"Saya nak awak fikir betul-betul dan tanya diri awak, betul ke awak cintakan dia sepenuh hati? Tuluskah kasih dan sayang awak untuk lelaki itu? Jika awak sudah dapat jawapan itu datanglah berjumpa dengan saya dan ketika itu juga saya sediri akan undur diri."walaupun hatinya terpaksa rela dengan sebarang kemungkinan selepas ini, sekurang-kurangnya dia sudah pupuk hatinya dari awal untuk menerima semua benda ini. Dia perlu latih diri dia untuk menjadi lebih kuat lagi.
"Sebelum itu, saya minta maaf sangat-sangat jika saya ada sakitkan hati awak dengan kata-kata saya. Saya minta maaf. Saya masuk dulu. Assalamualaikum."tangan yang dipegangnya itu dilepaskan dan berjalan masuk ke dalam rumah menuju ke biliknya.
Dia perlukan rehat buat seketika sementara menunggu suaminya itu pulang.
Hilang sahaja kelibat kakak iparnya, Haiza yang sedari tadi memerhati itu dan mendengar apa yang dikatakan oleh Hayfa tadi berjalan kepada Amira yang masih lagi berdiri sambil tangannya mengesat perlahan air mata. Kata-kata itu berjaya meresap ke dalam hati sesiap sahaja yang mendengarnya.
Sampai tahap itu sekali kakak iparnya sanggup berkorban. Dia juga terkejut dengan apa yang didengarinya namun diketepikan dahulu. Nanti dia akan fikirkan kemudian.
"Kenapa dalam banyak-banyak lelaki yang kau kenal,along aku juga yang kau nak? Kau tak kesian ke dengan kakak ipar aku. Aku sendiri tak gamak nak tengok dia menderita. Kenapa kau nak tambah lagi derita dia. Kau fikirlah baik-baik. Aku taknak dengan apa yang kau buat ni hidup kau tak tenang."
Haiza juga pergi meninggalkan tempat itu. Dia harus mencari kakak iparnya. Dia rindu. Sudah lama dia tak balik sini kerana terlalu sibuk dengan operation dan tugasnya. Jadi, kesempatan yang ada dia perlu gunakan.
Namun,apabila balik ke sini pula sebuah kejutan yang diterima olehnya. Kejutan yang dia tidak terduga.
Amira menekur lantai itu.
Dia tidak tahu hendak berbuat apa. Fikirannya terbayang-bayangkan kata-kata lembut Hayfa. Dia diserbu rasa bersalah. Akhirnya dia juga beredar daripada situ untuk pulang ke rumahnya. Niatnya juga untuk menyakitkan hati wanita itu tetapi sebaliknya berlaku. Allah masih memberinya peringatan melalui wanita ittu. Jadi, dia akan cuba untuk bermuhasabah diri.
"Assalamualaikum." Ghazi memberi salam sambil kakinya membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah manakala kasut yang berada di tangannya itu diletakkan di rak kasut yang telah disediakan. Kakinya melangkah lagi untuk bergerak ke atas untuk bertemu dengan sang isteri tetapi teguran daripada mamanya membuatkan Ghazi tidak jadi memanjat anak tangga tersebut.
"Ghaz." Dia menoleh.
"Mama. Kenapa semua orang berkumpul dekat sini?Ada apa-apa ke?" wajah yang berada di situ ditilik satu persatu sehinggalah terhenti pada wajah isterinya yang lesu itu walaupun wanita itu masih lagi menunduk.Kaki bergerak mendekati tempat itu dan punggungnya dilabuhkan di sofa single bersebelahan dengan sofa berkembar yang diduduki oleh isterinya serta adiknya Haiza. Manakala kerusi yang berangkai tiga itu pula diduduki oleh mama papanya serta adik bongsunya, Haura.
"Ni mama kamu ni. Balik saja papa daripada kerja mama kamu dengan wajah cemas beritahu papa yang isteri kamu tu terkena kaca. Dalam pula tu. Mama kamu ajak nak pergi klinik dia taknak. Jadi, Mak Lijah sahaja yang rawat luka isteri kamu tu." jelas Tan Sri Ghazar dengan apa yang diberitahu oleh isterinya tadi.
Terkejutlah jadinya.
"Ya Allah. Sayang. Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Ghazi cemas dan mencari mana satu tangan yang dibalut itu. Tangan itu diambil dan diusap perlahan. Hayfa masih lagi menuduk tidak berani melihat wajah sesiapa pun yang berada di situ.
Dia berasa takut hendak membuka mulut kerana gerangan yang tidak menyukai dirinya masih berada di situ.
"Isteri kamu ni rajin sangat nak mengemas rumah. Dia tak suka berduduk saja. Harini tak tahulah macam mana isteri kamu ni cuai sangat sampai terpecahkan pasu mama tu. Mama dah tegah dia jangan kutip serpihan tu tapi dia kutip juga itu yang terluka tangan tu."Puan Sri Hanum kalut-kalut bercerita tidak mahu menantunya itu membuka mulut. Dia tidak mahu suami serta anaknya mengetahui apa yang dibuat olehnya kepada Hayfa.
"Kenapa sayang buat macam tu? Lain kali panggil Mak Lijah. Jangan buat kerja sorang-sorang."nasihat Ghazi lembut tidak mahu isterinya terasa.Biasalah perempuan bila dalam keadaan sakit sangat mudah tersentuh hati.
Dia menilik tangan isterinya yang berbalut itu.
Dia terasa ada sesuatu yang tidak kena. Namun dia sekadar mendiamkan diri.
"Papa. Mama. Ghaz minta diri dulu ya. Ghaz rasa Hayfa perlukan rehat." Ghazi meminta diri terlebih dahulu. Ada perkara yang dia perlu dengar dari mulut itu sendiri.
"Baiklah. Bawa isteri kamu tu. Nanti makan malam, papa suruh Mak Lijah hantarkan."
"Baiklah papa. Ghaz dan Hayfa naik dulu. Assalamualaikum." Ghazi memimpin tangan isterinya perlahan. Sebelum itu isyarat mata diberikan kepada adiknya, Haiza supaya mengikutnya. Haiza yang faham juga meminta diri dan bergerak naik ke atas.
Haiza mengetuk pintu bilik abangnya dan membawa sekali beg perubatannya. Dia tahu bahasa isyarat abangnya.
Sedari tadi dia cuba memujuk kakak iparnya supaya dia dapat merawat namun banyak kali juga Hayfa tidak membenarkan. Akhirnya dia mengalah sahaja dan menunggu abangnya balik daripada kerja.
"Along nak kau rawat tangan dia." pinta Ghazi dengan wajah yang tegang.Haiza yang melihat wajah itu pun sudah ketakutan. Tidak berani hendak membuka mulut kalau wajah itu sudah seperti mencapai tahap amarah.
"Abang tak apa. Saya dah letakkan ubat tadi." Tegah Hayfa lembut. Dia takut jika Haiza yang merawatnya mesti adik iparnya akan tahu. Sebagai doktor pasti gadis itu tahu dan arif.
"Kau biar je Haiza buat kerja dia. Kau duduk diam-diam di situ."kata tegas itu membuatkan Hayfa terdiam seribu bahasa dan hanya membiarkan sahaja adik iparnya merawat luka tersebut.
Buka sahaja balutan tersebut sehingga ke lapisan yang melekat di kulit tapak tangannya membuatkan Hayfa meringgis perlahan.
Ghazi tanpa banyak kata terus melekapkan kepala isterinya di dadanya yang masih lagi tersarung baju uniform tenteranya sambil mengusap pipi itu perlahan.
Haiza yang melihat tersenyum seketika dengan tindakan abangnya yang dalam tegasnya romantik juga. Ingatkan nak dingin je sentiasa.
Terlepas sahaja balutan itu, dua pasang mata terus tertumpu kepada tapak tangan halus tersebut. Terpana mereka seketika. Luka tersebut tidak seperti luka biasa. Baru sahaja Ghazi ingin bersuara namun pantas dihalang oleh adiknya.
Dia tak mahu abangnya bertanya soalan yang dia sendiri berasa tersepit di hadapannya ketika ini. Dia masih tidak mampu terima dengan apa yang didengarinya tadi.
Haiza merawat luka di tangan kakak iparnya dengan penuh kelembutan takut sakitkan Hayfa lagi walaupun hakikatnya setiap sentuhan pencuci luka pada tangan kakak iparnya membuatkan wanita itu meringis kesakitan.
Setelah selesai merawat, Haiza kembali ingin membalut luka tersebut namun pantas ditegah oleh abangnya. Lelaki itu membuat isyarat keluar tinggalkan mereka berdua di bilik ini. Dia ada perhitungan dengan sang isteri. Haiza pula tidak berani hendak berkata apa tatkala wajah dingin dan bengis abangnya menerpa di ruang mata.
Sudah lama wajah itu tidak menyingga namun kini kembali muncul semula. Ghazi yang melihat sahaja pintu itu tertutup rapat terus menyuarakan apa yang dipendamnya sedari tadi.
"Kau tipu aku?" tangan itu dipegang kuat. Marahnya sudah membuak-buak.
![](https://img.wattpad.com/cover/360760842-288-k538412.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT)
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...