👑 6

29 10 2
                                    

Kepala yang terasa sakit di picit perlahan lahan menggunakan tangan kirinya bagi mengurangkan rasa sakit yang menyucuk di kepala. Dia menutup rapat matanya menahan sakit di kepala.

Hari ini sudah masuk 8 hari dia di kurung di dalam bilik ini. Makanan yang diberikan hanya sehari sekali sahaja. Dia lapar. Tapi mujurlah di biliknya ini terdapat satu penapis minuman kecil yang di beli oleh orang tuanya dahulu. Dia bersyukur.

Daena bangun dari duduknya kemudian menuju ke arah katil, lalu dia mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas katil kemudian dia mengerling ke arah jam yang di paparkan pada screen telefonnya.

Kelihatan kini tepat pada pukul 8:00 pagi. Dia merenung lama terhadap screen telefonnya. Dia sudah terlajak tidur!. Tanpa membuang masa, Daena melangkahkan kakinya ke arah pintu bilik air untuk membersihkan diri, kemudian dia  mengqadakan semula solatnya yang sudah dia tinggalkan pagi tadi.

Selesai sahaja qada solat subuh, dia tidak terus membuka telekung yang sedang menutupi tubuhnya itu. Dia bangun dari duduk tahiyat akhirnya kemudian dia melencong ke arah balkoni yang terdapat di dalam biliknya.

Dia tersenyum melihat air hujan yang jatuh di muka bumi yang kejam ini. Hujan pada pagi itu renyai renyai sahaja. Tidak lah terlalu lebat. Dia menghulurkan satu telapak tangannya ke arah air hujan yang turun. Sejuk.

Dia menunduk ke arah perutnya yang sedang memanggil manggil. Lapar. Kakinya mula melangkah ke arah penapis air yang terdapat di dalam biliknya itu. Selesai sahaja mengisi perut dengan air putih itu, kini dia berjalan menuju ke arah meja soleknya pula.

Dia merenung wajahnya dengan perasaan simpati terhadap dirinya sendiri. Wajahnya pucat, Matanya sembab akibat menangis selama 8 hari berturut turut.

Ting!

Dia mengeluh. Tangan mencapai telefon yang terletak di hujung meja soleknya untuk melihat siapakah gerangan yang menghantar mesej kepadanya itu.

+ Daena kau ok?

+ kenapa dah lama tak datang kerja?

+ kau sakit ke?

Bertalu talu soalan diaju Amira kepada sahabatnya itu.

-Haah aku tak sihat sikit

-Tapi aku ok je ni

Jawab Daena kepada mesej yang diberikan oleh Amira.

+kau buat aku risau la Daenaa..

Hazen yang baru sahaja mahu melangkah keluar melepasi pintu rumah di tahan oleh Hazel. Dia mengerutkan dahinya melihat wajah cantik satu satu adiknya yang sedang berdiri di hadapannya.

“a-abang nak pergi mana?” soal Hazel gagap. Hazen mengangkat sebelah keningnya apabila mendengar panggilan yang di panggil oleh adiknya itu.

“ke-kenapa?” soal Hazel bingung.

“sejak bila kau panggil aku abang?” soal Hazen bingung pula. Nadanya tenang tidak berperasaan.

"erk. tak boleh ke?” soal Hazel kepada abangnya.

“tak boleh” jawab Hazen ringkas. Lalu dia melangkah keluar dari muka pintu.

“ala..kenapa?” Hazel berlari anak mengikuti langkah abangnya dari belakang.

“panggilan abang untuk isteri aku je nanti” jawab Hazen selamba.

“pulak.. baguslah kalau macam tu. Aku pun geli nak panggil kau abang” jujur Hazel. Nada suaranya hanya biasa biasa, tidak terlalu kasar atau lembut.

“hazel” seru Hazen sebelum dia mengangkat kaki untuk memasuki pintu kereta Lamborghini Aventador kepunyaannya, dia menoleh ke arah adik perempuannya itu. Hazel hanya memberikan jawapan dengan mengangkatkan satu keningnya keatas.

OUR CAVE | OGWhere stories live. Discover now