BAB 1

27 3 0
                                    

    Duduk sambil termenung dengan melihat ciptaan tuhan merupakan satu ketenangan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Duduk sambil termenung dengan melihat ciptaan tuhan merupakan satu ketenangan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.Fikirannya kosong seolah-seolah masalahnya hilang seketika

Namun ketenangan yang dirasai oleh Umairah mula terganggu dengan kehadiran sahabatnya

"hoi Umai jauh kau termenung" kata Hannah yang berdiri dibelakang Umairah

"ish kah ni terkejut aku..lain kali bagi salam lah dulu" disergah secara tiba-tiba siapa yang tidak terkejut,kalau ada penyakit jantung mahunya mati disitu jugak

"heheheh sorrylah,dah kau termenung jauh sangat,kalau kau ada masalah jangan pendam sorang-sorang apa guna kitaorang jadi sahabat kau tapi tak dengar masalah sahabat sendiri" Hannah tahu disebalik wajah yang sering senyum,ketawa itu menyimpan luka yang terpendam

Mendengar kata-kata dari sahabatnya,Umai mampu senyum sahaja kerna tidak semua benda perlu diungkap dengan kata-kata

"Tak da masalah sangat pun,cuma kau pun tahukan aku dah diberhentikan kerja jadi mana lagi aku nak cari duit untuk tampung perbelanjaan aku di universiti sekarang ni.Aku tak nak lah asyik susahkan mak bapak aku"

"Umai aku nak kau pegang kata-kata ni rezeki ada dimana-mana cepat atau lambat sahaja yang penting kau jangan putus asa,jaga hubungan kau dengan Allah, insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya untuk kau"

Mendengar nasihat dari sahabatnya Umairah tersenyum.Inilah sahabatnya ketika susah dan senang sentiasa bersama dengannya sejak zaman sekolah menengah sehingga sekarang

Setiap ujian pasti akan ada Allah selitkan hikmahnya yang penting kuncinya adalah SABAR

Di sisi lain pula Umar yang sedang ralit menyiapkan lukisannya untuk diberi kepada clientnya.Hidup menjadi seorang arkitek bukanlah mudah banyak cabaran yang perlu dilalu,kadangkala tidur pun diatas kertas

"Umar jom balik jam dah pukul 5 ni,esok kau sambung lagi dengan lukisan tu "teguran dari sahabatnya Amir dibiarkan berlalu begitu saja

"oi kau dengar ke tak,baik kau kemas sekarang sebelum aku koyakkan kertas kau tu" jelingan diberikan oleh umar

Umar bingkas bangun dari kerusinya dan mengemas meja kerjanya yang penuh dengan kertas-kertas kerja,lengan bajunya dilipat sehingga ke siku.Kalau tidak ditegur oleh Amir mahu  sampai ke malam Umar menyiapkan kerjanya

Usai mengemas terus mereka pulang "Amir boleh tak kau teman aku pergi  taman,hari ni aku rasa nak melukis dekat sana lah" ya itulah hobi Umar melukis.Baginya dengan melukis itu dapat meluahkan perasaannya

[OG]TAKDIR TERINDAHWhere stories live. Discover now