🎍- Chapter 01

21 7 0
                                    


"Abang dah beritahu adik jangan ikut abang. Kalau ibu dan ayah tahu?"

"Abang janganlah risau. Ibu dan ayah takkan marah lah adik ikut. Adik cuma nak teman abang."

Rengek adik perempuannya. Si abang tak lagi berdaya hendak melawan. Jikalau si adik sehingga merajuk, tak ke payah dia hendak pujuk. Adiknya itu juga bukannya makan pujuk. Silap hari bulan, dia pulak yang perlu geledah hutan belantara ni.

Itu pun semata mata mahu mencari si adik yang berdegil tak mahu pulang.

"Adik tak ingat ke apa pesan ayah?"

"Adik jangan ingat apa yang ayah dah pesan tu gurau semata mata ya."

"Kita tak tahu apa yang ada dekat dalam hutan belantara ni. Kalau dah tersilap langkah, naya tahu. Abang bukannya tak nak adik ikut tapi kalau apa apa berlaku kepada adik macam mana? Apa yang abang nak jawab dekat ibu dan ayah kelak?"

Bukan main panjang si abang berleter sehingga tidak sedar bahawa adiknya tidak lagi berada di samping. Tak semena pemuda itu kaget.

Nama adiknya dipanggil panggil namun tak juga bersahut. Si abang naik gelisah. Padahal barusan tadi adiknya masih ada di sebelahnya. Barangkali kerana asyik membebel, dia tidak sedar akan kehilangan adiknya yang entah ke mana.

"Kau jangan main main dengan aku. Habis aku kena dengan ayah nanti."

"Adik! Adik! Kau dekat mana?!"

*
*
*

Sekelip mata, aku dapati diri aku tak lagi bersama dengan abang.

Entah bagaimana aku sehingga boleh berada di sini. Aku panggil abang acap kali namun tak juga bersahut. Kelibat abang juga tak kelihatan oleh aku di mana mana. Cuma aku seorang di tempat ini, di hutan belantara ini.

Debar di dadaku bukan kepalang. Masakan aku tak kecut perut.

Aku barusan terpisah dari abangku.

Kini, aku berada di tempat yang serba asing ini. Aku tidak melihat seorang pun manusia di sini untuk aku minta pertolongannya. Argh, aku mahu pulang. Aku tak mahu berada di sini. Barangkali benar kata abang.

Aku sepatutnya patuh akan apa yang ayah pesan. Tapi, aku degil.

Aku mahu juga ikut abang ke hutan.

Sehinggalah aku mendengar bunyi derapan langkah dari belakang.

Setiap langkah yang diatur, bunyi ranting kayu yang patah menampar nampar gegendang telingaku. Dari hujung alis mata, aku ingin kenal pasti siapa si empunya derapan langkah itu. Aku mahu tahu tapi aku tak berani hendak menoleh.

"Manusia?" Sehinggalah butir kata itu menarik mataku untuk berkalih.

Tak semena mata aku membuntang sebaik iris mataku jatuh melirik seorang pemuda bertubuh tinggi. Pakaian yang tersarung di tubuhnya kukira serba mewah. Ralit mataku mengamati pemuda itu sehingga aku melihat sepasang matanya yang dilitupi oleh kain putih.

Aku kira pemuda ini buta. Sepasang matanya itu cacat.

Tapi, siapa pemuda ini?

Bagaimana dia sehingga boleh ada di tengah hutan belantara ini?


🎍Tbc

[OG] RAVEN KING - Park JiminWhere stories live. Discover now