P R O L O G

186 63 2
                                    

MALAM ini gelap. Sangat gelap. Bagai cahaya ditelan alam semesta sehingga tidak terbias sedikitpun sinarnya. Tambahan lagi titisan air hujan yang jatuh, menghentam atap kapal terbang yang dinaikinya itu. Barangkali dunia pun turut berduka atas luka yang terlakar padanya.

Kepala berpusing ke kanan. Mata yang sembap akibat tangisan, hanya pandang kosong seorang demi seorang penumpang yang masih sibuk menaiki pesawat ini.

Begitu dia tatap, pita memorinya terus terhenti pada saat terakhir dia di rumah suaminya.

Besar langkah yang dibuka menuju ke arah pintu utama. Kencang dia berlari tanpa mengendahkan langsung laungan seseorang dari arah belakang.

"Ziana Nadiana!"

Buat bodoh lagi. Makin laju kaki yang diorak bersama bagasi berat dalam genggaman tangan.

"Ziana sayang.. Ziana!"

Akhirnya wajah bertembung wajah apabila si suami memaut tangannya, sekaligus membuatkan kedua mata mereka automatik bersabung. Air mata yang kian bercucuran pada wajah masing-masing, jelas menunjukkan bahawa mereka terluka.

"Nana.."

Panggilan itu langsung membawanya ke dunia nyata. Terus direntap tangannya. Lemah.

"Sudahlah.. hubungan kita tak boleh pergi jauh lagi dah. Ingat perjanjian kita? Cukup tempoh 5 bulan, cerai. J-jadi.." Bibir diketap kuat. Ya Allah..

"Lepaskan aku.."

Zap!

Tepat pada saat itu, air mata Qalim makin lebat turun, bak sungai yang mengalir deras. Terkedu sampai longgar lututnya terasa, membuatkan secara drastik, dia terduduk di hadapan isterinya. Bersama bahu yang terhinjut, tangan naik sekali lagi, menggenggam erat tangan Ziana.

Sungguh dia berharap.. bahawa apa yang diucapkan isterinya sebentar tadi semuanya bohong belaka. Berharap.. bahawa semua yang berlaku ini hanyalah mimpi buruk semata..

Namun sangkalannya malah menyimpang jauh. Jauh, hingga tak menjumpai jalan pulang.

Wanita itu menarik tangannya buat keberapa kali. Kali ini, kuat dan disertai tolakan pada bahu Qalim menyebabkan punggung lelaki itu terhenyak kasar atas lantai.

Tapi dia buat tak endah. Perasaan isterinya lebih penting dari sakit fizikalnya sekarang ini.

Lagi dan lagi, Qalim menarik tangan Ziana dan dibawa ke dalam genggaman tangannya.

"Kau buta ke Qalim? Kau tak nampak apa yang laki tu dah buat kat aku? Kau.."

Ayat yang mahu dihambur, bagai disendat oleh dada yang makin beralun serta memori hitam yang baru saja terlintas di dalam fikiran. Berkaca lagi kedua mata bulatnya.

"Masih sanggup ke nak terima perempuan jijik macam aku ni?" sambung Ziana, penuh lirih.

Pap!

Dalam sekali tarikan, dia sudah berada di dalam dakapan suaminya. Kedu.

"Kau masih isteri aku. Tak kira sejijik mana diri kau sekalipun.." Qalim senyap seketika, sembari genggaman pada belakang baju isterinya dieratkan. Hampir gugur lagi mutiara jernih itu di birai mata Ziana.

"Aku tetap akan terima semua baik buruk kau. Kau separuh nyawa aku.. hilang kau, maka hilang separuh diri aku. Jadi please.." Wajah disembamkan penuh lemah ke atas bahu sang isteri. Dapat Ziana rasakan hinjutan akibat sedu yang dihasilkan Qalim itu.

UNTOLD STORYWhere stories live. Discover now