Pada kejadian perkahwinan Rafael dan Alana. Marvin nampak sosok tubuh di sebalik pokok. Mungkin musuh sama ada Rafael atau Marvin. Marvin pergi ke arah abangnya dan menepuk bahunya. "Raf aku nak cakap something ni"
Rafael toleh ke Marvin dengan dahi berkerut. Rafael pergi ke belakang sedikit dan mengangkat kening.
"Apa kau nak bagitahu ni?"
"Aku nak bagitahu yang kau kena hati-hati. Musuh ni di mana-mana sahaja" Marvin beri peringatan kepada Raf. "Aku tahu.. aku pun perasan ada something tak kena dekat sini. Kalau macam tu aku masuk dulu lah apa-apa bagitahu aku" jawab acuh tak acuh saja.
Marvin angguk kepala dan biarkan abangnya pergi masuk dalam rumah. Marvin disergah oleh Aurora yang membuatkan Marvin berpaling ke arahnya. Aurora rasa tidak kena dengan Marvin hari ni. Selalunya dia akan happy sahaja tapi kenapa dia agak dingin?
"Awak okay? Nak saya ambil apa-apa tak?" Aurora tanya pada Marvin.
Dia hanya mampu geleng kepala sahaja. Aurora mengeluh kecil. "Sudah lah Marvin jom kita masuk hari nak senja ni"
"Kau masuk lah dulu. Aku nak ambik angin sekejap" Marvin pergi dari situ dan tinggalkan Aurora keseorangan. Perasaan Aurora sangat berdegup kencang. Adakah Aurora sudah jatuh cinta? Mungkin ya,mungkin tidak.
Suasana sungguh nyaman di pantai, Marvin berada tepi sedang menikmati keindahan dan hirup udara segar.
Marvin mengeluh kecil,dia terlalu banyak fikir sekarang ni. Ada seorang duduk sebelahnya. Marvin lihat disebelahnya ternyata Aurora.
"Kau buat apa katsini?" Nada dingin
"Saja teman awak. Awak buat apa kat sini? Kan dah nak malam" Benar sekali hari pun hampir senja tapi Marvin tetap tak nak balik.
"Kau balik lah dulu.. aku nak tenang kat sini"
"Apa yang awak fikir Marvin? Pasal tadi ke?" Aurora bertanya pada marvin. Tergamam Marvin.
"Macam mana Aurora boleh tahu?" Soalnya semula. Aurora tunjuk muka Marvin. Tidak sangka Aurora boleh tahu Marvin sedang pikirkan itu. Marvin angguk kepala berkali-kali dan mengeluh berat.
"Aku risau tak dapat lindungi kau dan juga ibu aku."
"Kenapa awak fikir kesitu pula? Saya dan ibu akan baik-baik sahaja. Dah mari lah balik ibu mesti cari kita berdua" Aurora larikan topik supaya Marvin tidak lagi perkara bukan-bukan. Marvin angguk dan bangun. Mereka pulang ke rumah bersama-sama.
Semasa Raf di bilik bersama isteri kesayangannya. Maklumlah pengantin baru kan hahaha 😂.Alana sedang melihat cermin sambil sikat rambut. Rafael datang pada Alana dan letak tangan pada bahu Alana.
Tersengih-sengih Alana pandang muka raf dekat cermin. "Sayang hari ni kan abang rasa pelik lah"
"Pelik? Apa yang peliknya?" Alana membuat muka berkerut.
"Ye lah abang tengok si Marvin hari ni macam pelik lah. Macam ada sesuatu tak kena dekat dia je"
Benar juga kata-kata Rafael hari ni adiknya sangat pelik dan dingin. Alana pegang tangan rafael dan usap lembut.
"Jangan lah fikir bukan-bukan. Dia pasti okay punya cuma mungkin dia stress kot" Cuba menenangkan Rafael dengan lemah lembut. Alana bangun dan tarik Rafael.
YOU ARE READING
DIA SEBALIK LINDUNGAN (OG)
ActionDi kawasan gelap gelita, aurora mencari jalan keluar untuk selamatkan diri tetapi Marvin berada dalam bahaya. Mereka berlawan ramai musuh dengan menggunakan kekuatan mereka. Aurora terpaksa beranikan diri untuk menolong Marvin. demi 'MARVIN XAVIER'...