BAB:43

560 22 0
                                    


Kekuatan suami kerana adanya isteri yang solehah,

Kesabaran seorang isteri yang kuat kerana adanya suami tercinta.


SUARA amukan daripada ruang pejabat di kem itu menggetarkan semua orang yang mendengarnya. Tiada seorang pun yang berani menegur mahupun masuk campur. Ini melibatkan lelaki itu serta seorang perempuan yang berani mencabar kesabaran lelaki itu. Jadi,tanggunglah akibatnya.

BAM!!

BAM!!

Bunyi benda yang berlaga antara satu sama lain kedengaran sangat kuat. Menambahkan lagi getaran kepada sesiapa sahaja terutamanya orang yang berada di dalam bilik bersama dengan lelaki itu. Usah dikata. Menggeletar teruk.

"Kau kenapa hah perempuan!!! Kenapa kau hantar gambar-gambar tu dekat bini aku!!!Apa yang kau nak sebenarnya?!!" tempikan lelaki itu bergema kuat. Dia sudah hilang sabar. Teringat wajah isterinya yang menangis semalam membuatkan rasa marahnya terhadap ini menggunung tinggi.

"Jawablah!!!"

Meja itu ditepuk kuat. Tidak cukup dengan itu dinding ditumbuknya pula. Kesabarannya sudah mula menepis. Sudah lama dia bersabar dengan perempuan ini. Tetapi kini kesabarannnya diuji dengan tindakan melampau perempuan di hadapannya ini. Berani perempuan itu mengedit gambarnya yang sedang bermesraan padahal ketika itu semua orang ada bersama. Dia sendiri tak tahu macam mana perempuan tu boleh ada gambarnya sahaja.

"Sa..Saya."suaranya seperti tersekat dikerongkong. Tidak tahu mahu memberi alasan apa.

"Saya apa?! Aku cuma nak tahu sebab apa kau boleh bertindak gila macam ni?!!" fail kosong yang berada di atas mejanya dibaling pada dinding di belakang tubuh perempuan ini.

"Sebab saya cintakan awak Ghazi. Saya cintakan awak!!!" jawab Fasha dengan ton suara yang agak tinggi juga. Meluahkan apa yang tersirat di hatinya. Dia cintakan lelaki ini. Dia ingin memilik lelaki yang hebat ini.

Bibir itu menyenget sinis. Kemudian, rahang diketap oleh Ghazi. Baginya perempuan itu tidak layak melafazkan perkataan itu kerana dia suami orang. Jika isterinya mendengar sendiri kata-kata itu sudah pasti luluh hati wanita lembut itu.

BUK!!

Meja itu dihentamnya sekali lagi.

"Cinta kau tak layak untuk aku. Aku suami orang, Fasha. Aku cintakan isteri aku lebih daripada segalanya!! Aku tak sanggup hilang dia demi balas cinta murah kau ni!! Kau kena sedar benda tu!!! Aku paling benci perempuan yang suka merosakkan rumah tangga orang lain untuk diri sendiri!!" Ghazi sudah tidak peduli bahawa gadis ini merupakan anak mejarnya. 

Amarahnya perlu dilepaskan untuk memahamkan perempuan ini. Dia sudah tak kisah jika dia akan dikenakan tindakan ataupun perkara lain kerana rumah tangganya lebih penting.

"Selama ini kau ganggu aku, aku masih lagi boleh bersabar dengan perangai kau sebab apa!!! Sebab kau tu anak Mejar Hasaan!!! Aku taknak disebabkan perangai anak dia yang tak tahu malu terkejarkan suami orang, tuan yang dapat malu!! Aku masih lagi ada rasa hormat dekat kau sebagai rakan sekerja, kalau perempuan dekat luar sana memang kau takkan berani lagi nak hadap aku dengan cinta murah kau tu!!!!" 

Terus menerus kata-kata cacian keluar daripada mulut lelaki yang dianggap mempunyai sisi lembut dan baik. Fasha tak sangka perubahan lelaki itu begitu mendadak apabila melibatkan isterinya.

"Sa..saya minta maaf." Fasha cuba untuk meraih simpati lagi pada lelaki itu dengan perkataan maafnya.

"Perkataan maaf kau tu hanya sampah bagi aku. Maaf kau takkan boleh hilangkan luka yang kau dah bagi dekat hati bini aku!!! Bodoh!!" untuk kali ini perkataan yang tidak sepatutnya sudah keluar dengan laju. Begitu berbisa di telinga Fasha dengan makian tersebut. Tertunduk gadis itu. Air matanya mengalir kerana malu diperlakukan sebegini walaupun itu datang dari salahnya.

Pintu yang terkuak itu tidak langsung mengalihkan pandangan daripada wajah perempuan tersebut. Dia benci dengan wajah itu bermulanya pada hari ini.

"Tuan."panggil Ilham. Dia mendapat berita daripada orang bawahan mengatakan Ghazi mengamuk. Terus diambil keputusan untuk ke sini bersama dengan Amsyar memandangkan Aryan,Afiq dan Haider ada urusan di luar. Anak buahnya diuruskan oleh orang lain buat sementara waktu untuk dia dan Amsyar menyelesaikan perkara ini.

"Kau diam!!! Aku tak settle lagi dengan perempuan ni!!!" amaran tegas diberikan kepada Ilham.

"Banyak lagi lelaki dekat sini yang masih bujang, kenapa aku juga yang kau cari?!! Kau terpikat dekat aku sebab layanan aku baik terhadap kau, kau boleh ambil kesempatan dekat situ!!! Kau ingat diam aku terima saja dengan perangai kau yang tak tahu malu ni!!! Aku tak sebaik yang kau sangka Fasha!! Aku boleh jadi kejam dan jahat bila melibatkan orang yang aku sayang iaitu bini aku!!! Nyawa aku!!! Kau nak tahu tak perkara yang paling menyakitkan hati aku adalah bila aku lihat bini aku sakit,terluka dan kecewa. Perkara yang paling aku benci bila orang itu cuba merosakkan rumah tangga aku seperti mana yang kau buat sekarang ni!!!"

Matanya sudah mula memerah. Tangisan gadis ini tidak bermakna kepadanya berbanding dengan tangisan isterinya.

"Aku tak minta banyak dekat kau, tolonglah faham, aku dah beristeri. Aku sayang isteri aku lebih daripada semua orang yang aku sayang. Hati aku hanya pada dia. Jiwa aku milik dia. Tubuh aku hanya untuk dia tidak pada orang lain. Jika waktu sekarang kau kecewa disebabkan aku tolak cinta bodoh kau, isteri aku lebih lagi kecewa malah lebih lagi menderita daripada apa yang orang lain tengok. Wajahnya yang tenang itu banyak menyimpan segala duka dan lara dalam hati. Aku sangat yakin dan jamin jika kau duduk dekat tempat isteri aku walau hanya satu saat kau takkan mampu hadap apa yang bini aku hadap. Seorang isteri yang banyak berkorban perasaan, mental dan fizikalnya hanya untuk aku. Sungguh besar pengorbanan isteri aku. Aku takkan siakan perngorbanan dia hanya semata cinta kau. Aku taknak disebabkan perasaan kau ni isteri aku hilang kepercayaan kepada aku. Aku taknak benda tu hancur demi menjaga hormat aku kepada kau dan mejar,aku akan hilang bini aku." Ghazi sudah tidak dapat menahan sebak. Dia takut.

Perkara itu yang dia paling takutkan iaitu sebuah kepercayaan isterinya hilang terhadap dirinya. Dia tak sanggup. Untuk membina sebuah kepercayaan kepada seseorang bukan mudah terutama pasangan. Teringat wajah kecewa isterinya itu lagi dia rasa tidak berguna. Walaupun isterinya itu tidak marah dengan gambar tersebut namun dia yakin isterinya itu sedang menahan sakit yang tidak tertanggung.Ghazi juga tak sanggup hilang isteri tercintanya.

Menangis Ghazi di situ.

"Ya Allah."

"Tuan. Tenang."

Ghazi bangun semula daripada berlututnya tadi. Kakinya dicekalkan untuk berdiri. Ditepis tangan yang cuba membantunya.

"Cukuplah dengan masalah yang aku dengan bini aku kena hadapi sekarang ni janganlah kau tambah lagi. Jangan kau gunakan bini aku kerana sikap lembutnya. Aku harap kau jauhkan diri kau selepas ini.Wajah kau tu aku tak nak tengok.Aku benci.Benci.Sekali aku benci kau selamanya aku akan benci."

Pernyataan itu sangat meremukkan dan menghancurkan perasaan Fasha. Pengakuan benci lelaki itu sangat membuatkan dia terasa dirinya dihentak dengan teruk sekali.

"Ghaz. Saya minta maaf."

"Get out!!"

"Saya janji tak buat lagi.!!"

"Get out!! Aku cakap!!!"

"Saya.."

"Keluar Fasha. Bagi tuan masa untuk tenangkan diri dia."kali ini Amsyar pula bersuara sebelum Ilham yang berkata. Kalau lelaki itu berkata mahu perempuan ini boleh bunuh diri akibat terlampau malu.

"Saya."

"Kau jangan aku tambahkan malu kau lagi perempuan. Jadi lebih baik kau keluar.Keluar!!" Rasa menyampah Ilham dengan perempuan ini. Tak kisahlah kau anak panglima sekali pun sekali mencari pasal dengan aku memang aku bagi cukup-cukup.

Fasha terus keluar dari bilik tersebut dengan rasa malu yang tidak tertanggung.Kepalanya menunduk ke bawah dengan pandangan orang lain terhadapnya. Dia malu sangat. Tindakan bodohnya itu menyebabkan dia malu dan sia-sia. Menangis Fasha meluahkan semua perkara yang dialaminya. Jika dia tidak bertindak sebegitu pasti dia tidak akan hadap kebencian lelaki tersebut. Namun, nasi sudah jadi bubur. Kerana tindakan sendir membuatkan seseorang itu menyesal tiada kesudahan. 





Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now