"Gh..Ghaz."tergagap-gagap Puan Sri Hanum memanggil anaknya.
"Bu..Buang Ka..ca tu."pinta wanita tua itu kepada anaknya namun dihiraukan oleh Ghazi. Perlahan-lahan kaki Ghazi melangkah ke arah mamanya. Matanya merenung wajah itu. Sayu. Air matanya bertakung di tubir mata.Menanti saaat untuk jatuh.
Terundur ke belakang Puan Sri Hanum bersama Rose sehinggalah terhalang dengan bingkai tangga itu.
"Ghaz. Ber...bertenang nak."risau dirinya dengan keadaan anaknya ketika ini. Dia sendiri dapat lihat melalui mata tersebut yang sarat dengan kesedihan yang melampau. Kesedihan dan kesakitan yang tak tertanggung.
Tangan mamanya dicapai dan digenggam kuat. Mata satu itu masih lagi tidak lepas daripada memandang wajah insan yang bergelar ibu itu.
"Mama. Mama ambillah kaca ni. Mama bunuhlah Ghaz. Bunuhlah Ghaz mama. Bunuh!!!" permintaan anak sulungnya sangat tak dijangka oleh akal fikirannya. Terkejut dirinya. Terkejung tubuh itu dengan pegangan anaknya pada tangannya ketika ini.
"Taknak Ghaz. Mama taknak!!!Kamu anak mama!!!"tergeleng-geleng kepalanya beberapa kali bersama linangan air mata. Sungguh luluh hatinya. Egonya yang menggunung tinggi seakan jatuh dan hancur sehingga ranapnya dengan situasi tersebut.
"Ambil mama. Ambil!!! Tikamlah Ghaz. Tikam!! Ghaz nak mama sendiri ambil nyawa Ghaz!!! Ghaz nak mati dalam keadaan Ghaz masih lagi suami Zinnirah!!! Ghaz taknak berpisah dengan dia!!!Ambil mama!!!" ditarik-tarik tanga itu supaya mengambil kaca tersebut walaupun mamanya masih melarikan tangannya.
"Muhammad Ghazi Al-Quds!!!" nama penuhnya diseur kuat oleh seseorang. Lelaki tua itu menerpa laju ke arah anaknya. Terlepas kaca ditangan Ghazi. Tubuhnya yang dipeluk oleh papanya perlahan-lahan melorot jatuh.
"Ya Allah along!! Kenapa kamu jadi macam ni nak!!! Istigfar along!! Istigfar!! Mengucap nak!! Papa ada dengan along!!! Papa ada!!" tubuh itu diusap-usap untuk meredakan rasa yang bercampur dalam diri anak sulungnya.
"Allah."
"Allah." Nama sang pencipta tidak henti-henti dilafaznya. Deraian air matanya sudah pecah. Tan Sri Ghazar juga tidak dapat menahan sebaknya melihat keadaan anaknya disebabkan oleh isterinya sendiri.
Teresak-esak Ghazi di dalam pelukan papanya. Tangisannya berlagu kuat. Dia tidak dapat lagi menahan tangisannya ini. Dia lemah ketika mana teringatkan si isteri yang jauh di mata dan tidak mengetahui kedudukannya.
"Apa dosa along papa? Apa salah isteri along papa? Apa yang isteri along buat sampaikan mama langsung tak boleh terima dia. Apa yang along patut buat papa untuk puaskan hati mama lagi. Adakah dengan cara kematian along mama puas hati."
"Astagfirullah along!!Apa kamu cakap ni?!"marah Tan Sri Ghazar kepada anaknya. Anaknya bercakap seperti tiada iman di dada. Ingat dengan cara kematian boleh menyelesaikan masalah. Fikiran rasional anaknya sudah tiada kerana terlalu mengikut perasaan sakit.
"Along tak sanggup papa. Along tak sanggup berpisah dengan isteri along.Berpisah dengan isteri along seperti hilangnya nyawa along papa. Lebih baik mama bunuh ja along. Kenapa mama mahukan perpisahan kami demi menyatukan along dengan perempuan ni. Perempuan yang tak ada maruah ni!!! Perempuan yang tak tahu malu terkejarkan suami orang untuk menutup aib sendiri." Sangat pedas sekali Ghazi berkata tanpa berlapik lagi. Hatinya tidak terjaga kenapa dia perlu menjaga hati orang lain.
"Ab.."
"Kau diam perempuan!!!!!!" pintas Ghazi tanpa sempat Rose mahu berkata.
"Mama. Kalau mama nak tahu, perempuan yang mama tatang sangat ni pernah mengandung anak luar nikah, Dia pernah terlanjur dengan orang lain berbanding isteri Ghaz. Isteri Ghaz mengandung sebelum ini disebabkan dirogol oleh lahanat-lahant tu. Bukan kerelaan macam yang perempuan ini buat. Dia dengan mama dia bersubahat sembunyikan benda ni. Dia beritahu kita nak ke mesir padahal ke tempat lain. Kau balik sahaja daripada negara tu terus kau bertutup untuk menutup semua kejahatan kau. Kau hasut mama aku. Kau hasut isteri aku. Kau dan mama aku sanggup hancurkan rumah tangga aku untuk kepuasan hati kau berdua. Kesakitan yang isteri aku rasa tak tertanggung. Yang kau fikir macam mana nak sakitkan isteri aku supaya dia tinggalkan aku. Kau kena tahu Rose. Hidup ini ada karma. Sekali kau buat dekat orang berkali-kali kau akan dapat. Cukuplah. Cukuplah kau dan mama aku buat semua ini. Aku pun nak bahagia. Kau pun berhak bahagia. Carilah kebahagiaan kau. Aku dengan kebahagian aku. Nur Hayfa Zinnirah adalah kebahagian aku. Tiada siapa boleh gantikan isteri aku walaupun kau perempuan pertama pernah bertakhta di hati aku tapi kau kena ingat isteri aku cinta terkahir buat aku."luah Ghazi di situ. Dia dah taknak pendam sakit itu lagi. Mereka ingat dengan cara pisahkan dia dengan isterinya, dia kaan turutkan semua permintaan merepek ini. Sampai hujung nyawanya pun perkataan cerai takkan terlafaz dari bibirnya buat isteri tercintanya. Takkan dan tak pernah terjadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/360760842-288-k538412.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT)
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...