B A B 1

114 43 7
                                    

1. Kesayangan Nyayie.

"QAL!"

Kepala laju menoleh bilamana dia rasa namanya dipanggil. Terkial-kial Muhammad Qalim Rizaldi mencari sosok tersebut sebelum akhirnya dia berjaya menemuinya.

Satu senyuman kelat dilorek payah. Mata ekori langkah lelaki tua yang sedang menuju ke arahnya. "Pak ngah.."

"Qal minta maaf sebab tak dapat jaga nyayie elok-elok.. Qal minta maaf, Pak ngah." Berulang kali perkataan maaf meniti pada bibir merah bak delima itu. Jelas menunjukkan bahawa lelaki berumur 22 tahun itu bebas dari sebarang nikotin dan tar rokok.

Rasa diri tidak berguna apatah lagi dia merupakan cucu lelaki pertama dalam keluarga ini. Rasa sebersalah kerana gagal menjaga satu-satunya cinta hatinya, iaitu neneknya Hajah Halimah.

Terkilan.

"Kau rasa siapa yang akan dapat Quintin?"

Berkerut sepantas kilat pelipis dahi Qalim jadinya. Terbantut terus niat mahu mulakan sesi jejak kasih disitu.

Neneknya sedang dalam keadaan nazak namun Pak ngahnya disini boleh membincangkan tentang harta yang bakal diulas sebentar lagi?

"Bang.. peguam mak dah sampai," nyata Puan Mia kepada suaminya, Tuan Farhan. Pandangan Qalim beralih pula pada Mak ngahnya.

Aneh.

Perhatian Qalim diganggu lagi dengan suara garau milik seseorang yang bergema di setiap penjuru banglo besar ini. Dia mencari figura itu.

"Semua berkumpul, cepat!" tegas Haji Saifullah.

Jika lelaki tua itu yang menjatuhkan arahan, tiada siapa yang berani membantah. Mahu tidak mahu, diikutkan saja. Lagipula, memang sudah diberitahu di dalam group Whatsapp keluarga bahawa ada perjumpaan hari ini tentang 'harta' Hajah Halimah, yakni nenek Qalim sendiri.

Qalim akhirnya mengambil tempat, bersebelahan kakak sulungnya di dalam ruang tamu itu. Mata kemudian naik, memerhati ekspresi wajah seorang demi seorang disitu sebelum biji matanya berlangsung tajam. Air muka pula berubah tegang. Begitu juga rahang yang diketap kuat dan kening yang terjongket tinggi.

Rata-rata disini seperti tiada perasaan sedih mahupun simpati langsung perihal keadaan neneknya yang sedang nazak di hospital. Malah yang terlakar pada kanvas wajah mereka ialah..

Kebahagiaan. Keterujaan dan keriangan.

Ceh. Memang Qalim sudah agak perkara ini akan berlaku. Bahkan dari awal neneknya hilang lagi.

Semua sedia maklum bahawa adik beradik belah arwah bapanya memang semua gilakan duit. Batak. Kalau tak ada duit, mati agaknya. Macam duit itu jadi soalan utama yang disoal dalam kubur.

"Seperti yang semua sedia maklum, pemegang saham yang paling unggul dalam keluarga Haji Saifullah ialah Hajah Halimah binti Wahab, isteri Haji sendiri." Peguam Hajah Halimah mula membuka bicara. Yang lain sudah menunjukkan pelbagai reaksi termasuk Qalim sendiri.

Dia akui, secebis hatinya memang mahu memiliki The Quintin yang sudah menjadi bahagian terbesar dan terpenting dalam hidup Qalim. Jantungnya. Sejak kecil dia dikenalkan dengan galeri terbesar di Asia Tenggara oleh Hajah Halimah itu, Qalim sudah menanam cita-cita untuk memilikinya.

Dia ingin The Quintin menjadi tujuan Malaysia dikenali.

Dia ingin The Quintin menjadi salah satu kebanggaan dan pencapaian yang dapat dia tunjukkan kepada neneknya.

Sebagaimana Qalim mencintai keluarganya, sebesar itulah dia menaruh rasa sayangnya kepada The Quintin. Cinta hatinya.

"Tapi bukan itu yang saya mahu ulaskan untuk hari ini. Hari ini, saya akan menyampaikan wasiat Hajah Halimah atas permintaan beliau sendiri. Di dalam wasiat ini, terkandung beberapa syarat sebelum semua anak-anak, cucu-cicit bahkan suami Hajah, mendapat bahagian masing-masing. Hajah Halimah juga ada menyatakan sedikit coretan disini. Izinkan saya baca." Tuan Amdan, selaku peguam Hajah Halimah yang akan membacakan isi wasiat tersebut sempat berdehem sekali, membersihkan peti suaranya. Surat wasiat yang digulung kemas di dalam sebuah fail, dia tarik kemudian dibuka.

UNTOLD STORYWhere stories live. Discover now