𝐏𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆

31 3 3
                                    

Cerita ini bermula apabila Raja Sri Kaliya dari Kerajaan Sri Wiramahkota kembali untuk menyerang semula pelabuhan di Kesultanan Mahardika kerana kemasyhurannya setelah beberapa tahun menyimpan dendam dan merancang strategi yang licik bersama pahlawan-pahlawan Kerajaan Sri Wiramahkota.

"Beta ingin kalian dapatkan pelabuhan itu dan jadikan pelabuhan itu sepenuhnya milik kerajaan kita!" kata baginda raja.

Riak wajahnya tidak lepas dengan ketegasan. Suara baginda yang garau dan dalam itu membuat para pahlawan yang berbaris di hadapannya meremang. Hanya yang berani sahaja mampu bertentang mata dengan baginda.

"Ingat dan hadam kata-kata beta! Selagi kalian tidak mendapatkan pelabuhan itu, jangan berani pulang semula ke kerajaan ini! Jikalau ada yang ditangkap oleh pahlawan atau pengawal Kesultanan Mahardika, biarkan mereka. Fokus dengan perancangan utama kita!"

"Menurut perintah, tuanku!"

"Lekas! Kalian sudah tiada masa untuk berlengah!"

Setelah beberapa detik selepas baginda memberi ucapan, para pahlawan lantas menyarungkan baju besi pada tubuh mereka dan menunggang kuda untuk bersiap sedia ke Kesultanan Mahardika. Senjata seperti pedang telah diasah dan disimpan di dalam sarung pedang dengan kemas dan rapi agar tidak terjatuh ketika dalam perjalanan.

.·:*¨༺ ༻¨*:·.

Di pelabuhan Kesultanan Mahardika, ramai pedagang dari setiap pelosok Nusantara berjual beli dengan rakyat tempatan di situ. Mereka juga berbual dan menyapa satu sama lain dengan ramah. Ini menandakan semua kerajaan mempunyai hubungan persahabatan serta politik yang baik.

Suasana yang ceria ini tidak bertahan lama apabila pahlawan daripada Kerajaan Sri Wiramahkota menyerang menggunakan anak panah dari Gunung Perkasa yang tidak jauh daripada pelabuhan itu.

Rakyat tempatan dan pedagang di situ dalam keadaan cemas. Mereka berlari berpusu-pusu ke tempat yang terlindung daripada anak panah tersebut. Sesetengah mereka ada yang cedera parah di kaki dan di tangan mereka akibat terkena panahan pahlawan Kerajaan Sri Wiramahkota.

Anak panah yang dihasilkan oleh para pahlawan itu mengandungi racun yang berbisa dan boleh mengakibatkan kekebasan pada bahagian yang terkena seterusnya membuat mangsa pengsan dan mati.

Dalam keriuhan itu, Laksamana Awang Bahari menyaksikan anak panah yang terpacak ke tanah itu dengan matanya lantas memanggil Orang Laut yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan pelabuhan itu untuk berkumpul.

"Wahai Orang Laut! Aku ingin kalian mencari pahlawan Kerajaan Sri Wiramahkota yang telah menyerang pelabuhan kita! Ini tugas kalian, apakah kalian mengerti?"

"Kami mengerti, laksamana!"

"Aku akan memaklumkan kekecohan ini kepada baginda sultan. Pastikan kalian semua selamat ketika mencari pahlawan durjana itu! Aku tidak ingin melihat kalian pulang dengan ada kecederaan atau ada yang mati. Lakukan tugas kalian dengan berhati-hati. Dan janganlah kalian takut, sesungguhnya Allah bersama kita."

"Baik, laksamana!"

Laksamana Awang Bahari terus menunggang kudanya untuk ke Istana Baiduri bagi menghadap Sultan Mustafa Bayezid Al-Aziz untuk memberitahu akan malapetaka yang sedang berlaku di pelabuhan kesultanan itu.

.·:*¨༺ ༻¨*:·.

Laksamana Awang Bahari telah tiba di perkarangan Istana Baiduri setelah beberapa minit. Beliau lalu pergi ke ruangan kerja baginda sultan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PURNAMAWhere stories live. Discover now