Episode 3

307 17 8
                                    

Sambungan dari episode lepas

Deng..

Otak lookaew seolah olah tidak berfungsi. Mana taknya dia tidak percaya bahawa orang yang telah membantunya lari adalah adik kepada bakal suaminya itu.

Lookaew awak okay?"_ Tanya Anda"

Lookaew kelihatan sangat keliru dengan situasi yang dihadapinya sekarang.

Cuba awak bagitahu saya kenapa awak tolong saya ni"_ Tanya lookaew"

Kan saya dah cakap saya tak nak awak kahwin dengan Abang saya "_ jawab Anda"

Ye saya tahu tapi itukan abang awak. Awak tak marah ke?"_ Tanya lookaew "

Buat apa saya nak marah lagipun awak nak ke bersuamikan seorang penagih d*dah"_ jawab Anda"

Lookaew terdiam mendengar ucapan daripada Anda.

Dah la saya akan ceritakan semuanya tapi kita duduk dulu dekat sana boleh?"_ Tanya Anda sambil menunjukkan ke arah sebuah kafe"

Okay"_ balas lookaew pasrah"

Mereka pun berjalan ke arah kafe. Sedang mereka berjalan ada seorang makcik menegur mereka.

Kamu ni baru berkahwin ke?"_ Tanya seorang makcik tersebut"

Anda hanya tersenyum mendengar ucapan daripada makcik tersebut.

Ye makcik kamu baru je kahwin"_ ucap Anda sambil tersenyum"

Lookaew sekali lagi terkejut dan terkedu mendengar ucapan daripada Anda.

Sejak bila aku kahwin dengan dia ni"_ ucap lookaew dalam hatinya"

Kalau kamu nak honeymoon makcik cadangan kamu pergi dekat hujung pantai sana. Kat situ tersembunyi sikit tak ada orang lalu"_ ucap makcik tersebut"

Amboi makcik ni siap cadangkan lagi tempat nak honeymoon bagai"_ bisik lookaew dalam hatinya"

Oh ye ke makcik okay ² terima kasih ye"_ ucap Anda tersenyum"

Makcik tersebut pun berlalu pergi.

Mereka berdua pun sambung berjalan ke arah kafe. Semasa dalam perjalanan Anda tergelak kecil setelah melihat gelagat lookaew.

Kenapa gelak?"_ Tanya lookaew "

Saya rasa lucu pulak makcik tu cakap macam tu dekat kita"_ jawab Anda sambil ketawa kecil "

Lookaew hanya mendiamkan dirinya tetapi dia dalam hatinya sudah berbunga bunga.

Setelah beberapa minit berjalan akhirnya mereka sampai di kafe tersebut.

Ha lookaew awak duduk dulu kat meja tu tau. Order je apa yang awak nak. Sekejap lagi saya datang"_ ucap Anda Dan berlalu pergi"

Aduh mamat ni nak kemana pulak aku ni dah la tak bawak dompet"_ ucap lookaew"

Lookaew pun memesan segelas air Dan menunggu Anda. 30 minit sudah berlalu tetapi bayang Anda tidak lagi menjelma.

Aduh tak kan la jantan ni dah cabut lari kot"_ ucap lookaew"

Tiba tiba Anda muncul di belakang lookaew.

Ha kutuk saya ke tu"_ perli Anda"

Ye la awak tinggal saya sorang ² dekat sini"_ ucap lookaew dengan nada merajuk"

Aloolo sian dia"_ balas Anda"

Awak pergi mana tadi?"_ tanya lookaew "

Saya jumpa awek cantik tadi sebab tu saya lambat"_ usik Anda"

Eii betul ² la jawab tu"_ ucap lookaew merajuk"

Hehe gurau je la. Saya belikan awak baju ni"_ balas Anda sambil menghulurkan beg yang dipenuhi dengan baju"

Lookaew mengambil beg pakaian tersebut Dan terkejut.

Dah kenapa terkejut?"_ Tanya Anda yang kehairanan melihat reaksi lookaew "

Awak betul ke belikan saya baju ni?"_ tanya lookaew "

Ye la tu kan baju perempuan tak kan untuk saya pula"_ jawab Anda"

Baju ni mahal tau tak?"_ Tanya lookaew "

Mahal? Saya rasa murah je"_ jawab Anda selamba "

Wah kaya gila dia ni. Baju Gucci kot ni mesti beribu harga ni"_ ucap lookaew dalam hatinya "

Dah pergi tukar baju ni. Semua orang pandang pelik dekat saya dengan awak"_ ucap Anda"

Pelik kenapa?"_ Tanya lookaew"

Cuba tengok awak pakai baju apa"_ ucap Anda"

Lookaew pun melihat pakaian yang dia pakai Dan terkejut. Dia baru sedar bahawa dia Masih lagi berpakaian dress untuk perkahwinannya tadi.

Tukar la baju tu lookaew. saya tahu awak nampak cantik pakai dress tapi tak Manis la orang pandang"_ ucap Anda lagi"

Okay. Maafkan saya"_ balas lookaew Dan berlalu pergi ke tanda"

Di sisi lain..

Prewa mana lookaew?"_ Tanya Atom yang baru tiba"

Dia dah lari la"_ jawab Prewa"

Aik lari dengan siapa?"_tanya Noon "

Tak tahu la tapi yang penting dia tak kenal orang tu"_ jawab Prewa"

Macam mana boleh jadi macam ni?"_ Tanya Noon"

Korang la lembab sangat datang"_ marah Mer"

Amboi marah kami pula. Mana la kami tahu van tu nak rosak"_ sampuk Atom"

Dah tahu tu Cuba la buat sesuatu "_ marah Mer"

Kau tak nampak ke aku dengan Noon dah kat sini. Nak marah apa lagi"_ ucap Atom"

Kebiasaanya Noon Dan Prewa akan beradu mulut tapi Kali ni Mer pula yang beradu mulut dengan Atom. Mereka berdua jarang bergaduh tapi kalau bergaduh macam dunia nak runtuh.

Dah ² la Korang berdua ni baik kita pergi cari lookaew "_ sampuk Noon"

Dia sedar kalau dia biarkan Atom bergaduh dengan Mer mungkin mereka akan bertumbuk berdua di situ.

...BERSAMBUNG...

Pemilik Hatiku Where stories live. Discover now