👑10

71 20 0
                                    

Hampir masuk 3 bulan Daena tinggal bersama keluarga Hazen. Apabila mendengar ke semua cerita yang di ceritakan oleh Daena, Puan Hazna dan sekeluarga turut bersimpati ke atas dirinya. Begitu perit ya hidup seorang gadis ini.

Puan Hazna meminta bahwa Daena perlu terus tinggal bersama mereka. Pada awalnya dia menolak kerana dia tidak ingin menyusahkan atau membebankan keluarga mereka untuk menyara hidupnya. Akan tetapi, dia berasa kasihan terhadap Puan Hazna kerana wanita itu bersungguh sungguh memujuk dirinya agar dia tinggal bersama keluarga itu. Dan pada akhirnya dia hanya bersetuju.

mummy perasankan.. anak mummy yang sorang ni dah rajin balik sini” ujar Puan Hazna lebih kepada memerli. Matanya masih fokus pada screen besar yang terdapat di ruang tamu itu.

Hazen melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan ibunya. “mummy perli Hazen ke?” soal Hazen tenang.

“haah” jujur Puan Hazna, kemudian dia tergelak kecil apabila melihat reaksi anak sulongnya itu.

“haah lah mummy.. Hazel pun perasan juga” usik Hazel pula yang turut berada di situ. Dia mengorek senyuman sinis kepada abangnya. Hazen hanya tenang mendengar gurauan ibu dan adiknya. Dia pun perasan juga, dia kerap balik ke sini tanpa ada apa apa tujuan. Selalunya dia akan balik ke sini apabila dia berasa sudah lama tidak pulang atau ada hal yang perlu dia bincangkan bersama ahli keluarganya sahaja.

“cerita apa ni? bapak tak bestnya” kutuk Hazen agar dapat mengubah topik.

“eh best tau? Kau je yang tak tengok dari awal” bantah Hazel. Ada hati nak kutuk drama yang disukai oleh dirinya?

“Daena mana mummy?” soal Hazen. Seharian dia tidak nampak perempuan itu. Bukan setakat tidak nampak, bayang bayang dia pun macam dah tak wujud kat dalam rumah ni.

“dalam bilik kot. Dah tidur. Penat mungkin?” jawab Puan Hazna. Matanya tak lepas dari memandang screen besar yang melekap pada permukaan dinding ruang tamunya itu.

“aih.. cari Daena pula? Kenapa? Rindu ke?” usik Hazel. Hazen hanya menayangkan wajah menyampahnya. Rindu otak kau!

“rindu cakap lah” ujar Hazel perlahan tapi sempat kata katanya sampai di telinga abangnya. Hazen bangun dari duduknya kemudian melangkahkan kakinya ke arah anak tangga lalu bergerak menuju ke arah biliknya.

"Daena? kau nak pergi mana?" soal Hazen yang baru sahaja ingin menapak masuk ke dalam biliknya.

"erk.. keluar?" jawab Daena teragak agak. Hazen mengerutkan dahinya, seperti ada sesuatu yang gadis ini sembunyikan.

Melihat gadis itu bergegas turun dari anak tangga membuatkan Hazen lagi ingin mencari tahu.

"ha Daena? nak pergi mana?" soal Puan Hazna apabila melihat susuk tubuh gadis yang sudah dia anggap sebagai anak sendiri.

"Daena nak keluar sekejap boleh mummy?" soal Daena dengan penuh sopan santun.

"Daena nak keluar naik apa?" soal Hazel pula.

"err.. Daena naik grab" jawab Daena ringkas.

"biar aku hantar" celah Hazen yang baru sahaja muncul dibelakang gadis itu.

"eh tak apa. aku boleh naik grab" tolak Daena. Dia tidak ingin mereka sekeluarga tahu ke mana mereka ingin pergi.

"bahaya Daena pergi seorang. tak apa, biar Hazen hantarkan" ujar Puan Hazna. Daena toleh ke arah Hazen yang sedang berdiri di sisinya. Hazen angkat kening sebelah.

"okey mummy.." Daena mengalah.

.....................

Kaki perlahan lahan melangkah masuk ke dalam hutan yang di penuhi dengan ramai penduduk penduduk di situ. Kelihatan mereka semua seperti penduduk kampung yang tinggal di dalam hutan.

Mata meliar mencari kelibat seseorang.

"Daviena!" seru seseorang dari belakang. Daena toleh.

"aik. mana kamu dapat baju secantik ini Daviena?" soal seorang wanita tua. Daena terkedu mendengar nama yang disebut oleh wanita tua itu.

"kenapa diam pula ni? tak apa lah kalau macam tu. Petang nanti Daviena tolong bonda ambilkan air di sungai ya?" pinta wanita tua itu.

"bo-bonda?"

"ya? kamu panggi bonda ke?" soal wanita tua itu. Dia mengerutkan dahinya apabila melihat gadis itu seperti tidak mengenalinya.

"kau tidak sepatutnya ada di sini Daena" bisik Daviena perlahan dari jauh. Dia hanya memerhatikan tingkah kakak kembarannya yang tiba tiba sahaja muncul setelah beberapa belas tahun mereka tidak bertemu.

"bo-bonda, Daviena minta diri dulu ya?" pinta Daena dengan penuh sopan santun. Terpaksa lah dia mengubah dirinya menjadi seperti Daviena sebentar.

Wanita tua itu hanya mendiamkan diri.

'itu bukan Daviena' bisik hatinya.

Daviena seorang yang kasar dan tidak terlalu sopan santun. Melihat cara percakapan gadis itu membuatkan dirinya sedar bahawa gadis itu bukan lah anaknya.

"bonda!" seru Daviena kuat. Dia berlari kearah ibunya apabila melihat Daena sudah pergi beredar dari kampung itu.

"Da-daviena?" seru wanita tua itu teragak agak.

"bonda dah kenapa pula ni? terkejut macam Daviena ni hantu pula" Daviena kerut dahi walaupun dia sudah tahu mengapa.

"ta-tadi tu bukan Daviena?" soal wanita tua dihadapannya.

"siapa? Daviena dari tadi bantu mak lin buat putu piring di rumahnya" soal semula Daviena.

"Bonda nampak makhluk lain kot" usik Daviena. Dia menolak sedikit bahu ibunya dengan bahunya.

"ish kamu ni! cakap la bukan bukan. Muncul betul nanti baru tahu" marah wanita tua itu.

"okey.." Daviena angkat kedua belah bahunya tanda mengalah.

"jom lah" ajak Daviena.

"pergi mana?" soal wanita tua itu sambil mengerutkan dahinya.

"sudah sudah la tu kerut dahi. Dah tak cukup berkerut ke dahi tu?" usik Daviena.

pak!

"aduh sakit laa bonda" adu Daviena apabila bahunya di tampar oleh ibunya.

"tua tua ini juga lah yang kutip kamu di gua sana tahu?"

"okey okey.. maaf" ucap Daviena. Sebelah tangannya naik memeluk bahu ibunya.

"dah takmo muncung muncung gini. Jom Daviena tolong bonda ambil air di sungai" ujar Daviena ceria. Dalam keceriaannya masih terselit tanda tanya tentang kembaranya.

..................

"assalamualaikum" ucap Daena sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.

"aik dah balik?" soal Hazen bingung.

"dah tu, yang menapak masuk rumah ni siapa? hantu?" jawab Daena lemah.

"kau okey tak ni? balik naik apa? kenapa tak call aku suruh ambik?" soal Hazen bertubi tubi.

"aku ok. jalan kaki. malas nak call call" jawab Daena mengikut susunan yang di soal satu persatu tadi.

"jalan kaki?!" terkedu Hazen mendengar bahwa gadis itu pulang dengan berjalan kaki.

"kenapa jalan kaki?" soal Hazen lagi.

"saja, penat nak berlari" seloroh Daena malas. Hazen yang berdiri tidak jauh dari gadis itu memandang tajam ke arah gadis itu.

"ha Daena? dah balik?" soal Puan Hazna yang baru sahaja muncul.

"ya mummy, baru balik" jawab Daena sopan. Tangan naik menyalami wanita itu.

"dah solat maghrib?" soal Puan Hazna selepas sahaja tangan mereka terpisah.

"belum. Daena naik ni Daena terus solat"

"ha, iya lah. Daena nampak penat. lepas solat Daena rehat aje lah ye" ujar Puan Hazna. Tangan naik mengusap kepala gadis itu. Daena senyum segaris kemudian dia mengangguk sekali.

tbc

YOU ARE THE ONLY ONE | CWhere stories live. Discover now