Punching bag besar yang tergantung di atas siling ditumbuk kuat sehingga boleh kelihatan yang penumbuk tangan Zam sudah terluka. Darahnya sekarang sudah menggelegak panas kerana baru sahaja dapat tahu berita tentang Zihad melalui sekeping gambar yang dihantar oleh orang tengah Faleq. Berani-beraninya lelaki itu cuba bermain dengan dia sedangkan Faleq tahu bahawa Zam tidak akan teragak-agak juga untuk bermain dengan wanita itu.
"Mula-mula orang tua tu dan sekarang Zihad pula?! Dendam aku pada dia semakin membuak-buak kau tahu tak?!" Jerit Zam, keras. Suasana tegang dia dalam bilik gim itu. Hanya ada dia dan beberapa orang anak buahnya.
Mereka hanya berdiam diri. Tidak berani berkata-kata jika Zam sudah menunjukkan sisi belang setannya. Mungkin mereka juga akan dipenggal kepala kalau memyuarakan pendapat kepada Zam dalam keadaan sekarang.
"Pergi cari Zamrie dan Zihad semula. Aku tak kesah salah seorang masih hidup atau tak. Kalau tak, nahaslah kauorang!"
"Baik, tuan!"
Secawan teh hijau yang masih hangat dihidangkan kepada Zamrie yang datang ke rumah Faleq tanpa izin tuan rumah. Tongkatnya disandarkan ke dinding lalu menghirup beberapa teguk teh yang dibuat oleh Rina. Dua jam yang lalu, Rina tiba terlebih dahulu di rumah sebelum Faleq. Selepas dia keluar daripada pasaraya besar itu tadi, dia terus pulang ke rumah. Tubuhnya terasa lemah sangat. Suhu badannya juga agak tinggi mungkin belum sembuh sepenuhnya dek hari itu. Hampir-hampir matanya ingin terlelap, bunyi loceng di luar rumah mengegarkan otaknya. Terpaksa gagahkan diri juga untuk turun kerana memang hanya dia seorang sahaja yang ada di rumah. Faleq dan anak-anak buahnya entah ke mana.
Kerusi besi yang ada di hadapan laman rumah, Rina labuhkan punggung, di tempat Zamrie duduk juga.
"Pak cik ni...bapa saudara Faleq, kan?" Soal Rina lagi walaupun awalnya tadi Zamrie sudah memberitahu hubungannya dengan Faleq.
"Ya, betul. Nama pak cik, Zamrie Sufian. Panggil Pak Cik Zamrie aje." Sahutnya dan senyum.
Rina mengangguk faham.
"Pak cik nak jumpa Faleq ke? Dia tak ada kat rumah." Katanya.
"Yakah? Pak cik ingat nak bercakap sikit dengan dia. Tapi kalau dia tak ada tak apalah. Kamu...nama siapa? Macam mana pula kamu boleh duduk dengan Faleq?" Kini Zamrie pula bertanya.
Rina menggumam perlahan. "Nama saya Nisrina tapi semua orang panggil Rina. Sebenarnya waktu tu rumah saya terbakar dan kebetulan pula Faleq selamatkan saya masa tu. Itu yang dia suruh saya duduk sini sekejap. Tapi pak cik jangan risau, saya tak duduk berdua aje. Ada Ragus, Taufiq dan Hao. Saya tengah nak cari rumah juga sementara ni." Jelasnya terperinci.
"Macam tu rupanya...tapi apa hubungan kamu berdua? Kawan? Faleq tak carikan kamu rumah ke?" Kali ini lebih banyak soalan yang diajukan.
"Saya dengan Faleq tak ada apa pun. Sekadar kenalan. Dia tolong saya, saya tolong dia. Ha, masa tu dia cedera dan saya yang rawat dia masa di hospital." Terang Rina. Hatinya tiba-tiba rasa sakit. Betul ke dia anggap Faleq itu sebagai kenalan? Bukan seorang kawan atau apa?
"Tapi pak cik rasa untuk keselamatan kamu, lebih baik kamu bergegaslah keluar dari rumah ni. Jangan ada apa-apa kaitan dengan Faleq." Tuturnya, nada suara agak sedikit kendur. Serba salah mahu bercakap tentang Faleq.
Kening Rina bertaut. Dia membetulkan kedudukannya dan menghadap tubuh ke arah Zamrie. "Apa kena mengena keselamatan saya dengan Faleq, pak cik?" soalnya ingin tahu.
"Hmmm, Faleq tak ada cerita apa-apa pada kamu ke?"
Dia menggeleng. Bila difikirkan-fikirkan semula sejak dia bertemu Faleq Iskandar ini, banyak benda atau nasib yang tak baik menimpa dirinya. Tapi kenapa Zamrie berkata sedemikian? Dia ada menyembunyikan sesuatu ke?
"Sebenarnya..."
"Oi! Apa kau buat kat sini, huh?! Bukan aku dah pesan kat kau ke jangan jejakkan kaki kau kat sini? Kau pekak ke?!"
Tepat pada masa yang sama, lelaki itu tiba dalam keadaan bergegas menapak ke arah mereka berdua. Wajahnya sewaktu itu tidak pernah Rina lihat selama ini. Menakutkan. Bukan seperti Faleq apabila hanya mereka berdua yang ada. Berbeza sangat.
Terkocoh-kocoh Zamrie bangun dari duduk untuk menenagkan hati Faleq yang sudah tentu sedang panas. Dia cuba memegang Faleq namun tangannya disingkirkam daripada bahunya, kasar. Tubuhnya bergoyang sedikit selepas ditepis kuat.
Melihat cara layanan Faleq kepada seorang lelaki tua itu tidak mendiamkan diri Rina lagi. Dia rasa itu sudah terlalu melampau.
"Faleq! Sudahlah. Awak layan pak cik awak macam tu? Mana adab awak?" Soal Rina tegas sambil memapah Zamrie untuk berdiri dengan betul lalu menghulurkan tongkatnya.
Lelaki yang sedang mengumpal kedua belah tangan di sisi seraya sedang menahan amarah melihat Rina dengan perasaan yang bercampur baur. Dia membela lelaki tua itu? Tanpa mengetahui kisah sebenar? Tanpa mengetahui isi hati dan perasaannya sekarang?
"Kau tak faham, Rina! Kau tak perlu rasa kesian dengan orang tua ni!" Teriaknya lantang.
Mata Rina membuntang. Kematian kata untuk membalas teriakan itu. Beberapa jam lalu, lelaki ini mengajaknya berkahwin tapi sekarang ini lelaki itu berteriak kuat di hadapannya. Apa yang dia nak? Dia menghelu nafas berat.
"Fine. Saya tak faham. Saya memang langsung tak faham dengan awak. Pak cik, saya minta maaf bagi pihak Faleq dan..."
"Kenapa kau pula yang kena minta maaf bagi pihak aku?!" Soal Faleq. Nada naik satu oktaf. Urat-urat muncul di leher dan juga tangannya.
Air mata menitis laju jatuh menyembah bumi. Hatinya berkecai. Sungguh.
"Tak apalah...pak cik minta maaf sebab dah buat kecoh kat sini. Rina, maafkan pak cik, ya?" Tuturnya lembut dan menyusun tapak perlahan sehingga ke pintu gate. Kebetulan pula sewaktu Zamrie ingin masuk ke dalam kereta, dia terserempak dengan Azmin yang juga kelihatan sedang terburu-buru untuk turun daripada kereta Ranger. Tapi tiada bertegur sapa antara mereka. Memandang tanpa menegur lalu mengatur langkah untuk melihat keadaan adiknya.
"Faleq, you know what? Tak sia-sia saya tolak lamaran awak tadi. Penat otak saya berfikir apa yang saya buat tadi tu betul atau tak. And the answer is, yes. I am not regret about it. Terima kasih atas semua layanan baik awak kepada saya. Kebaikan awak, jasa awak, saya tak mampu nak balas. Saya harap dan berharap sangat-sangat yang hari ini adalah hari terakhir kita berjumpa." Tuturnya panjang dan berjalan melepasi posisi Faleq tanpa melihat wajah lelaki itu. Pergi dari situ sambil membawa air mata yang bertakung penuh.
"Rina...aku...aku minta maaf,"
Terlambat. Dia tidak sempat mendengar permohonan maaf itu di telinga. Ke mana dia mahu pergi? Ke mana-mana sahajalah asalkan bukan kembali ke rumah besar Faleq. Jika dia harus menjadi hamba abdi kepada Kuntom dan Kamal dia sanggup. Tidak kesahlah kalau dia tersakiti lagi asalkan hidupnya kembali sempurna seperti dulu.
"Faleq, apa dah jadi?" Soal Azmin yang baru sahaja tiba. Sempat melihat Rina yang melangkah keluar dengan laju sambil tangannya menutup muka.
Jambul rambutnya yang menutup dahi diraup ke belakang. Kakinya lemah untuk berdiri tegak lalu terduduk sejenak. Diam membisu tanpa sepatah kata walaupun Azmin sudah bertanya buat kali kedua. Jelas kedengaran keluhan berat daripada mulut.
"Aku dah buat salah. Aku tahu aku tak sepatutnya dekat dengan dia. Kalau tak, semua ni tak akan terjadi." Ujarnya, lemah.
"Apa maksud kau? Perempuan tadi tu ke yang kau maksudkan?" Soal Azmin hairan. Faleq tidak pernah bercerita apa-apa kepadanya tentang perempuan itu.
Faleq mengangguk kecil. Huru-hara dibuatnya tatkala orang tua bernama Zamrie itu muncul di hadapannya. Lagi-lagi apabila dia lihat Rina sekali sedang duduk di situ. Bukan dia cemburu tapi dia geram. Geram kerana perempuan yang dia sayang sedang bercakap dengan manusia yang paling dia benci.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...