" Apa aku buat dekat sini ? " Zyan menyoal kebingungan.
Zyan memandang sekeliling. Dia sekarang berada di rooftop sebuah bangunan. Tidak pasti dia berada di bangunan apa tetapi melihatakan kawasan lapang seperti sebuah padang dibahagian bawah , dia berandaian bahawa dia sekarang berada di rooftop sekolah. Tetapi bukan sekolahnya kerana kawasan disitu sangat asing baginya.
Langit masih gelap. Hanya cahaya bulan dan lampu-lampu jalan saja yang menerangi keindahan malam.
" LEPAS APA YANG KAU DAH BUAT , KAU MINTA MAAF MACAM TU JE ? "
Zyan pusing belakang melihat kearah punca suara. Dia tersentak apabila melihat seorang gadis sedang dipijak oleh seseorang yang bertopeng.
Tubuh itu terbaring lemah. Darah tersembur keluar dari mulut apabila perutnya di pijak berkali-kali tanpa belas kasihan.
" AKU BENCI KAU ! AKU BENCI ! " kini rambut panjangnya pula ditarik kuat kemudian kepalanya dihentak ke lantai.
Dia hanya mampu mengerang kesakitan. Tiada kudrat ingin melawan mahupun mempertahankan dirinya.
" KENAPA SUSAH SANGAT KAU NAK MATI NI ! AKU NAK KAU MATI ! MATI SEKARANG ! " sekali lagi kepalanya dihentak kuat ke lantai.
Zyan yang menyaksikan adegan tersebut ingin mendekati mereka dan melindungi gadis itu dari terus dibelasah habis-habisan. Tetapi kakinya tidak dapat bergerak.
Zyan bingung. Dia mencuba untuk gerakkan anggota tubuhnya yang lain. Tetapi seluruh anggota tubuhnya masih sama tidak dapat bergerak walaupun seiinci.
Gadis yang terbaring lemah itu terpandang kearah keberadaannya. Mereka bertentangan mata.
" Sayang... " rintihnya penuh sayu.
Zyan bertambah bingung. Sayang ? Sejak bila pula dia ada kekasih ?
Zyan ingin bersuara tetapi pita suaranya terhalang sesuatu. Mulutnya bergerak terkumat kamit tetapi suaranya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.
Kenapa ni ?
" Sayang , tolong. " riak wajah gadis itu jelas mengharapkan bantuan dari Zyan.
Zyan mengetap bibir. Dia memang nak tolong tetapi tubuhnya langsung tidak dapat bergerak.
Pandangan Zyan beralih kepada pelaku bertopeng yang mencederakan si gadis. Pelaku bertopeng itu nampaknya langsung tidak sedar keberadaannya disini.
Tetapi kenapa ?
Adakah dia hanya sebuah bayangan gadis itu ?
Bayangan yang muncul memberi semangat untuk si gadis terus bertahan hidup ?
Atau bayangan yang harus menjadi penyelamat kepada gadis itu ?
Entahlah dia sendiri pun keliru.
Pelaku bertopeng itu masih belum berhenti menghentak kepala si gadis berkali-kali. Hentakkannya semakin lama semakin kuat.
" Sayang... " gadis itu masih memandang Zyan.
Tubuhnya mula lemah.
" Selamat tinggal sayang. Terima kasih atas segalanya. " ucap gadis itu. Matanya mula tertutup rapat. Tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
3 YOUNG DETECTIVE
Fanfiction" RM7000 setiap seorang kalau kamu bertiga dapat selesaikan kes ni. " Dapat pegang cash RM7000 sewaktu di usia belasan tahun , siapa je yang tak nak ? Tetapi nak dapatkan wang sebanyak itu bukannya mudah dengan petik jari sahaja. Seperti 3 beradik...