Firash melabuhkan punggung di atas katil sebelah Shifa. Nyenyak betul si Shifa tidur. Mungkin penat sangat sebab baru habis majlis perkahwinan dia orang. Firash tersenyum kecil melihat isterinya yang tertidur. Comel betul! Rasa nak makan aje isterinya ni.
Firash mengucup lembut dahi Shifa. "Good night, princess." Ucap Firash sebelum dia bangun untuk membersihkan diri. Tak boleh duduk dah, habis satu badan melekit.
Setelah beberapa minit, Firash selesai membersihkan diri. Dia melihat Shifa yang masih terlena itu dengan senyuman kecil. Haih, isteri siapalah ni? Comel!
Firash melabuhkan punggung di atas katil. Dia mencubit pipi gebu Shifa. Terus mengeliat kecil isterinya. Firash menggelus lembut pipi gebu Shifa. "Shh... Tidur balik. Tidur balik." Dengan Firash menggelus lembut pipi Shifa, terus dia kembali diulek lena.
Firash mendongak melihat jam didinding. 11:30 malam. Firash mengangkat punggung dari katil katil dan mengambil sejadah lalu dibentangkan. Takbir diangkat lalu dia menunaikan solat.
Lima minit kemudian, Firash sudah selesai menunaikan solat Isyaknya. Dia mengaminkan doa lalu bangun dan melipat semula sejadahnya. Sejadah itu diletakkan kembali di tempat asalnya. Dia melabuhkan punggung di atas katil dan membaringkan badannya sebelah Shifa. Sebelum dia menutup mata, dia mengucup dahi Shifa.
.・。.・゜✭・
Shifa dan Firash duduk di rumah keluarga Firash untuk beberapa hari. Shifa sendiri belum pasti bila nak balik rumah Firash sendiri, kata Firash, dua hari lagi Firash akan bawa dia ke rumah Firash. Itupun belum tentu betul.
Shifa bangun awal pagi lagi untuk menolong Datin Fatimah di dapur. Kalau dia tak tolongkan, orang kata dia pemalas pula. Tapi, dia tak kesah sangat pun mulut orang. Nak kata apa, katalah.
"Datin, nak saya buat air apa?" soal Shifa. Rasa kekok pula bila duduk berdua je. Kalau dulu memang rancak mereka berbual, tapi bila dah dua tiga tahun tak berjumpa ni... Entahlah, jadi bisu.
"Jangan panggil Datin la, panggil mummy aje. Mummy kan dah jadi mummy Shifa. Shifa buat je air kosong. Tak elok minum air manis pagi-pagi ni, kan? Nanti kencing manis pula." Datin Fatimah cuba untuk berbual dengan Shifa. Sejujurnya, dia rindu hubungan mereka yang dulu. Bergelak tawa bersama. Sekarang? Nak bertegur pun segan. Tapi, tak apa. Dia akan cuba ambil hati menantunya kembali.
Aik, terbalik ni. Biasanya menantu yang pikat hati mak mertua, ni mak mertua yang nak pikat hati menantu.
Shifa mengangguk kepala. Tak tahu nak balas apa. "Okey? Sejuk atau biasa?" soal Shifa lagi.
"Kalau Shifa nak sejuk pun boleh, ikut selera Shifa." Jawab Datin Fatimah dengan tenang.
Shifa angguk lagi sekali. Ikut selera dia? Dia ni mana suka sangat minum air putih. Dia minum pun bila kena paksa dengan mamanya je. Tak apalah! Kita ambil yang sejuk aje!
Shifa terus mengisi jug air dengan air sejuk dari Coway. Masa dia mengisi air tu, dia terfikir, tak ada orang gaji ke dalam rumah ni?
Dia ni jenis malas nak berfikir, jadi dia buat keputusan untuk bertanya dengan Datin Fatimah. "Datin- I mean, mummy.. Mummy, tak ada orang gaji ke? Dulu bukan ada ke?" soal Shifa.
Datin Fatimah yang sedang menyusun pinggan di meja makan itu terhenti seketika. "Orang gaji? Ouh, Mak Jah. Mak Jah balik kampung seminggu. Anak dia sakit katanya." Tangannya fokus menyusun pinggan. Mendengar balasan Datin Fatimah, Shifa meng'ouh'kan sahaja.
YOU ARE READING
You Are My Princess (OG)
General FictionCover by : @Syu_Semboyy Parut di hati memang tak boleh hilang, tapi boleh di pudarkan. Sakit hatinya apabila dia tahu orang yang dia sayang itu sebenarnya menaruh perasaan kepada orang lain. Terasa diri ini langsung tidak dihargai. Namun, dia tak...