"Ni lah anak aku Ju, Amsyar Isskandar" Kata Puan Zamirah
"Yaallah handsome anak kau Za tinggi pula tu"
"Ma, Yana nak pergi tandas kejap tau" kata Ariaayana kerana dia saja ingin melarikan dirinya dari situ
Laju sahaja kaki Ariaayana melangkah dan meninggalkan ruang tamu tersebut dan terus ke bilik air
"Yallah aku tengah mimpi ke ni" Ariaayana menampar wajahnya
"Macam mana dia boleh ada dekat sini, aku tak sangka Mama nak jodohkan aku dengan dia" Ariaayana mempersoalkan keputusan Puan Juliaana
"Tapi makin kacak mamat tu eh lepas 10 tahun tak jumpa tak mungkin handsome handsome macam itu takda girlfriend kot? Takkan dia tunggu aku pulak? Eh tak mungkinlah" Ketukkan dari pintu tandas menyedarkan Ariaayana
"Yana lama betul dalam tandas, buat apa?" Puan Juliaana hairan akan kelakuan anak perempuan nya itu.
Ariaayana membuka pintu bilik air tersebut "Sorry Ma, Yana sakit perut tadi" Ariaayana memberikan alasan
"hais sudah pergi duduk dekat ruang tamu tu layan tetamu kita" arah Puan Juliaana.
Ariaayana hanya menurut sahaja perintah Puan Juliaana walhal hatinya ingin sahaja melarikan dirinya
"Sorry aunty lama sikit kat toilet tadi" kata Ariaayana
"Eh tidak mengapa meh sini duduk dekat dengan aunty" Puan Zamirah menepuk sofa agar Ariaayana duduk disebelahnya
"Aunty nak tanya sesuatu boleh?" Puan Zamirah bertanya
"Boleh aunty, Insyallah Ariaayana akan jawab soalan soalan aunty" jawab Ariaayana sopan bersama senyuman di pipi
"Ariaayana dengan Am dah lama ya kenal?" tanya Puan Zamirah
"Ha? Oh ya aunty kitaorang dah lama kenal" jawab Ariaayana kekok
"Oh jadi boleh lah ni kan
"Boleh apa aunty?" tanya Ariaayana was-was akan soalan Puan Zamirah itu tadi
"Bolehlah kalau aunty pinang kamu jadi menantu auntykan?"
Ariaayana dan Tasneem tiba di kawasan yang mereka selalu luangkan masa bersama
"Kau pahal Ariaaya aku tengok stress semacam je kau ada masalah ke? Tanya Tasneem, hairan akan keadaan kawannya
"Aku jumpa Iss balik" hanya sebaris ayat boleh membuatkan Tasneem terkejut
"KAU SERIUS KE?" tanya Tasneem dengan suara yang agak tinggi
"Woi tak payah jerit gila buat malu kau tau tak" malu akan kawannya itu
"Tapi kau biar betul kau jumpa dia balik?"
"Ye aku jumpa dia balik, kau ingat tak aku pernah cakap yang Mama aku nak kawinkan aku dengan seseorang"
Ingat, kau jangan cakap si Iss tulah orang yang Mama kau nak kawinkan dengan kau?" soal Tasneem
" Yup pandai, Mama aku nak kawinkan aku dengan dia" balas Ariaayana
"So kau terima ke tak?"
"Bolehlah kalau aunty pinang kamu jadi menantu aunty kan?"
"Ariaayana tak tahu lagi aunty kalau aunty bagi Ariaayana fikir dulu boleh?" tanya Ariaayana. Dia tidak mahu jika Puan Zamirah meletakkan harapan yang terlalu tinggi
"Boleh sayang ambil lah berapa banyak masa yang kamu nak aunty akan sedia menunggu tapi jangan lama sangat tau" balas Puan Zamirah
"Baik aunty, aunty mari makan rasanya Mek Yah dah siapkan makan tengahari untuk kita". Ariaayana mengajak Puan Zamirah untuk menikmati makan tenghari bersama
YOU ARE READING
PELUANG KEDUA
ActionAriaayana seorang gadis yang cantik, pandai, kaya dan berkerjaya. Telah dijodohkan dengan kekasih lamanya pada zaman sekolah dahulu tanpa mereka ketahui "WHAT, Mama merepak apa ni no Ma, Yana tak nak kawin" Ariaayana Syuhadah Cinta yang dianggap te...