Rüya 1

7 0 0
                                    

PERNAHKAH kau orang dengar daripada mana-mana orang tentang dipandang rendah oleh keluarga sendiri dan mempunyai kawan yang mungkin tidak ikhlas berkawan dengan kau?

Aku pernah dan inilah permulaan kisah aku yang pendek tapi mempunyai kesan dalam terhadap aku untuk aku berusaha. Tetapi aku percaya kepada Allah SWT kerana ini ujian buat aku untuk aku jadi sosok yang kuat. Ya, aku seorang yang jahat tetapi aku juga ingin menjadi baik.

☃☃☃☃☃☃☃☃☃☃

“CEPATLAH! Kalau aku jadi bapak kau, aku dah tinggalkan kau, biar pergi sekolah sendiri. Lembab macam siput, macam kura-kura!”

Aku yang mendengar itu sakit hati dan berdecit geram dalam diam aku tidak melainkan aku diamkan sahaja, kalau aku melawan macam biasa nanti kualat, dahlah hari ini hari pertama persekolahan. Nanti ditimpa bala.

Usai sahaja aku bersiap aku terus lajukan langkah aku mengambil stokin hitam dan menyarungkan stokin hitam tersebut ke kaki aku lantas aku cepat mengambil beg sekolah dan menyalami tangan ibuku sebelum aku masuk ke dalam perut kereta dengan muka datar.

“Lambatlah kau ni!” marah adikku, Adwin.

“Diamlah kau! Kau pun sama lambat juga,” balas aku sambil buat muka.

“Eh, apa ini gaduh? Diamlah! Asyik bergaduh saja!” marah ayahku pula.

Aku duduk elok-elok sambil pandang hadapan, adikku pula menjeling aku tidak puas hati dari belakangku.

Lima minit kemudian kereta yang dipandu oleh ayahku sampai dihadapan sekolah. Aku menyalami ayahku begitu juga dengan adikku sebelum kami berdua keluar dari perut kereta. Selepas itu, aku dan adikku mengorak langkah melintas jalan untuk menuju ke pagar besar sekolah. Lepas sahaja dari pagar, ada beberapa pengawas sekolah lelaki dan perempuan sama seperti aku di situ untuk melaksanakan tugas pada waktu pagi.

“Kuku...,” tegur seorang pengawas sekolah perempuan.

Aku menunjukkan kuku ku padanya. Melihat kuku aku yang pendek dan bersih itu dia mengangguk dan membenarkan aku untuk ke dewan. “Jalan, pergi dewan ya,” Katanya.

Aku mengangguk dan memberikan sebuah senyuman sebelum aku mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Dengan pantas aku melangkah ke dewan, melihat sahabat aku disana, aku terus meletakkan beg aku di tangga tepi dewan dan menapak ke arah sahabat aku itu. Sampai sahaja di sebelahnya, aku mengukir senyuman lebar dan menyapanya.

“Naelia...,” sapaku meleret dan lembut sambil tersenyum.

Dia memandang aku pelik sebelum dia membalas. “Kau dah kenapa pagi-pagi ni? Gila ya?” Soalnya sedikit kasar nadanya

Aku tersentak seketika, senyuman yang hampir mati itu aku lebarkan kembali sebelum aku ketawa yang dibuat-buat untuk menutup hati yang terasa.

“Hehehe... Tak ada apa-apa.” Aku diam selepas itu. Cuba untuk mencari idea untuk berbual-bual dengannya walaupun hati ini masih sakit.

‘Haihhh... Aku ni, kasar sedikit pun nak terasa. Apalah... Hahaha...’

Akhirnya aku diam sahaja kerana tiada idea mahu berbual dengannya dan hanya membuat riak datar sambil melihat sekeliling dewan terbuka ini yang dipenuhi dengan ramai murid dan beberapa guru bertugas di dewan tersebut.

Setelah beberapa saat aku diam, tiba-tiba sepasang tangan perempuan memeluk lengan kiri aku dan aku terkejut, aku kalihkan kepala aku ke kiri dan melihat seorang yang aku kenal iaitu Cui Jin Li sedang tersenyum pada aku sambil memeluk lengan aku. Dia menyapa aku. “Hai, Soya,” sapanya sambil tertawa kecil dan tersenyum manis pada aku.

Aku Ingin Menjadi Bintang Where stories live. Discover now