T.RIDZHAN. 11.
THEEZ RIDZHAN mengenggam erat jersey bola miliknya. Nama dan nombor yang terdapat pada baju itu dipandang seketika sebelum baju jersey itu di cium lama.
Masih terbayang riak sedih mamanya ketika menghantar dia ke lapangan terbang beberapa bulan lepas. Riak wajah Husniya yang sedih dan Thariq yang setia bersama senyuman manisnya.
"Theez rindu mama dan papa. Semoga doa mama dan papa sentiasa mengiringi perjuangan Theez," bisik Theez perlahan sebelum dia mula menyarungkan jersey bola itu ke tubuh tegapnya.
Kini dia sudah jauh dari orang-orang yang disayanginya. Bermula dari hari itu, maka bermulalah kehidupannya sebagai anak perantauan. Dia perlu berdiri diatas kaki sendiri di negara orang.
"Sesungguhnya tiada satupun ubat yang dapat meredakan pedihnya rasa sakit menanggung rindu di dada, kecuali hati yang percaya bahawa apapun yang Allah tetapkan untuk kita adalah yang terbaik,"
Pesanan dari papanya masih segar diingatan.
Dia rindukan keluarganya di Malaysia namun ini jalan yang dia pilih. Inilah cita-citanya."Well, success is my decision..." dia mula berdiri sebelum merenggangkan badannya. Bersiap sedia untuk masuk ke padang.
"Theez! Let's go," ajak rakan sepasukannya sebelum mereka semua melangkah keluar. Masa bermain dah tamat!
"Doakan Theez," gambar keluarganya pada loker dicium lama sebelum dia tersenyum manis ke arah gambarnya bersama anak-anak Holy Dragon yang lain.
"Theez Ridzhan Thariq Ridzuwan! Get your ass out here!" Lantang suara itu memanggil nama penuhnya membuatkan Theez tergelak kecil mendengar amarah coach nya. Kaki panjang itu melangkah keluar dari bilik persalinan.
REINA DE LAUREN yang baru sahaja keluar dari gelanggang ais membuka kasut luncurnya. Dia baru sahaja selesai menjalankan latihan memandangkan tarikh perlawanannya semakin hampir.
iPhone miliknya yang berdering minta diangkat dipandang dengan wajah malas.
"Aquí vamos de nuevo," (Here we go again) Reina menjulingkan matanya ke atas sebaik saja melihat nama yang tertera pada skrin telefon.
Panggilan telefon itu diabaikan saja sehingga panggilan itu berakhir dengan sendirinya. Dengan wajah selamba dia kembali membuka tali kasutnya.
"Er, Reina.." coach wanita separuh usia itu memandang serba salah ke arah Reina. Reina yang sedang menyimpan kasut luncurnya di dalam beg sudah mengeluh perlahan apabila melihat jurulatihnya memegang telefon.
Pasti si pemanggil menelefon wanita itu kerana dia tidak menjawab panggilan tadi.
"Ella me pidió que volviera. ¿Estoy en lo cierto?" (She asked me to go back. Am I right?) Reina memandang malas ke arah coach nya.
"Lo siento," (I'm sorry) coach itu menunduk sedikit sebelum dia menghulurkan telefon miliknya kepada Reina. Hampir terlepas ketawanya melihat wajah masam Reina menyambut huluran telefon itu.
"Sabes que no irás a ninguna parte después de esto," (You know you're not going anywhere after this)
"Desafortunadamente, después de esto voy a ver un partido de fútbol," (Unfortunately, I'm going to watch a football match after this)
"No, hay no. Vas a volver a casa hoy," (Nope, not today. You're going to come home today) tegas suara wanita itu memberi arahan.
"Sí, tengo que irme a casa. Si no, ¿dónde más debería dormir?" (Yes, I have to go home. If not, where else should I sleep?) seloroh Reina kepada ibunya dengan wajah tak bersalah.
Coach nya yang mendengar perbualan dua beranak itu sudah menggigit bibir menahan ketawa. Gadis itu terlalu selamba.
¡Nuestra casa! ¡No es tuyo!" (Our home! Not yours!) tegas wanita itu kepada anak gadisnya. Anak sulungnya itu terlalu selamba dan banyak karenah sampai penat dia mahu melayan. Ada saja perkara tidak masuk akal yang akan dibuat oleh gadis itu.
"Claro, su majestad. Tu deseo es mi comando. ¿Algo más?" (Sure, your majesty. Your wish is my command. Anything else?) sinis saja suara Reina sambil memandang jam di pergelangan tangannya. Dia sudah lambat. Pasti perlawanan bola itu sudah hampir tamat.
Martina De Lauren mengeluh panjang mendengar nada sinis anaknya itu. Sedar bahawa gadis itu sedang memerlinya.
"Ya hay un coche esperándote afuera. Padre ha enviado un guardia a recogerte," (There is a car already waiting for you outside. Father has sent a guard to pick you up) suara Martina kembali tenang namun masih terselit ketegasan seorang ibu.
"Okay," jawab Reina mudah. Matanya mengerling ke arah pintu keluar sebelum dia memandang pula ke arah pintu belakang.
"Ni se te ocurra escapar por la puerta trasera," (Don't even think about escaping through the back door) kata Martina secara tiba-tiba seperti dapat membaca fikiran anaknya.
Reina mengeluh perlahan sebelum dia memandang ke arah pintu tandas pula.
"Ni se te ocurra esconderte en el banõ de mujeres hasta el anochecer," (Don't even think about hiding in the restroom until nighfall)
Reina menggigit bibir apabila mendengar amaran dari ibunya itu. Wanita itu seperti tahu saja apa yang ingin dia lakukan.
"Bien, volveré ahora. Adiós," (Fine, I'll go back now. Bye) terus saja dia memutuskan panggilan sebaik saja ibunya membalas. Telefon itu di kembalikan kepada jurulatih.
"Gracias," (Thank you) kata Reina sebaik saja jurulatihnya menyambut huluran telefon.
"Entonces, ¿te vas a casa hoy?" (So, are you going home today?) soal coach itu kepada Reina apabila melihat gadis itu sudah bersiap-siap ingin keluar.
Dia tidak yakin bahawa gadis itu akan pulang bertemu dengan keluarganya.
"No," Reina tersengih kecil sebelum dia melangkah ke arah salah satu tingkap besar yang terdapat di dalam bangunan itu.
Jurulatih wanita itu hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil melihat Reina yang sedang melarikan diri menggunakan tingkap itu.
"Voy a ver a mi amor platónico," (I'm going to see my crush) Reina tersengih kecil sebaik saja dia berjaya memanjat keluar melalui tingkap. Mask muka di pakai untuk mengelakkan orang-orang mengecam dirinya.
Coach itu melepaskan ketawa kecil mendengar kata-kata Reina. Apa yang dia tahu, gadis itu sudah jatuh cinta kepada salah seorang pemain bola sepak yang sering berlatih di padang yang berdekatan dengan bangunan latihan meluncur ais ini.
"Take care," pesan wanita itu lembut. Reina hanya mengangguk sebelum dia terus melarikan diri dari situ. Sebelum orang-orang suruhan ayahnya menangkap dia lebih baik dia lari dahulu.
"No. 11! I'm coming for you!" Semangat Reina berkata sebelum dia berlari ke arah stadium yang berada tidak jauh darinya. Kelihatan banyak kereta yang diparkir dan kawasan stadium itu juga sangat sesak. Mungkin kerana kehadiran orang ramai yang datang untuk menonton perlawanan bola sepak itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/365510552-288-k123568.jpg)
YOU ARE READING
Mi Reina (SLOW UPDATE)
RomanceTheez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gad...