•••
Warning 18+. Please be a wise reader!"Rana, You smell nice."
Hazel Dearana terikat dengan Raden Jiwatrisna kerana satu perjanjian. Raden Jiwatrisna, lelaki yang berusia 28 tahun pada tahun ini merupakan anak lelaki dari Raden Madaharsa dan Raden Ajeng Mandaka. Lelaki berketurunan Jawa. Javanese. Raden Jiwatrisna, cucu kesayangan Eyang (Nenda) Nismara.
Dearana tahu betapa keluarga jawa mementingnya darjat keturunan mereka. Yang setara harus bersama dengan yang setara. Keturunan yang mementingkan kehormatan dan kesucian. Hanya sahaja, dia dan Raden Jiwatrisna tentu tidak setara. Dirinya berasal dari Malaysia. Keluarganya masih lengkap dan dia adalah anak tunggal. Ayahnya bekerja sebagai cikgu dan ibunya bekerja sebagai kerani. Keluarga mereka hanya keluarga yang sederhana. Bukan seperti keluarga lelaki itu. Yang dihormat dan dipandang tinggi.
"Saya guna perfume yang Tuan Jiwa belikan untuk saya." jawab Rana. Bibirnya mengukir senyuman.
Tawa Raden Jiwatrisna terdengar mengalun indah ditelinganya dan Rana suka mendengar tawa lelaki itu. Terdengar sangat menyenangkan. Dia suka apabila lelaki itu tersenyum dan tertawa kerananya.
"And if you didn't use perfume, I like the way you smell, Ariningsun." Ariningsun. Panggilan Raden Jiwatrisna untuk perempuannya.
"Sebab awak suka menempel dengan saya. Bau awak pun menempel dengan saya."
Raden Jiwatrisna tersenyum. Matanya lihai memandang gerak tubuh Rana yang sedang menyiapkan sarapan untuk mereka. Dia merengkuh gadis itu. Tangannya diletakkan pada sisi pinggang Rana. Lelaki itu memerangkap Rana dengan tubuhnya yang sasa.
"Eyang will come here today." Beritahu Raden Jiwatrisna.
Badan Rana kaku setelah mendengar bicara lelaki itu. Eyang. Nenda Raden Jiwatrisna tidak pernah menyukai dirinya kerana perbezaan mereka. Wanita paruh baya itu terang-terang menunjukkan tidaksukaannya kepada Rana setiap kali berkunjung disini. Kadang-kala; Eyang akan menyindirnya dengan mengatakan bahawa dia tidak punya harga diri kerana berani menggoda Raden Jiwatrisna.
Dia menghela nafas lalu memaksakan diri untuk tersenyum. Tiba-tiba rasa tak sedap badan.
"Kalau macam tu, saya pergi keluar boleh?" tanya Rana. Meminta izin dari lelaki itu.
Kening Raden Jiwatrisna terangkat. Dia memandang wajah cantik Rana. Bukannya dia tidak tahu Eyangnya tidak menyukai gadis dihadapannya ini. Eyang selalu sahaja menyuruhnya untuk menjauhi Rana tapi dia tidak pernah mengikuti arahan itu. Terpulang kepadanya untuk melakukan apa sahaja. Eyang tidak berhak memerintahkan dan memaksa dia melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
"Saya ikut. Jangan pergi ke mana-mana seorang diri. Its not safe for you, Rana."
"Tapi..."
"Do you hear me, Ariningsun?" Datar nada suaranya. Dan Rana tahu lelaki itu tidak mahu dibantah sekalipun. Rana anggukkan kepalanya. Menurut. Wajah Raden Jiwatrisna tampak puas apabila Rana menurut. Tiba-tiba tangannya ditarik oleh Raden Jiwatrisna. Rana terkebil-kebil memandang sarapan yang belum disantap oleh mereka.
"Ada 45 minit sebelum Eyang akan datang."
"Huh?"
Raden Jiwatrisna tersenyum senget. Dia membisikkan sesuatu ke telinga Rana. Tidak lama kemudian, mata gadis itu membulat sempurna. Bibirnya terbuka mahu mengatakan sesuatu tetapi ditindah oleh sesuatu yang lembut.
"Come here, Ariningsun."
YOU ARE READING
AFFAIR
RomanceRADEN JIWATRISNA | HAZEL DEARANA 18+ | MATURE CONTENT | ANGST | EXPLICIT CONTENT