- PROLOG -

9 3 0
                                    

" Nur Aleeya Helena. Aku ceraikan kau dengan talak satu! " ujar Hayder Hayyan dengan nada suara yang tegas

" Abang! Sampai hati abang buat saya macam ni demi perempuan tu! " teresak-esak Aleeya Helena menangis. Sakit di dada tak sesakit kekecewaannya

" Kau boleh berambus! Untuk pengetahuan kau, aku bercinta dengan dia dah tiga tahun. Perempuan yang kau tertanya-tanya selama ni dia lah bakal isteri aku. Sepatutnya aku kahwin dengan dia, bukan kau Aleeya Helena! "

" Baiklah kalau itu keputusan yang awak nak. Saya hormat keputusan awak. Saya nak minta ampun jika saya ada salah pada abang selama kita berkahwin ni. Halalkan makan minum yang abang beri selama ni. Halalkan kasih sayang yang abang kongsikan. Terima kasih pernah jadi suami saya selama lapan bulan ni. Happy annivesarry abang " dengan hati yang redha Aleeya memberi

Jujur sakit sangat. Hancur hatinya tatkala suami sendiri memilih perempuan lain. Sedangkan Aleeya Helena lah pemenang dan bukanlah perempuan itu yang belum sah menjadi isteri

Selepas itu, Aleeya Helena naik ke tingkat atas untuk mengemas segala pakaian-pakaian dan barang-barang miliknya yang ada dalam rumah ini.

Sambil dia berkemas, satu persatu air matanya menuruni sehingga basah baju-baju itu. Terhinjut-hinjut bahu Aleeya Helena tatkala dia menangis melepaskan rasa sakit

" Sakitnya Ya Allah "

Dia mengadu kepada yang Maha Esa. Dia juga memegang dan mengusap dadanya yang terasa sakit

Aleeya Helena mengajaknya suaminya, Hayder Hayyan untuk pergi membaiki telefon bimbitnya yang sudah rosak

Apabila sampai dikedai itu, mereka berdua terus duduk suatu kerusi yang telah disediakan oleh empunya kedai

Hayder Hayyan duduk bersebelahan yang sedikit jauh dengan Aleeya Helena. Lalu Hayder Hayyan menarik kerusi yang diduduki oleh Aleeya Helena itu agar jarak mereka semakin dekat

Hayder Hayyan membuka telefon bimbit miliknya untuk scroll aplikasi Tiktok bersama-sama isterinya, Aleeya Helena

Dia terjumpa sesuatu ayat yang mengenai isterinya untuk meluahkan rasa cinta dan sayangnya terhadap Aleeya Helena

' Terima kasih kerana kongsikan kasih sayang awak pada saya. Betapa beruntungnya saya miliki awak sekarang. Hanya awak seorang saja dalam hati saya '

Namun, Aleeya Helena berasa dihargai dan disayangi oleh suaminya. Aleeya Helena tersenyum lebar sehingga menampakkan gigi putih yang bersinar. Manis betul senyuman Aleeya Helena

Sementara menunggu itu siap dibaiki, mereka bergurauan saling berpegangan tangan

" Cinta nak makan apa-apa tak? Tak makan lagi kan? Nanti kita pergi makan ya? "arah Hayder

" Ala taknak! Perut tak lapar lagi " Aleeya mencebik bibirnya

" Makan lah. Nanti perut masuk angin macam mana? "

Hayder mengambil tangan Aleeya yang terletak berada diatas meja lalu dia memegang seerat-eratnya. Aleeya sengaja melepaskan genggaman tangan Hayder. Hayder tetap menggapai tangan isterinya

" Ish! Janganlah tak pegang tangan saya cinta! " marah Hayder

" Hehehe "Aleeya pula tersenyum kecil

Apabila sudah selesai telefon itu dibaiki, Aleeya membayar secara online transfer. Nasib lah duitnya cukup makan

Kalau tidak, malu saja dia disatu kedai itu. Selepas itu, mereka bergerak menuju ke kedai makan yang berdekatan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Yang PalsuWhere stories live. Discover now