🎍 - chapter 02

6 6 0
                                    



"Awak ni siapa? Macam mana awak boleh berada di sini?"

"Dan, awak tahu tempat apa ni....?"

Bicara yang kulontarkan kedengaran bergetar. Tubuhku menggigil.

Aku takut. Masakan tidak. Aku tidak tahu apa apa pun tentang apa yang bakal mendatang. Entah aku masih mampu untuk bernafas ataupun tak. Entah aku masih mampu keluar dari hutan ini dengan jasad yang masih bernyawa atau jasad yang dah kaku.

Aku berjaga jaga. Sambil sambil aku perhati gerak gerinya, aku kerap melirik ke belakang.

Jikalau berlaku sesuatu, boleh lah aku lekas pecut lari menyelamatkan diri.

Sehinggalah aku melihat senyuman terbit di bibirnya. Entah kerana hatinya merasa lucu atau sebaliknya.

"Seperti yang orang orang katakan, aku ialah penjaga di sini."

"Penjaga hutan belantara yang tak sembarangan orang boleh masuk."

Aku gugup. Kala itu, debar di dadaku bukan kepalang. Walhal sepasang matanya dilitupi oleh kain, matanya itu seolah olah tajam merenungku. Seolah olah mahu menerkam aku hidup hidup kerana sembarangan masuk ke sarangnya.

Argh! Dek terperanjat, aku sehingga tersungkur ke tanah. Longlai lututku.

"Awak, ular!" Tempik aku.

Aku tuding ke arah seekor ular yang melilit dahan pokok.

Betul betul di atas kepalaku. Lidahnya menjelir, seakan mengancam.

Aku merangkak, mahu menjarakkan diri. Aku takut sehingga aku tidak lagi peduli akan apa apa pun. Tak semena lelaki itu lekas mengundur ke belakang sebaik dia rasakan sepasang kakinya kupeluk erat. Aku merengek ketakutan sambil menjerit mahu lekas pulang.

"Apa yang manusia lakukan di sini?"

"Engkau yang bawa dia, Raven?"

*
*
*

Aku beranikan diri mencuri pandang ke arah seekor ular di dahan pokok.

Jikalau tidak silap, ular itu bercakap?

Ular itu mampu mengeluarkan suara untuk bercakap dengan lelaki ini?

Aku gosok gosok mataku ulang kali. Sesekali aku tampar pipi sendiri andai sebenarnya aku sedang berhalusinasi. Sehinggalah aku melihat ular itu kini melilit tengkuk lelaki itu pula. Tak semena aku lekas mengengsot ke belakang.

Aku lihat sepasang matanya tajam merenungku seolah olah sedang menilai setiap inci tubuhku. Semakin aku menjarakkan diri, semakin ular itu datang dekat denganku.

Sehinggalah aku melihat ular itu ada tepat di hadapan mata.

Dek rasa takut yang teramat, aku tak tahu hendak berbuat apa.

Aku perlu lari. Ya! Untuk selamatkan diri, aku perlu lari dari sini. Tapi, aku tidak mampu untuk menggerakkan walau seinci tubuhku kala itu. Hendak mengambil nafas juga aku tak berani. Apatah lagi saat lidahnya yang bercabang nyaris menyentuhku.

"Kalau aku bawa dia ke mari, itu maknanya dia ialah tetamuku." Aku melihat lelaki itu sambar ular di hadapan mataku.

Itu lah apa yang kulihat kali terakhir sebelum pandangan mataku berubah gelap gelita. Akhirnya, aku pengsan di situ.



Tbc

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 11 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] RAVEN KING - Park JiminWhere stories live. Discover now