ZH 4

266 16 0
                                    

Selepas sahaja dari rumah Tuan Arzan, Zyran langsung merebahkan dirinya ke sofa.

"Apa function ayah bawa Zyran?" Tanya Zyran, semasa dia di rumah Tuan Arzan, dia hanya duduk diam dekat sofa.

"Lah kenapa? Tuan Arzan tu dah lama tak jumpa dengan kamu"

Zyran hanya menjulingkan matanya keatas, pastu?

"Huf, buang masa Zyran je tau tak?" Kata Zyran, nada dia menunjukkan yang dia sangat tak suka.

"Kamu ni kenapa? Tuan Arzan tu sahabat baik ayah tau tak, sejak ayah kahwin dulu dia ada dengan ayah" ujar Tuan Zarif sambil menatap tajam kearah Zyran, tidak suka dengan perangai Zyran.

Zyran hanya menghela nafas berat, dia membuka butang baju dia, malam tu terasa panas bagi dia.

Tuan Zarif mengeluarkan sebatang rokok dan menghalakan ke mulutnya.

Zyran yang perasan langsung mengambil rokok di mulut Tuan Zarif dan buang.

"Apa kamu ni?!" Bentak Tuan Zarif.

"Sejak bila ayah merokok?" Soal Zyran dengan nada yang mendatar.

"Sejak ibu kamu dah tak ada" jawab Tuan Zarif, suaranya serak, bila teringat dengan isteri dia, dia rasa nak menangis walaupun dia dah tua macam ni.

"Tapi bukan macamni cara dia, ayah pun tau sendiri ibu tak suka kalau ayah merokok"

"Ye aku tau, tapi aku stress, kalau aku amik alcohol lagila berdosa, lebih baik aku merokok je" kasar sahaja suara Tuan Zarif, menunjukkan dia betul-betul stress.

Zyran mengeluh, kesian tengok keadaan ayah dia sendiri macam orang depresi teruk.

Tiba-tiba sahaja Zyran terflashback...

FLASHBACK-
"Ibu, ibu kita nak pergi mana?" Tanya Zyran yang baru berumur 15 tahun itu.

"Ibu nak check kandungan ibu ni haa...mana ayah kamu ni? Lama betul" kata Zinnirah sambil mengusap perut dia yang sudah mencecah 7 bulan.

"Adik perempuan ke lelaki?"

"Perempuan" kata Zinnirah sambil senyum tawar.

Zyran menganggukkan kepalanya, dia langsung tidak mengukir senyuman. Hanya dia sahaja yang tau kenapa.

"Dah jom" kata Tuan Zarif.

Suasana di dalam kereta sunyi, tiada siapa yang mengeluarkan suara.

PIMMMMM

Mata Tuan Zarif membulat, dengan pantas dia melajukan keretanya.

PIMMMMM

Disitu lah kejadian gelap yang terjadi pada hidup Zyran dan Tuan Zarif.

Kereta mereka hancur. Tuan Zarif dan Zyran Ishaan dapat diselamatkan.

Tetapi tidak dengan Zinnirah Aisya. Kandungan Zinnirah Aisya juga tidak dapat diselamatkan.

Walaupun badan Tuan Zarif sakit semasa itu, dia tetap nak peluk badan Zinnirah untuk kali terakhir.
END OF FLASHBACK

Zyran tersedar dan langsung memicit dahinya, kenapa dia kene ingat peristiwa gelap dulu?

Zyran tersedar dan langsung memicit dahinya, kenapa dia kene ingat peristiwa gelap dulu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ZYRAN ISHAANWhere stories live. Discover now