"TOLONGLAH sayang. Maafkan abang. Abang nak sayang ada dengan abang. Sayang dah janji nak bina hidup baru dengan abang. Abang perlukan sayang dalam hidup abang." Ghazi mula menangis apabila teringatkan kata-katanya pada hari itu. Dia dah tak kisah lagi air matanya jatuh untuk wanita itu.
Hayfa yang melihat menjadi sayu dengan rayuan suaminya namun apa boleh dirinya buat. Dia tak mampu berbuat apa-apa lagi melainkan berharap kepada Allah sahaja.Haiza,Haura dan Haider juga turut terkesan melihat lelaki yang sebelum ini dingin menjadi lemah seperti ini.
"Saya perlukan masa awak. Biar masa yang menentukan semuanya. Hubungan kita tak direstui awak. Puan Sri akan terus mendesak saya dan juga awak. Saya taknak jika itu menyakitkan awak Quds. Pilihan saya sekarang ni, kita bawa haluan masing-masing. Awak bebaskan saya dan awak boleh hidup dengan pilihan mama awak tanpa ada desakan lagi. Saya dah tawar hati dengan semua ini.Saya nak awak bahagia Quds."
Tiada apa yang dapat membuatkan dirinya bahagia selain melihat suaminya bahagia. Dia taknak suaminya terseksa bertahan hidup dengannya yang tak punya apa berbanding suaminya yang punyai segalanya. Dia rela mengalah dan mengundur diri untuk suami tersayangnya. Dia akan lepaskan walaupun sakit.
"Kau betul-betul nak kebebasan sayang." soal Ghazi dengan nada perlahan. Matanya tunak ke wajah Hayfa walaupun wanita itu tidak memandangnya.
"Bukan itu yang saya nak. Tapi keadaan yang memaksa."Hayfa memang tidak inginkan perpisahan dengan suaminya. Jika boleh dia mahu hidup di samping lelaki itu sehingga akhir nyawanya. Macam apa yang dia katakana dia tiada pilihan melainkan berpisah dengan suaminya dengan cara yang baik supaya hati ibu mentuanya puas. Dia buat ini untuk kebaikan suaminya juga. Sampai bila suaminya akan menjadi anak derhaka tanpa lelaki itu sedar.
"Aku tanya jawab betul-betul. Kau nak kebesan ke?!"tekan Ghazi bersama suara yang tegas sehingga mengundang ketakutan kepada Haiza dan Haura yang berada di situ.
"Ya. Saya nak sangat berpisah degan awak Quds. Saya dah tak mampu untuk bertahan hidup dengan awak lagi. Sya dah tak mampu. Saya inginkan kebebasan. Jadi awak boleh lepaskan saya sekarang dihadapan tiga orang saksi ini."
"Kaklong!!" jerit Haiza terkejut dengan permintaan kakak iparnya ini. Tetapi wajah itu tetap beriak tenang tanpa ada sebarang riak yang dapat dibaca oleh Haiza. Haider dan Haura juga tidak kurang terkejutnya. Begitu juga Ghazi. Kecewa sekali dirinya ketika ini terhadap diri sendiri. Dia tak marah dengan permintaan isterinya cuma dia agak terasa dengan kata-kata itu.
Terdiam Ghazi sementara. Suasana di situ sepi sebelum suara orang tertawa kecil yang kendegaran sinis memecahkan suasana itu.
Tawa dalam tangisan.
"Katalah apa yang kau nak kata. Kau ingat aku akan lepaskan kau sesenang itu. Di hadapan tiga orang saksi ini selagi nyawa aku masih ada dalam tubuh aku, aku akan pulihkan semula hubungan kita.Demi Allah. Aku akan hadapinya tanpa mengalah. Untuk kali ini aku pula yang mempertahankan rumah tangga kita. Aku sanggup."tekad Ghazi. Dia janji dia kana sehabis baik untuk memulihkan semula rumah tangganya yang hampir musnah itu.
"Awak takkan mampu!! Awak akan berdepan dengan syurga awak sendiri. Awak sanggup ke?"tegah Hayfa apabila suaminya berkata begitu. Hatinya turut sakit melihat keadaan suaminya. Dia terkilan dengan diri sendiri kerana tidak dapat membantu suaminya. Ini melibatkan ibu mentuanya. Ibu kandung suaminya sendiri. Dia takdak hak nak menjadi penghalang ibu dan anak itu.
"Aku sanggup demi cinta terakhir aku untuk kau. Aku sanggup walaupun aku terpaksa melutut mencium kaki mama sekalipun aku akan buat.Itu janji aku untuk mendapat restu mama." Ghazi akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan isterinya semula. Dia betul-betul rindukan kemesaraan, layanan serta yang ada pada isterinya. Dia inginkan semua itu semula.
![](https://img.wattpad.com/cover/360760842-288-k538412.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT)
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...