Episode 9

345 20 0
                                    

Sambung dari episode lepas

POV ANDA

Alamak bateri telefon habis pulak. Dah la tak bagi tahu puan dan cik lookaew lagi ni"_ bisik anda "

Dia dalam perjalanan pulang ke rumah anak yatim nya. Setelah 5 jam menaiki bas, dia akhirnya sampai di situ.

Sewaktu dia berjalan masuk ke dalam rumah anak yatim nya itu, dia mendapati keadaan yang sangat sunyi.

Ehh mana adik ² pergi ni, biasanya dorang main kat luar"_ ucap anda kebinggungan"

Anda!!"_ jerit seseorang dari jauh"

Anda memalingkan kepalanya.

Ehh asal kau kat sini?"_ Tanya anda"

Mari masuk dulu anda, nanti kau akan tahu"_ ucap kawannya itu "

Anda pun menganguk kepalanya Dan mengikuti kawannya Dari belakang.

Ehh kenapa sunyi kat sini, biasanya riuh macam pasar malam"_ sempat lagi anda bergurau namun kawannya tidak menghiraukan anda "

Anda pelik kenapa kawannya begitu kerana kebiasaanya kawannya sangat ceria tidak seperti hari ini.
Setelah beberapa minit berjalan akhirnya mereka sampai di depan pintu bilik ibu ( pengetua anda )

Ehh ibu nak jumpa aku ke?"_ Tanya anda "

Ye Ibu nak sangat jumpa kau"_ jawab kawannya itu "

Anda membuka pintu bilik ibunya itu dan terdiam kerana dia telah melihat ibunya itu terbaring lemah.

Ibu!"_ jerit anda sambil berlari ke arah katil ibunya"

Kamu dah sampai nak"_ ucap ibu dengan nada lemah"

Kenapa dengan ibu"_ Tanya anda dengan air matanya menitis"

Ibu sakit anda, ibu ada kanser hati. Kami dah buat sehabis baik kami untuk merawat ibu tapi kami tidak mampu"_ ucap doktor yang merawat ibu "

Ibu semua ini tipukan?"_ Tanya anda dengan harapan supaya itu semua adalah helah mereka"

Ibu anda hanya menangis melihat anda. Memang semua yang dikatakan oleh doktor adalah benar.

Anda maafkan ibu ye"_ ucap ibu "

Anda hanya mendiamkan dirinya sahaja dan menangis. Berat untuk dia menerima kenyataan bahawa ibunya akan pergi.

Anda ibu ingat nak dermakan mata ibu kepada majikan anda"_ ucap ibu memecahkan kesunyian"

Apa! Ibu nak dermakan mata ibu, tapi macam mana ibu tahu tentang majikan anda?"_tanya anda "

Kamu ingat ibu ni akan biar je anak ibu ni bekerja dengan orang asing ke. Ibu suruh aylin ikut kamu sewaktu kamu mencari kerja dahulu"_ jawab ibu"

Amboi pandai ibu ye"_ usik anda kerana dia tidak mahu air matanya terus menitis"

Mesti susah kan anda. Kesian anak ibu ni "_ ucap ibu sambil mengusap kepala anda"

Mana ada ibu, semua di sana sangat baik dengan anda, jadi ibu jangan risau "_ balas anda"

Bagus la kalau macam tu. Maaf ibu ada permintaan untuk anda"_ ucap ibu"

Apa dia ibu?"_ Tanya anda"

Ibu nak kamu yang jaga rumah ini. Jaga adik ² kamu."_ jawab ibu"

Mestilah anda akan jaga ibu, Jangan risau ye, anda akan jaga mereka sama seperti ibu jaga anda"_ jawab anda"

Tidak lama kemudian ibunya menghembuskan nafasnya disisi anda. Ambulance datang Dan mengambil jasad ibunya untuk di bedah siasat.

Anda aku tahu masa sekarang tak sesuai tapi baik kau bagitahu keluarga majikan kau tu. Lagipun memang dah niat ibu nak dermakan mata dia."_ ucap aylin yang baru tiba"

Anda menganguk kepalanya tanda faham. Dia pun berlalu pergi menuju ke rumah lookaew. Keadaan anda sangat lemah namun anda gagahkan dirinya kerana wasiat yang telah ditiggalkan oleh ibunya itu.

Anda kamu pergi mana ha? Kenapa tinggalkan lookaew"_ marah ayah lookaew"

Sayang sabar biar anda duduk dulu"_ pujuk ibu lookaew"

Maaf tuan dan puan saya tiada niat nak larikan diri. Pagi tadi saya terima panggilan daripada rumah anak yatim saya. Mereka suruh saya balik sebelum pergi saya dah cuba beritahu cik lookaew dan mencari puan tapi tak jumpa"_ terang anda"

Tak apa la kalau macam tu. Saya marah sebab lookaew sangat sedih bila tahu awak tak de"_ balas ayah lookaew"

Tapi kamu okay ke anda? Kenapa muka kamu pucat?"_ Tanya ibu lookaew"

Saya okay sahaja"_ jawab anda acuh tak acuh "

Cuba kamu ceritakan kepada kami anda"_ pujuk ibu lookaew lagi"

Anda pun menceritakan tentang kejadian tadi.

Maaf anda kami tak tahu tentang itu,"_ ucap ayah lookaew dengan nada serba Salah"

Tidak mengapa tuan tapi tuan nak ke terima mata ibu saya untuk cik lookaew?"_  Tanya anda"

Sejujurnya mesti saya nak terima tapi"_ jawab ayah lookaew ragu ²"

Tuan jangan risau, ini semua dah di wasiatkan oleh ibu saya Dan tidak ada kena mengena dengan saya. Saya hanya perlukan kata putus bagi pihak cik lookaew sahaja"_ ucap anda"

Kalau begitu kami mahu, tapi maafkan kami ye anda"_ balas ayah lookaew"

Tidak mengapa, asalkan cik lookaew boleh melihat semula"_ ucap anda"

BERSAMBUNG


Blind Where stories live. Discover now