BAB: 82

677 23 5
                                    


Di mana cinta dan kasih mula berputik

Sehinggalah membawa ke jinjang pelamin itu adalah yang terbaik.


HARI yang dinantikan oleh Haider dan Haiza akhirnya kunjung tiba. Majlis perkahwinan itu dilaksanakan dengan penuh meriah dan gilang gemilang di vila Tan Sri Ghazar buat kali keduanya. Ramai tetamu yang dijemput hadir memeriahkan suasana pada malam itu.

"Akhirnya kahwin juga kau Haider. Tahniah. Bertambahlah anak angkat aku." ucap Mejar Zulkifli sambil menepuk bahu lelaki itu.

Ketawa mereka yang berada di situ. Kalau bercakap dengan Mejar Zulkifli jika tak kena bahan atau sindir bukanlah lelaki tua itu. Pedih betul.

"Terima kasih Tuan. Puan. Sudi hadir ke majlis perkahwinan saya." ucap Haider di atas keberadaan pasangan itu yang selalu ada bersama mereka.

"Tak ada apalah Haider. Tiada apa-apa masalah sampailah kami berdua ni. Abang. Saya nak ke sana kejap." beritahu isteri kepada Mejar Zulkifli sambil tangan menujuk ke arah kawan-kawannya.

"Ha yelah. Hati-hati sayang." pesan Mejar Zulkifli dengan romantiknya.

"Ya. Baiklah."

Hilang sahaja kelibat isteri kepada tuan mereka itu, terus ditayang senyuman manis kepada Mejar Zulkifli.

"Apa?"

"Amboi tuan. Sweetnya. Jeles saya tau." usik Aryan yang banyak mulut itu. Ada sahaja akal untuk mengata orang.

"Lantak akulah. Kau tak ada bini. Diam." Aryan hanya menayangkan riak selamba. Malas dia bila orang lain suka mengata dia macam tu. Takpa. Tunggu.

"Tuan. Tuan nak tahu tak Haider ni gelojoh. Baru saja minta dua minggu lepas restu terus kahwin. Saya nanti lepas sahaja minta keberanan tiga hari kemudian terus nak kawin. Apa macam tuan?" kening diangkat kepada lelaki tua itu dengan gaya angkuhnya.

"Itupun kalau aku cepat luluskan kebenaran kahwin kau." selamba lelaki itu berkata. Wajah yang angkuh tersebut terus berubah riak. Cemas. Jangan buat pasal. Hancur plan dia nanti.

"Eh jangan macam tu tuan. Kalau surat kebenaran saya sampai sahaja pada tuan terus tuan luluskan. Tau."

"Eh Aryan. Kau ingat senang macam tu je ke nak dapat kebenanran. Nampak sangat kau ni lebih gelojoh daripada Haider." sindir Mejar Zulkifli kepada Aryan itu. Tahu pun. Kata orang lebih gelojoh dia tu jauh lebih gelojoh daripada yang lain.

"Eh mana ada? Saya cuma nak halalkan yang haram je. Lagi cepat lagi bagus." balas Aryan tenang.

"Yela tu." naik malas dia mahu melayan orang yang banyak akal dan banyak mulut macam sorang ini. Fedup dia.

"Eh Afiq. Yang kau ni pula tersengih macam orang terencat ni dah kenapa?"

"Afiq!!" panggilnya sedikit kuat. Geram apabila pertanyaannya diabaikan.

"Ya Tuan." tabik hormat Afiq di situ apabila namanya dipanggil. Naik malu dirinya dengan pandangan orang ramai.

"Itulah kau tersengih-sengih lagi agaukan anak dara orang. Cuba tunjuk dekat aku siapa."

"Eh tak adalah tuan." nafi Afiq dengan pertuduhan tepat oleh tuannya.

"Kalau ada cepat-cepat hantar surat kebenaran dalam masa terdekat. Kalau tak aku dah tak layan. Buang masa. Biar korang berdua bujang sampai tua." sengaja dia mencipta amaran itu supaya dua orang ini tidak bermain-main dalam hal ini.

"Jangan macam tu tuan. In sya Allah dalam masa sebulan ni bukan sahaja surat kebenaran tapi kad kahwin sekali saya hantarkan." Aryan yang sudah sedia becok mulut itu kembali menyampuk.

Cinta Yang Ku Harapkan (BAKAL TERBIT)Where stories live. Discover now