Buku nota kulit itu segera ditutup. Cepat- cepat dia pamerkan wajah berhias sengih palsu, menutup rasa curiga rakan sebiliknya. Risau kalau sahabatnya itu datang menyibuk tentang kegiatannya tadi.
"Apa sih buru- buru tutupnya? Bukannya aku mau liat."
"Eleh kau, lagi mahu bohong! Bukan boleh percaya."
Badan Lee dihempas ke katil. Matanya menyorot tajam memandang rakannya yang dipanggil Han itu. Han kembali menghadapkan badannya ke arah meja belajar. Tidak mahu melayan amarah Lee akibat kelancangan mulutnya tadi. Untung sahaja dia sudah habis menulis. Buku nota kulit itu disimpan terus ke dalam beg galas miliknya.
"Han."
"Hmm."
"Kamu belum bilang ke mama mu yang kamu berangkat pulang sore ini?"
"Belum."
"Kapan mau bilang?" soal Lee hairan. Han tenang melipat bajunya masuk ke dalam bagasi. Lee tertanya - tanya tentang hubungan rakannya in dengan ibunya. Mahu dikata gaduh tetapi bukan. Tapi padanya Han selalu tidak selesa kalau perihal ibunya diungkit. Ya, dia perasan itu. Han cuma tersenyum sahaja saat memandang wajah penuh kehairanan Lee. Otaknya ligat merangka alasan untuk menjawab rasa hairan rakannya itu.
"Biar suprise gituh. Kan lebih teruja nanti."
"Tapi kalau dikhabarin awal, nanti bisa dijemput supir. Nanti juga bisa makan yang sedap - sedap. Kan lebih enak?" cadang Lee.
"Itu urusan aku, Lee. Aku lebih selesa begitu." terus tiada kata balas daripada Lee untuk membidas selepas mendengar balasan Han.
Badannya ditegakkan untuk bangun dari katil. Telefon pintar dari kocek seluar dikeluarkan. Jadual kelasnya disemak sekilas.
"Gue antar lo ke bandara lah. Tidak perlu ngehabisin minyak teksi ." terus Lee bersiap - siap mahu menghantar Han ke lapangan kapal terbang.
"Gak perlu." tolak Han lembut.
"Nolak mulu, Ya udah gue aja yang antar. Fix no debate!" akhirnya Han akur dengan ajakan Lee. Tentu sahaja dia sudah kenal dengan sikap Lee yang suka memaksa itu.
Kepulan awan yang melanggar badan pesawat sekali - sekala menggegarkan pesawat itu. Sebentar lagi, mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Malaysia.
Han menatap gambar di dalam dompetnya. Terkadang senyumnya terukir seorang diri. Gambar yang dia ambil sembunyi - sembunyi saat terserempak dengannya.
"Pacarkah?" soal pak cik tua yang duduk di sebelahnya. Han tergelak kecil sebelum menggeleng.
"Bukan, Pak." jawab Han .
"Kalau bukan pacar, jadi itu siapa?" soalan lelaki tua itu menerbitkan senyuman lebar di bibir Han.
"Calon istri."
"Assalamualaikum. Han dah balik. " ucap Han saat menolak pintu rumah banglo itu. Langsung tiada sahutan yang menyambut kepulangannya dari bumi Indonesia.
Sunyi.
Seakan tiada penghuni yang tinggal di dalam rumah itu. Han senyum tawar.
Terbiasa dengan situasi begini. Nasib baik sahaja dia ada simpan kunci pendua. Beg bagasi dibawa naik ke biliknya. Pintu bilik dibuka perlahan. Kelihatan habuk dan sawang jelas di sudut penjuru bilik itu.
5 tahun dia tinggalkan bilik ini. Semuanya masih terlihat sama.
'Mama betul- betul tak sentuh bilik ni.' monolog Han sendiri.
Dia bercadang untuk terus rehat di dalam bilik. Malangnya banyak pula perkara yang perlu diruruskan.
Lantai disapu dan dimop sehingga berkilat, katil ditukar cadar baharu. Sawang - sawang milik sang labah - labah turut dibersihkan. Setelah selesai, Han menyapu keringat di dahi dan menarik nafas lega. Apabila biliknya sudah kemas, barulah badannya dihempas dengan selesa.
Perlahan matanya dipejam mengharap tidur yang lena.
"Pak Jamal, kan saya dah pesan suruh beritahu Mak Tom, jangan guna cawan bunga merah ini! Berapa kali saya kena ulang?"
"Maaf Puan, Mak Tom terlupa agaknya."
"Lupa, lupa, lupa! Bila nak diingat entah?"
Tengkingan suara di tingkat bawah mengejutkan Han yang sedang lena. Matanya digosok perlahan menghilangkan kantuk. Sendi - sendi diregangkan selepas tidur lama di atas katil empuk ini.
Bukan dia tidak kenal suara yang menengking tadi.
Dia berniat untuk turun ke bawah sewaktu makan malam nanti. Namun, selepas mendengar jeritan tadi, dia berfikir lebih baik dia turun sekarang.
Dia cuma bimbang, kalau nanti...
....insan tersebut tiada masa untuknya.
"Ma?"
<disclaimer>
kitonyo tak pro mano '~' jadi kalau salah tatabahasa atau penggunaan bahasa saya memohon ampun ya, readers?
YOU ARE READING
surat ; L
Short Story☆khas buat yang namanya Lestari Eshanaa - yang cantik - yang baik - yang mungkin bakal jadi punya aku! hehe. ☆surat ini ditulis saat lagi sendiri -iyalah, takkan mahu tulis depan khalayak? nanti ketahuan siapa To...