5

26 8 0
                                    


"Nenek, bila nak sampai kampung?"

Sudah tidak terkira soalan itu keluar dari mulut Adam. Nampak sungguh dia teruja untuk balik ke kampung.

"Dah nak sampai dah ni. Adam dah tak sabar ya nak sampai kampung?" soal Puan Hanim tak jemu melayan Adam yang petah walaupun baru berusia 3 tahun lebih.

"Adam nak jumpa ducky. Kampung banyak animals!"

Rais yang sedang memandu hanya tersenyum. Dia mengerling sekejap Adam dan ibunya di tempat duduk belakang.

Mereka akan balik ke kampung sekali-sekala untuk melawat neneknya di sana. Walaupun sudah berumur 70 tahun, neneknya masih sihat walafiat. Oleh kerana rumah Maksu tidak jauh dari rumah nenek, merekalah yang setiap hari yang menjenguk nenek.

Risau jikalau perkara yang tidak diingini berlaku jika neneknya ditinggalkan seorang diri. Maksunya mempunyai 2 orang anak lelaki yang sedang bersekolah menengah. Dia sudah menganggap mereka berdua sebagai adiknya.

Akhirnya sampai juga mereka di kampung setelah 5 jam diatas lebuhraya. Nasib tiada kesesakan lalu lintas yang teruk. Jika tak, hampir 10 jam perjalanan.

Keretanya di berhentikan di hadapan rumah tradisional yang masih terpelihara elok. Rumah itu telah lama dipelihara oleh keluarga mereka kerana nilainya yang tidak terhingga. Agak sukar untuk melihat rumah tradisional pada zaman ini.

"Yeay! Dah sampai!" Jerit Adam sebelum Puan Hanim membuka tali pinggang carseatnya. Adam terus berlari kearah pintu rumah apabila bapanya membuka pintu kereta untuknya.

Rais menutup semula pintu kereta. Badannya yang lenguh diregangkan. Dia bergerak ke bonet kkereta untuk mengeluarkan beg pakaian.

"Assalamualaikum! Adam dah sampai!!" jerit Adam dengan suara comelnya. Puan Rosnah, Maksu dan Encik Farid, iaitu Paksu dan neneknya keluar dari pintu rumah apabila mendengar suara kanak-kanak.

"Waalaikumsalam. Cucu Toksu doh balik." Encik Farid terus turun ke halaman rumah dan mendukung Adam.

Adam sangat disayangi semua orang. Mulut petah dan telatahnya telah mencuri hati keluarga besarnya. Puan Hanim sudah bergerak mendapatkan Puan Rosnah dan neneknya. Meraka bersalaman dan berpelukan.

Rais menghampiri mereka dengan beg pakaian mereka di tangan. Kesemua beg diletak di lantai sebelum bersalaman dengan Nek Aji, paksu dan maksunya.

"Guane gamok Is?" Tanya neneknya. Apa khabar?

"Khabar baik tok." Jawab Rais dengan senyuman manis. Rais rapat dengan neneknya kerana keluarganya tinggal bersama nenek sebelum arwah ayahnya pergi. Ibu mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur sewaktu dia berumur 13 tahun.

"Eh masuk ah umoh. Garik doh ni. Pegi bersihkan diri dulu." Jemput Encik Farid. Mereka semua bergerak naik ke dalam rumah kerana sudah senja.

Malam itu, mereka makan malam bersama sekeluarga. Suasana rumah itu agak riuh walaupun adik-beradik ayahnya ialah 4 orang dan hanya keluarga Paksunya menetap berhampiran rumah neneknya. Pakcik dan makciknya yang lain masing-masing menetap di Sabah dan Sarawak.

Adam adalah cicit pertama neneknya. Saat Rais memperkenalkan Adam kepada keluarga besarnya, Adam diterima baik oleh keluarga itu terutama neneknya. Mereka tidak pernah mengungkit kesilapan lampau Rais 5 tahun lalu kerana itu semua adalah suratan takdir.

Rais dan sepupunya banyak berkongsi cerita kerana sudah. Melayan Adam yang petah bercerita dengan toksu dan moyangnya.

"Bang Is, suboh besok jom ah pegi sejeik." Ajak Fahmi, anak sulung Paksunya.

"Abang buleh ja. Mung tu buleh ka bangkit suboh?"

"Eh, bang Is ni! Apa dok leh nya? Kite bangkit awal tau." Balas adik kepada Fahmi, iaitu Fahim sambil menyilangkan tangannya.

Rais hanya tergelak mendengar jawapan Fahim.

"Ala, mung bukang buleh caye."

"Allah berat nanang ni!" Fahim sudah menggeleng kepala dengan usikan abang sepupunya. Rais dan Fahmi hanya menggelakkan Fahim.




Rais mendukung Adam yang telah tertidur kerana kepenatan. Tubuh kecil itu dibaringkan dengan hati-hati diatas katil. Rais merasakan tubuhnya penat juga tetapi dia tidak dapat melelapkan mata jadi dia keluar ke pondok di hadapan rumah.

Punggungnya dilabuhkan disitu, menikmati kesunyian malam yang sangat menenangkan hatinya. Sudah lama dia tidak merasa nyaman seperti ini kerana suasana bandar sangatlah berlainan dengan kampung.

Dia termenung sendiri. Teringat akan saat dia meluahkan perasaannya kepada wanita yang telah bekorban nyawa melahirkan anaknya, Adam.

5 tahun yang lalu,

Sudah setahun Rais berkawan dengan Kayla William sejak kejadian kopi tertumpah itu. Mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama dengan status kawan. Pada saat ini mereka sedang memanaskan badan mereka dengan kopi panas.

"Kayla, actually I have something to say to you." Kata Rais dengan wajah serius.

"What is it?" Soal gadis Swedish itu sebelum menyisip kopi panas miliknya. Rais menarik nafas Panjang sebelum menuturkan perasaannya.

"I like you, Kayla."

Mendengar luahan Rais itu, hampir tersembur kopi yang diminum Kayla.

"I'm sorry, Is-" Kayla membalas perlahan.

"It's okay. I understand if you can't accept my feeling," ujar Rais dengan senyuman. Sejujurnya dia ingin menyorokkan kekecewaannya.

"Du låter mig inte ens avsluta min dialog. Faktiskt jag gillar dig också." Bahasa Swedish keluar dari mulut gadis itu. Rais tidaklah fasih bahasa itu tetapi dia memerlukan masa untuk mentafsir.

(You don't even let me finish my dialogue. Actually I like you too.)

Hampir seminit untuk Rais terjemmah apa yang diperkatakan oleh gadis itu. Dia memberi senyuman manis kepada Kayla. Gadis itu mengangkat keningnya sambil menyisip kopi panas miliknya.

Rais tersenyum sendiri apabila mengingati kenangan manis bersama arwah isterinya. Dia sentiasa merindukan wanita itu. 

Sentiasa.



side note; if ayat saya ada salah tolong inform sebab saya bukan orang ganu!

Mencari Hati Where stories live. Discover now