehingga lega. Banyak kali dia ulang benda yang sama. Tapi tetap tak berubah. Nafas rasa lagi semput!
Rasa gelisahnya makin menjadi-jadi. Bulu roma meremang tinggi. Dada rasa sulit mengepam oksigen. Dia terasa ingin pengsan. Penglihatannya kian kabur. Julianne cuba untuk bertahan tetapi tidak berjaya.
Sikit-sikit mata ingin tertutup. Namun...
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan bergema di tingkap pintu kereta. Semerta, matanya terbuka luas. Laju dia melihat tingkap pintu disebelah. Dalam samar-samar dia merenung ruang tingkap. Ada seorang lelaki mengetuk dengan wajah penuh kerisauan.
Seketika, Julianne Janessa mengukir senyum. Dengan langkah memberat, tangannya membuka pintu kereta.
Tap!
Kakinya berjaya menjejak keluar. Dalam kesamaran, matanya masih merenung lelaki yang dia anggap sebagai penyelamat.
"Miss, are you okey? Kenapamobilnyadiparkirindisini ya? Punya masalah?"
Soalan bertalu-talu dari lelaki yang berbicara menggunakan bahasa Indonesia raya itu dibiar sepi. Julianne bagaikan seorang perempuan yang sedang kemabukan. Akan tetapi, dalam separa separuh sedar itu... dia sempat melihat nama lelaki di baju yang dipakai. Zyran Alistair.
Satu sengihan panjang terukir. "Thanks god. You're save me!" Sempat dia menolog sendiri sebelum tubuhnya meleyot jatuh diatas dada lelaki yang menyelamatkannya.
Lelaki itu terpana. Kejung tubuhnya bila wanita tidak dikenali itu jatuh dalam pelukan. Nafasnya pula terasa sempit tiba-tiba.
Fikirannya bercelaru. Memikirkan apa yang patut dia lakukan sekarang. Wanita itu sudah pengsan sepenuhnya. Mungkin dia perlu bawa ke hospital? Ya, satu idea yang bernas!
Tanpa berfikir panjang, lelaki yang bernama Zyran Alistair di baju itu langsung menggendong Julianne masuk ke kereta Range Rover miliknya.
Sebelum mereka berangkat, sempat Zyran mengambil benda penting didalam kereta terutama sekali handbag dan kunci kereta. Risau juga kalau ada yang mencuri nanti.
Beberapa saat kemudian, Zyran langsung menghidupkan enjin. Kemudian, perlahan-lahan dia bawa kereta menuju ke hospital.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.