Malam itu aku rasakan seperti ada yang tak kena, rasa yang menyusup masuk kedalam mimpi aku dan merubah menjadi sesuatu yang sangat buruk. Aku terbangun dari tidur, jantung aku berdegup kencang, cebisan mimpi ngeri itu masih lagi terasa walaupun aku sudah berada di dunia realiti. Angin ribut sedang membadai di luar ketika ini, cahaya kilat berselang-seli menerangi bilik aku, disusuli dengan dentuman guruh yang sangat kuat.
Aku memalingkan badan aku, cuba mencari sesuatu untuk aku gapai, dan aku merasakan kehangatan dia disebelah aku. Perasaan lega hadir; dia masih lagi ada disini. Tidak sepeti didalam mimpi ngeri aku tadi dimana dia sudah pergi. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena dengan dia. Bunyi nafas nya berat, seakan-akan dia susah untuk bernafas.
Dahi aku berkerut memikirkan persoalan itu, lalu aku capai suis lampu tidur yang ada disebelah katil aku, cahaya lembut kekuningan memenuhi segenap ruang bilik itu, walaupun masih gelap tetapi cukup untuk aku melihat keadaan dia. Aku menarik selimut yang membaluti tubuhnya itu, dan memang ada kelainan pada dirinya.
Terdapat tali yang melilit ketat disekitar anggota badan nya, mengikat pergelangan tangan dan buku lalinya. Tangan nya diikat ke belakang badan manakala peha dan betisnya diikat menjadi satu, membuatkan dia tidak mempunyai kebebasan untuk bergerak walau sedikit pun.
Uraian tali yang kasar itu mencengkam kulit putihnya sehingga warna merah cerah mengikuti alur tali tersebut. Peluh bercucuran diwajah serta badannya yang tidak berpakaian sehinggakan cadar katil juga turut basah, bukti yang dia sudah penat dan ketakutan.
Dadanya berombak laju namun nafasnya tersekat-sekat dek kerana ikatan pada mulutnya - sehelai seluar yang dalam disumbat kedalam mulutnya dan diikat ketat menggunakan kain tudung bagi memastikan agar dia tidak membuat bising.
Dia merengek perlahan, terlalu perlahan sehingga aku tidak pasti adakah kerana tenggelam kerana bunyi hujan atau ikatan mulutnya. Aku bertentang mata dengan nya, dengan matanya yang bulat dan besar jelas menunjukkan yang dia ketakutan dan juga penat. Aku hanya tersenyum, cuba memberikan dia ketenangan bahawa aku ada disampingnya.
"Selamat malam", aku ucapkan dengan nada yang lembut dan menenangkan. "Nasib baik kau tak larikan diri macam dalam mimpi ngeri aku tadi". "Emmph.. mmphh....", dia merengek lagi, seperti nya dia nak aku lepaskan ikatan tali dibadan nya.
Aku menyelak helaian rambut yang hampir menutup mukanya, dan ketika jari aku tersentuh kulit muka nya, dia tersentak, mujur ikatan tadi menahannya. Aku tahu mesti dia fikir ini adalah mimpi ngerinya, tetapi mimpi ngeri ini sebenarnya adalah realitinya yang baru.
Badan nya menggeletar, tubuhnya yang terdiam kaku jelas kelihatan. Talinya ketat, terlalu ketat, tetapi itu lah yang aku suka. Ia akan memastikan dia selamat, dan tidak ada ruang untuk dia melarikan diri.
Aku dekatkan diri aku, "mimpi indah ye." dan kemudian mengucup lembut di telinganya. Dia memejamkan mata kuat-kuat sehingga air mata mengalir jatuh ke pipinya.
Sambil menarik balik selimut menutup badannya, esakan tangisannya kedengaran, walaupun terhalang dengan ikatan pada mulutnya itu.
Guruh berdentum sekali lagi, dan bunyi itu semakin menjauh. Aku sambung tidur aku semula dan kini lebih yakin yang dia tidak akan dapat lari dari aku. Aku gembira kerana tuan rumah ini kini sudah menjadi salah satu koleksi peribadi aku.
YOU ARE READING
Ribut Malam
Mystery / ThrillerAku terjaga dari mimpi ngeri. Mujur ada dia disebelah aku, tetapi kenapa nafas dia berat..?