BAHAGIAN 2

6 0 0
                                    

ANDREW 

Andrew menyarungkan t-shirt hitam dengan seluar cargo hitam longgar. Rambutnya yang agak panjang dikemaskan di depan cermin. Sedikit menunduk kerana cermin sudah lama ada di biliknya kini menjadi rendah. Habis bersiap dia berdiri di hadapan pintu, menarik nafas panjang dan menghebus keras sebelum tombol pintu bilik dipulas.

Kakinya terus melangkah turun dari tangga ke dapur melihat ibunya sedang sibuk menghidangkan sarapan. Roti bakar keju untuknya. Andrew tersenyum melihat makanan yang terhidang. Cepat cepat dia duduk dan menjamah.

"No bismillah meh?" Puan Lim mengingatkan anaknya yang beragama islam itu. Dahulu pernah kecewa dengannya kerana berhijrah dari kristian kepada islam atas alasan untuk berkahwin dengan teman wanitanya tetapi agama tidak pernah mengubah Andrew sama sekali jadi ahli keluarga yang lain menerima dengan hati yang terbuka.

"Oops! Bismillah. Itadakimasu! Ma sit down la." Penuh mulutnya dengan roti sebelum dia sempat memuji tuhan. Kerusi di sebelahnya ditarik supaya ibunya dapat duduk sekali.

"Who is actually muslim here? I'm waiting for pa first baru makan" Puan Lim membebel pada anaknya lalu duduk di atas kerusi yang ditarik Andrew. Memang menjadi rutin harian puan Lim akan menunggu suaminya untuk makan sekali.

"Heee. I forgot" Andrew tersengih nipis ketika ibunya menegur kelalaiannya.

"So first day todah ah?" Puan Lim mula bersoal siasat kepada Andrew. Berat betul mulut anak lelakinya itu untuk bercerita kalau tak ditanya.

"Yup. New worker also" Andrew menjawab ringkas. Lupa memberitahu ibunya yang dia telah mengupah seorang pekerja. Itupun dia masih belum melihat resume gadis itu dengan teliti. Malas. Cuma berhubung melalui whatsapp.

"Lady?" Ibunya cuba memastikan. Asalnya berharap Andrew memilih pekerja lelaki kerana banyak yang perlu dilakukan di kedai kerana sudah lama tidak beroperasi tetapi disebabkan Andrew tidak bersuara jadi dia tidak mampu berkata apa lagi.

"dui" Dia menjawab dalam bahasa cina yang jarang digunakan di rumah. Mengangguk.

"Aiyo why not guy. Much work to do. Cleaning also kan?" Puan Lim mula risau dengan keputusan anak lelakinya.

"Ke yi ma. She can do it. Asked her already" Andrew menjawab dengan yakin. Dia sudahpun berbincang dengan gadis yang akan menjadi pekerjanya.

"What's her name?" Puan Lim bertanya, rasa ingin tahu yang mengusik di ujung kata-katanya. Sempat lagi keningnya diangkat angkat.

"Don't know. Don't remember" Andrew menjawab ringkas.

Puan Lim menggeleng kepala selepas mendengar jawapan anaknya. Risau lelaki itu bersikap seperti majikan sombong.

"Don't bully her" Ibunya menitip pesan.

"I will not. Too lazy to open the cafe la ma" Andrew mengeluh menghabiskan roti yang dibakar ibunya. Dia sudah malas untuk mengunjungi cafe tersebut. Lebih banyak kenangan pahit dari yang manis. Sepahit eight shot of amaricano.

"Move on now. Been two month la. She don't even remember you meh" Puan Lim cuba membawa Andrew berfikir rasional walaupun dia tahu perkara itu pahit untuk ditelan.

"Aiyo ma. It's not easy. I'm cuba lah ni okay" Andrew mengeluh pasrah. Terasa beban terhempap di atas bahunya sebaik mendengar ayat tersebut. Masih tidak dapat membiasakan diri.

Ibunya sudah membebel kerana membiarkan cafe miliknya sudah lama tidak beroperasi. Ramai pelanggan tetap sudah mula merindui Serenade cafe terutamanya kawan kawan ibunya.

Cafe yang diberi nama atas simbolik yang dibangunkan atas cintanya bersama Laila. Berjanji untuk setiasa ada bersama walaupun seburuk mana cabaran datang berdering. Dia ingin menjadi seseorang yang Laila boleh terinspirasi untuk membuat lagu lagu baru. Andrew ingin memberi sokongan penuh kepada teman wanitanya dulu tetapi kini hanya tinggal kenangan.

"It's embarassing that everyone know I already broke up" Andrew merungut lagi. Semua kenalan ibunya mengetahui tentang dirinya. Lagilah malas dia hendak membuka kembali cafe tersebut.

"Don't be like that la. My friends banyak anak perempuan waiting for you meh. Taknak?" Puan Lim menyakat. Memberi cadangan baru supaya mudah untuk anak lelakinya move on.

Hampir sahaja tersedak air kosong yang diminumnya sebaik mendengar apa yang dibicara ibunya. "Aiyo ma. I'm going!" Andrew cepat cepat bangun dari kerusi dan meninggalkan dapur. Malas hendak mendengar apa yang ibunya katakan. Lagi panjang huraian ibunya kalau dia di situ lebih lama.

"You are twenty seven now. Bring a wife later!" Puan Lim melaung dari jauh sebelum anaknya hilang dari kelibatnya. Sengaja mahu berseloroh.

"DON'T NEED!" Andrew menjawab dari ruang tamu dengan keras. Pintu rumah ditutup rapat.

Kasut dunk high nike bewarna hitam putih disarung sebelum dia mula menghidupkan kereta mercedes benz dan meninggalkan rumah. Kereta itu dipacu laju menulusuri jalan yang sibuk sehingga dia tiba lebih awal ke Serenade cafe. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 02 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Froth loveWhere stories live. Discover now