Amaran! Kecilkan volume anda
About the author:
Name: NNIBZ
BATCH:201*
Ok ni karya kedua BERTEMAKAN HORROR yang tak berapa nak horror sangatlah haha.. ok lah selamat membaca.
Pergi kedai beli raga,
Balik - balik jumpa papa,
Baca tu baca juga,
Butang follow jangan dilupa.
Muahahaha!__________
"Kau dengar tak berita semalam?." Tanya Salmah iaitu seorang penjual di Pasar Murni.
"Aku dengar tapi tak habis. Haa apa cerita?." Jawab Azimah sambil tangannya sibuk memasukkan sayur-sayuran yang baru dibelinya.
"Ish, kau kena dengar sendiri haa lagi satu kau tahu Zaitun?." Tanya Salmah lagi, Azimah mengangguk laju.
"Aku dengar anak dia terlibat sekali tu si budak Aiman tu." Sambung Salmah tangannya menepuk-nepuk lembut bahu Azimah.
Azimah mengangguk-ngangguk "Eh okey lah aku nak balik masak tak lagi ni." Ucap Azimah kemudian berlari anak meninggalkan pasar itu.
Anisa dari tadi memasang telinga ikutkan hati mahu saja dia melemparkan beberapa soalan pada penjual itu tetapi apakah daya dia terlalu malu.
"Dik! Hoi Dik astaghfirullah Dik!." Jerkah makcik penjual di depannya dengan nada sedikit tinggi.
"Eh y..ya makcik berapa semua sekali ye?." Tanya Anisa sedikit tertunduk.
" 12ringgit semua , ish kamu ni jangan termenung sangat takut makcik." Ucap penjual itu kemudian diikuti tertawa kecil.
Anisa tersenyum kemudian mengorak langkah meninggalkan pasar.
● ● ●
Anisa membuka komputer riba. Dia kemudian membuka satu website. Kemudian Anisa menekan-nekan papan kekuncinya beberapa kali. ' 6 orang pelajar sekolah menengah di temui tewas di dalam sebuah banglo setelah dikhabarkan hilang sejak 2 bulan lalu ' Anisa membuka artikel itu. Matanya liar membaca. Dia tidak menunjukkan riak terkejut sama sekali.
Dia menutup kembali komputer ribanya kemudian beralih ke telefon bimbit dia membuka aplikasi Dail "Hello Ash." Ucap Anisa sebaik saja panggilan itu diangkat.
"Ya cik?." Jawab Ashrul yang merupakan anak buah kepada Anisa .
"Awak bagi saya data-data 6 mangsa dua hari lepas." Sambung Anisa.
"Baik cik." Jawab Ashrul. Kemudian panggilan itu tamat.
Satu keluhan kecil dilepaskan. Sejak kes itu diberikan kepada dirinya dia tidak lagi boleh tidur dengan lena mimpi yang sama berulang kali menghantui tidurnya.
Baru saja Anisa mahu memejamkan matanya tiba-tiba satu tangisan sayup-sayup kedengaran. Anisa berpaling laju ke arah bunyi itu. Anisa tersentak. Betapa terkejut dirinya melihat sesosok lembaga yang lebih mengerikan leher lembaga itu hampir terputus dari kepalanya.
"Akak tolong saya kak...." Ucap lembaga itu sayup.
" Awak nak saya tolong apa?." Tanya Anisa tersekat-sekat dek ketakutan.
"Akak nak tolong saya?." Ucap lembaga itu lagi. Anisa mengangguk perlahan.
Tiba-tiba pandangan Anisa kabur sehinggalah gelap segala-galanya. Lembaga itu tersenyum " Terima kasih kak Anis, adik sayang akak." Kemudian lembaga itu berubah ke wujud manusianya yang cantik seperti bidadari.
● ● ●
"Nazrul!." Jerkah seseorang dari arah belakangnya, Nazrul berhenti dia berpaling ke belakang.
Malik berlari-lari anak menuju ke arah Nazrul. " Apa kau ni?." Tanya Nazrul hairan.
" Tak ada apa pun. Eh kau nak tahu benda tak?." Ucap Malik sambil menyuapkan saki-baki roti ke dalam mulut.
"Apa?." Jawab Nazrul menjeling.
"Kau tahu rumah dekat Tujunga lorong 4 tu?." Tanya Malik lagi.
"Rumah terbengkalai tu?." Jawab Nazrul,Malik mengangguk.
"Okey pastu?." Jawab Nazrul selamba.
"Haa! Nilah aku nak cakap, aku dengar rumah tu... ada hantuu~." Ucap Malik sambil mengilai perlahan. Nazrul memalingkan wajahnya laju dia tersenyum lebar.
"Tak silap aku rumah tu kena tinggal kan?" Tanya Nazrul teruja.
"Entah aku rasa ya kut. Sebab rumah tu dah lama gila kena tinggal." Ujar Malik, Muka Mazrul bertambah teruja.
Nazrul membisikkan sesuatu kepada Malik.
"Hmm boleh tapi kita dua je ke?." Tanya Malik.
"Haih kau tanyalah diorang." Jawab Nazrul.
" perempuan sekali?." Tanya Malik lagi, Nazrul menjongket bahu.
● ● ●
"Kau gila ke Malik?! Kau sendiri tahu kan rumah tu ada penunggu?." Tengking Dania.
"Betul tu,kalau ada apa-apa jadi? Kau nak tanggung?"Ujar Arisa ringkas keningnya berkerut sedikit.
"Kalau kauorang tak nak ikut sudah korang senyap,kau nak halang macam mana? kau tahu sendiri perangai Nazrul kan?" Malik menjawab seraya menjeling kedua gadis itu. Memang benar yang dikatakan Malik ,Nazrul sememangnya keras kepala.
"Bila?"Celah Aiman yang dari tadi mendiamkan diri.
"Haa,aku rancang nak pergi malam jumaat ni." Balas Malik ringkas.
"Aku nak ikut." Sambung Aiman yang masih memeluk tubuhnya.
Mereka terkesima tidak pernah Aiman dengan mudah bersetuju akan hal-hal bergitu.
YOU ARE READING
Puaka rumah terbengkalai
Horror[SHORT HORROR STORY] "kau rasa betul ke apa kita buat ni? ucap Dania seraya menolak bahu rakannya. Dania dan Arisa berpelukan sesama sendiri " Aku tak nak mati sa" ucap Dania tergagap Seperti mahu gugur jantung mereka apabila melihat se...