"Kau merancang ke, Sufie? Sampai sekarang tak mengandung lagi."
"Tak, mak."
"Habis tu kalau tak merancang... Kau mandul ke?" Terkedu Sufie dengan soalan mentua. Terhenti tangan yang sedang memotong sayur. Liur ditelan kesat. Hati yang terhiris luka, dia topengkan muka dengan senyuman kelat.
"Belum ada rezeki lagi, mak." Senyum. Walaupun pahit.
"Dah tiga tahun menikah, takkan tak ada bunga-bungamengandung? Perempuan bermasalah je tak boleh mengandung macam tu. Kalau normal, mesti dah mengandung dah. Tu haa, anak Jenab depan rumah tu. Baru je menikah dua bulan lepas, dah mengandung." Jeda. Bibir termuncung-muncung bandingkan Sufie dengan anak orang lain
"Anak Joyah dekat belakang rumah, pun tiga tahun menikah. Dah nak masuk tiga orang anak dah. Setahun sekali. Subur budaknya," puji mak lagi.
"Kau ni... Dah tiga tahun menikah, mengandung pun tak pernah. Ke kau tak nak anak ni?"
"Siapa je yang tak nak anak, mak. Belum rezeki Sufie lagi, mak. Nak buat macam mana?"
Mak Kinah menjeling geram.
"Orang lain kalau tak boleh mengandung macam ni, dorang ikhtiar. Pergi berubat. Pergi hospital. Jumpa bidan. Ini tak. Aku tengok duk terbongkang je dekat rumah. Pemalas betul kau ni, Sufie. Mana nak dapat anak kalau tak ikhtiar."
Sufie tahan rasa. Siapa je yang tak nak anak? Dah belum tiba masanya lagi. Dia nak buat apa? Pertikai rezeki Allah SWT? Macam tu?
"Sufie dah pergi hospital. Dah check dengan abang. Semuanya okey. Tak ada masalah."
"Memanglah anak aku tak ada masalah. Keturunan kami semua subur. Kau je yang bermasalah. Kalau Affan tu menikah dengan Shera, kekasih lama dia... Mungkin dah beranak pinak dah sekarang ni. Tapi tulah... jodoh dengan kau. Aku pun berkenan dekat kau sebab kau cantik. Ingatkan dapatlah cucu macam mat saleh. Sekali, habuk pun tak ada. Harapkan muka aje lawa. Tapi, tak boleh mengandung. Hmmm."
Walaupun bicara mak lembut je, tapi sakitnya menusuk hingga ke tulang hitam. Sufie kemam bibir. Nafas dia tarik perlahan lalu hembus. Bertaut pandang dengan mak, Sufie senyum segaris. Dia sambung kerja memasak, tanpa hiraukan mak yang dah melukakan hatinya. Tak apa, Sufie. Kau boleh hadap, bisik Sufie pada diri sendiri.
MALAM......
Hanya mereka berdua dalam bilik. Affan berdiri di tepi tingkap sambil mendongak ke langit. Perlahan, Sufie bingkas bangun dari katil lalu mendekati Encik Suami. Tangan naik membelit pinggang Affan lalu mereka berbalas senyuman.
"Abang fikir apa?"
"Tak ada apa. Cuma tengok bulan. Indah sungguh. Cantik, kan?" Sufie turut mendongak kedada langit. Bulan purnama! Tiada siapa mampu menafikan kecantikannya dari jauh. Bibir mengulum senyum, nafas dihela panjang. Affan terus tunduk, memandang Cik Isteri. Dahi berkerut.
"Kenapa ni? Ada masalah ke?"
"Ada tertulis dekat dahi Sufie ke?" Berseloroh.
Affan ketawa kecil. Bahu Cik Isteri dia pegang lalu dipusing menghadapnya. Dagu Sufie diangkat lalu mereka bertentang mata.
"Ya. Besar tulisan dekat dahi ni." Berseloroh. Ciuman berlabuh pada dahi Cik Isteri. Sekali lagi, Sufiehela nafas.
Tapi, kali ni beza. Nafas lega yang terbit rasa syukur. Syukur kerana dikurniakan suami yang tersangat memahami dan penyayang.
"Ada apa? Hmm?"
"Abang tak kisah ke Sufie tak boleh mengandung?"
"Again? Masalah ni lagi? Kan kita dah bincang, kan?"
"I know. Just... Sufie nak tahu... Abang betul-betul tak kisah ke?" Kepala di dongak. Cari pandang wajah Affan. Saling merenung, Affan senyum segaris. Jemari bermain di wajah polos Sufie. Cantik! Kalau ada anak, mesti lagi comel.
"Abang tak kisah, sayang. Cukuplah Sufie ada dengan abang. Kita dah cukup bahagia dah. Lagipun, bukannya Sufie mandul. Belum rezeki lagi."
"Abang tak kisah orang mengata?"
"Sampai bila nak dengar cakap orang? Manusia mana pernah puas hati. Kita hidup bukan untuk orang, sayang. Buat apa nak kisah?"
"Semua orang dah ada anak anak. Abang je tak."
"Shhhhh..." Jemari melekat di bibirnya. Affan menghalang dia bersuara. Kepala tergeleng halus.
"Abang tak nak dengar apa- apa lagi dah. Bila abang cakap abang tak kisah, maknanya abang tak kisah. Jangan serabutkan kepala dengan perkara remeh macam ni."
"Abang tak nak kahwin lain?" duga Sufie lagi.
"Tak nak. Sufie isteri terbaik abang. Abang takkan pernah duakan Sufie. Anak bukan keutamaan. Cukuplah Sufie ada dengan abang. Sufie perempuan pilihan abang. Sufie adalah anugerah yang Allah bagi dekat abang. Abang takkan sesekali sia-siakan cinta Sufie. Takkan khianati kesetiaan Sufie,"janjinya. Lega. Tapi, masih ada rasa bersalah dalam hati Sufie. Dia perempuan tak sempurna. Tak mampu bagi Affan anak.
"Kalau abang nak kahwin lain, Sufie..."
"Seorang lelaki bernama Affan, cukup dengan seorang perempuan bernama Sufie Affiya. Noktah." Tegas. Yakin. Tiada was-was. Sufie mengulum senyum lebar. Sekurang-kurangnya, Affan masih menjaga hatinya. Biarpun orang sekeliling melukakan hati.
"Ya, sayang. Affan hanya untuk Sufie. Tiada tiga, tiada empat. Hanya kita berdua." Pelukan dikemaskan. Ciuman berlabuh pada dahi Sufie. Mereka saling berpelukan. Janji diukir, tanda cinta sejati mereka.
YOU ARE READING
SUFIE AFFIYA: Aku Perempuan Itu
Romance"Sufie isteri terbaik abang. Abang takkan pernah menduakan ataupun mengkhianati Sufie. Anak bukan keutamaan Cukuplah Sufie ada dengan abang. Sufie perempuan pilihan abang." Itu janjinya, untuk sehidup semati. Namun, pada tahun kelima anniversary mer...