Sorry For The Love...

5.4K 337 48
                                    

"Oppa..." Eun Jinn menyeru panggilan yang selalu dia gunakan untuk D.O jika berdua-duaan seperti ini. Duduk di atas batu besar mengambil angin bersama di puncak bukit. Meneroka suasana bandar Seoul yang tidak pernah sunyi.

"Ya?" Kepala Eun Jinn yang berada di bahu diusap perlahan. Lalu, satu kucupan hangat mendarat pada dahi Eun Jinn.

"Oppa dah cakap ke pasal relay kita kat omma oppa?" Soal Eun Jinn. Dia memegang tangan D.O dan bermain-main dengan jarinya. Kedengaran Kyung Soo mendesah perlahan, seolah-olah mengeluh tetapi tidak sebenarnya. Dia hanya menarik nafas dan menghembuskannya dengan kasar.

"Dah. Oppa dah cakap dah." Jawab Kyung Soo lalu tersenyum manis.

"Jinjja?! Habis tu, omma oppa cakap apa? Dia setuju dengan hubungan kita?" Soal Eun Jinn teruja. Dia meletakkan jarinya di antara celah-celah jari Kyung Soo. Tangannya tidak akan pernah diam. Pasti akan ke sana ke mari. Mengacau Kyung Soo yang sudah faham akan perangainya itu.

"Dia cakap, dia setuju dengan relay kita. Tapi..." sengaja Kyung Soo menggantungkan ayatnya supaya Eun Jinn rasa tertanya-tanya dan berdebar. Eun Jinn mendongak sedikit. Menanti kata-kata selanjutnya namun Kyung Soo masih diam. Seolah sebab yang akan dikeluarkannya itu berat dan tidak menyenangkan.

"Oppa, tapi apa?" Seperti apa yang Kyung Soo sangkakan, Eun Jinn pasti akan memaksa dan mendesak sehingga dia puas hati. Sehingga dia akan memberitahu apa sebabnya.

"Tapi..." Kyung Soo gantungkan lagi.

"Yahh oppa! Janganlah main-main!" Eun Jinn mula nak naik angin. Kepala yang sudah lama tersandar pada bahu Kyung Soo diangkat dan wajahnya dipalingkan memandang teman lelakinya itu. Kyung Soo senyum segaris. Sebenarnya dia sudah tidak dapat menahan nak tersenyum lebar, tetapi sedaya habis dia lakukan agar tidak terlepas.

"Okey, okey. Tapi... tapi..."

"Eee!!!" Geram punya pasal, perut Kyung Soo menjadi sasarannya untuk melepaskan cubitan.

"Aduh! Sakitlah, jagi." Kyung Soo mengaduh perlahan sambil memegang perutnya yang sedikit sakit. Penangan sepit ketam Eun Jinn yang bisa itu.

"Bagilah tahu cepat..." rengek Eun Jinn sambil menggoyang-goyangkan tangan Kyung Soo. Seperti seorang kanak-kanak merengek kepada ibunya kerana mahukan mainan. Comel!

"Tapi, omma cakap kita kena habis belajar dulu. Baru boleh... kahwin."

Eun Jinn mengangguk setelah puas mendengar jawapan yang terlahir dari mulut lelaki kacak itu. Benar juga tu. Dia dan Kyung Soo baru sahaja tamat belajar di sekolah tinggi dan kini sedang menuntut di universiti. Baru sahaja setahun mereka di sana tetapi tahun ini, Kyung Soo tamat belajar. Dia mengambil bahagian muzik dan nyanyian. Tempoh belajarnya bukannlah lama mana. Selebihnya hanya ditumpukan kepada ujibakat jika ada. Tapi menurut apa yang Kyung Soo sendiri beritahu kepadanya, lelaki itu kini sedang menjadi perhatian. Yelah, dengan suaranya yang merdu serta wajahnya yang kacak, siapa yang tidak mahu mengambilnya sebagai penyanyikan? Menurut Kyung Soo, ada tiga agensi yang mahukannya bernaung di bawah agensi masing-masing. Dan ketiga-tiga agensi itu boleh tahan popularnya. Dengan kedatangan artis-artis muda dan berkemahiran, pastilah agensi tersebut menjadi buah mulut orang di luar mahupun di dalam negara. Tetapi buat masa ini, Kyung Soo belum memutuskan untuk ke mana. Biarlah dia habis belajar dahulu, barulah dia memikirkan dengan selanjutnya soal itu.

"Jagiya..." Kyung Soo menyentuh tangan Eun Jinn perlahan. Eun Jinn yang sedang leka meneroka alam sedikit terkejut kerana tangan Kyung Soo pada waktu itu agak dingin menyentuh kulitnya yang nipis.

"Ya?" Eun Jinn menyahut.

"Semalam oppa mimpi, oppa ada adik. Yang sebaya dengan oppa, tapi kalau ikut logik, oppa lebih tua beberapa bulan dengan dia." Adu Kyung Soo kepada Eun Jinn. Eun Jinn agak terkejut mendengar aduan itu. Adik?

[COMPLETED] Sorry For The Love 사랑 에 대한 죄송합니다. (D.O Short FF)Where stories live. Discover now