"Abang, jom pergi zoo." Telefon pintar yang dipegang oleh Nadhia dihala kepada Faris yang sedang melipat pakaian sambil menonton drama korea.
"Hm? Zoo? Jelita nak buat apa kat sana?" soal Faris. Matanya masih fokus di tv, telefon yang dihala kepadanya di lihat sekilas.
"Jumpa spesis abang kat sana." Nadhia mengambil tempat di sebelah Faris. Dia kembali mengscroll Instagram, kepalanya disandarkan pada bahu Faris.
"Memang meminta la kau ni." Air Cappuccino yang terletak di atas meja kopi dihirup.
campak kat kandang singa baru kau tahu. bisik hati Faris.
"Salah ke apa yang Dhia cakap? Abang tak ingat ke dulu abang mengurat Dhia macam mana?" Faris yang sedang hirup airnya tersedak apabila Nadhia mengungkit kisah lama mereka.
"Cari timing yang betul boleh tak? Buatnya abang tersedak lepastu mati, jelita yang menyesal." Faris menghadiahkan jelingan kepada Nadhia. Jelingan manja lebih tepatnya.
"Hehe. Maafkan hamba, tuanku." Terkekeh-kekeh Nadhia apabila Faris berkata begitu. Satu perkara yang dia suka tentang perwatakan jejaka ini adalah semarah apapun Faris, tidak pernah sekali pun Faris mencarut atau memanggilnya dengan panggilan yang kasar.
•|One Last Time|•
Bunyi deringan telefon itu mematikan lamunan Akasha. Dia melihat sekilas pemanggil tersebut. Nurin. Dia mengeluh kesal. Kertas kerja yang berselerakan di atas mejanya saja sudah membebankan fikirannya.
Inikan pula wanita ini. Dia tidak mengendahkan panggilan itu dan menyambung membuat kerjanya yang terabai selama beberapa hari. Panggilan yang masih tidak putus-putus itu membuatkan Akasha mengerang kesal. Telefon yang ada di atas meja itu dicapai lalu Akasha mematikan telefonnya supaya dia dapat fokus kepada kerja-kerjanya.
•|One Last Time|•
"Farhan. Sini sekejap, ibu nak cakap sikit." Terkocoh-kocoh Puan Annisah berlari kearah anak bujangnya yang baru pulang. Lengan Akasha ditarik menuju ke ruang tamu.
"Kereta siapa kat luar tu, ibu?" Akasha hanya mengikut langkah Puan Annisah ke ruang tamu. Dari jauh dia dapat dengar suara wanita dan juga ayahnya.
"Ada la, nanti kamu tahu." Puan Annisah tersenyum pahit pada anak bujangnya. Dia berharap Akasha tidak hilang kawalan apabila mengetahui perkara sebenar.
Akasha memandang heran ke arah ibunya. Lain betul bunyi dia. Apabila tiba di ruang tamu, Puan Annisah menarik lengan Akasha supaya jejaka itu duduk bersebelahan dengannya.
"Farhan? Ini ke anak yang abang maksudkan?" Wanita yang kelihatan muda daripada ibunya bertanya. Dia memandang ke arah lain apabila melihat pakaian wanita itu agak terbuka. Dah nak lepak underground pun, tak reti nak tutup aurat.
Encik Farahin menjatuhkan kepalanya sebelum menghadiahkan senyuman yang lebar kepada wanita itu. Dia memandang ke arah Akasha.
"Farhan, I introduce you to my second wife. Amalina. Please respect her just like you respect ibu." Encik Farahin menanti reaksi anaknya. Dia harap Akasha dapat menerima berita yang dirahsiakan sejak jejaka itu berumur 10 tahun.
"Ouhh. Isteri kedua..." Akasha hanya menjatuhkan kepalanya. Seketika matanya membulat, Akasha memandang wajah ayahnya dan wanita yang bernama Amalina bersilih ganti.
"Second what?" Akasha memandang Encik Farahin untuk penjelasan. Wajah Puan Annisah kini dipandang, apabila ibunya memandang kearah lain, amarahnya semakin memuncak. Ibunya tahu tentang ini.
"You heard me. She's my second wife."
Akasha menuju ke arah ayahnya, kolar baju ayahnya digenggam kuat dengan sebelah tangan. Wajah tua itu ditumbuk beberapa kali sebelum Puan Annisah menarik badan Akasha ke belakang supaya menjauhi Encik Farahin.
"Paan, sabar nak..." rayu Puan Annisah apabila Farhan masih menggengam kolar baju Encik Farahin.
"Sabar? Ibu, jangan nak bela ayah la. Dia layak dapat penumbuk Paan." ujar Farhan bersahaja. Amarahnya pada ayah masih ada.
"Dia tetap ayah kamu! Dan Amalina tu tetap mak kamu, kamu kena terima berita ni, Paan." Puan Annisah memujuk Farhan. Belakang badan lelaki itu diusap perlahan untuk menenangkan hati anaknya.
"No way! Sampai Paan mati pun, Paan tak akan anggap perempuan ni mak Paan!" Puan Annisah menampar pipi kanan Farhan sebaik sahaja dia dengar percakapan anak bujangnya itu.
"Ibu tak pernah ajar kamu bentak orang tua, Paan. Macam mana sekali pun, kamu kena terima Puan Amlina sebagai mak kamu."
Farhan memandang ibunya. Kemudian dia alihkan pandangannya pada Encik Farahin dan Puan Amalina dengan rasa benci.
"Paan nak keluar." Tangan Puan Annisah dicapai lalu disalam. Tubuh wanita separuh abad itu dipeluk seketika sebelum berlalu keluar.
•|One Last Time|•
"Nur Nadhia Adirra binti Mohd Rizqi!" Nadhia tersentak apabila mendengar jerkahan suaminya, Faris dari aras bawah. Dengan pantas, Nadhia berlari ke tingkat bawah.
"Salah apa pula kalini aku buat..." desis hati Nadhia.
"Ya abang. Kenapa?" Faris yang melihat Nadhia semakin berang. Rambut wanita itu ditarik kasar sebelum dia melepaskan Nadhia.
Nadhia mendesis sakit.
"Kau memang perempuan tak tahu malu kan? Suka la kan menyondol dengan jantan lain? Kau bagitahu aku sekarang berapa banyak jantan yang kau dah sondol belakang aku?" Soalan demi soalan yang diutarakan oleh Faris membuat Nadhia binggung.
"Jantan mana pula ni bang? Seharian Nad duduk dalam rumah, mana ada keluar." Jawapan dari Nadhia membuatkan Faris makin berang.
"Kau jangan nak tipu aku la Nadhia, mak kau dulu pelacur, tu yang kau terikut sekali dengan perangai setan dia tu!" Bentak Faris. Wajah Nadhia di tampar sekali.
"Apa abang ni? Jangan nak ungkit fasal mak la!" Nadhia memegang pipinya yang terasa berpijar, sakit.
Faris melempar beberapa keping gambar pada Nadhia.
"Kau tengok betul-betul siapa dalam gambar tu." Nadhia memandang pelik, gambar-gambar yang bersepah dilantai, dia kutip. Matanya terbeliak tidak percaya. Gambar itu tidak benar, dia mendongak memandang Faris.
"A-abang gambar ni tak betul. Nad tak pernah pun pergi atau buat perkara tak senonoh tu." Faris tersengih sambil mencengkam dagu Nadhia dengan kasar. Matanya meliar memandang wajah isterinya seketika.
"Jelas dan nyata itu kau, Nadhia Adirra." Faris melepaskan cengkamannya, wajah Nadhia yang resah itu.
"T-tapi abang, Nad memang tak buat benda-benda ni!" Nadhia masih mempertahankan dirinya.
"Aku ceraikan kau..."
•|One Last Time|•
BAA!! Terkejut tak? HAHA.
To be continue...
Jangan lupa vote tauu !! Love y'all !
YOU ARE READING
One Last Time : Akasha Farhan
Romance1st Story Sebelum kamu semua baca cerita ni , saya nak peringatkan kat awak semua yang cerita ni ada banyak kekurangan dari segi kesalahan bahasa, typo dll. Ingin juga saya peringatkan bahawa cerita ini tersangatlah cringe. Kalau tak sesuai dengan...