Daniel's pov
Aku memerhatikan Anggun dari jauh untuk memastikan dia selamat pulang ke kediamannya. Semakin lama semakin jauh, bayang nya pun hilang di balik kediaman. Hari ini banyak perkara yang tak dijangka terjadi. Aku juga tak sangka yang aku akan bertindak sejauh itu untuk membela Anggun. Senyuman manis Anggun bermain dalam fikiran aku sambil aku memandu pulang ke kediaman dengan menaiki kereta yang Amir pinjamkan kepada aku.
Berbalik kepada kejadian di Kafe, aku tidak boleh bayangkan kejadian sekelip mata itu. Anggun disimbah air panas sehingga melecur dan di tengking di depan pelanggan-pelanggan lain.
Mencabar juga untuk aku menahan diri daripada menumbuk mati si pelanggan kurang ajar itu.Sampai sahaja di kediaman aku, aku terus ke arah balkoni. Menikmati pemandangan, suasana malam di ibu kota ini. Bintang-bintang bertaburan di langit dan cahaya dari bangunan-bangunan. Banyak kenangan baik dan buruk di sini.
Aku duduk di bangku sambil mendail nombor Amir. Aku perlukan bantuan untuk rancangan baru aku.
"Macam mana Anggun?", tanya Amir sebaik sahaja dia menjawab panggilan. "she's okay, aku hantar dia ke klinik and balik rumah". jawab aku. "Listen, aku perlukan bantuan kau","Apa dia?", soal Amir. "I need to create a new identity for myself, something that will help move around without attracting too much attention". Amir terdiam seketika sebelum bertanya lagi. "What do you have in mind?".
"A private tutor? It will give me the flexibility to be in a different places and gather information without raising suspicion".
Amir mengeluh. Mungkin dia tertanya-tanya mengapa mesti 'tutor?'"alright, I'll help you with the paperwork and benda-benda lain yang kau perlukan. Tapi kau kena ingat, benda ni berisiko tinggi. Hati-hati, kalau tak dengan aku sekali kena". Amir memberikan peringatan.
"Ya, aku tahu ".
YOU ARE READING
Forever Admirer
RomanceTarikh mula : 12 Jun 2024 UNCOMPLETE Dua jiwa dari sudut kehidupan yang amat berbeza bertemu angkara takdir. Lorenzo Daniel 31 tahun, dengan latar belakang yang misteri, datang ke Malaysia memburu musuh temurun. Takdir menemukan Daniel dengan gadis...