Prolog

14 4 6
                                    

Hari yang melelahkan sudah pun berlalu.Setibanya dia di rumah banglo milik keluarganya,tanpa menghiraukan keadaan sekeliling ,terus gadis itu menuju ke hala tujuannya iaitu bilik tidurnya di tingkat atas lalu memasuki bilik tidurnya dan terlihat sebuah katil bersaiz queen.Dia merehatkan badannya yang letih itu di atas tilam yang empuk

"ya allah,penatnya harini,rindu dekat kau wahai katil,uhmm"

Hanya perkataan itulah yang sempat dikeluarkan dari mulut gadis itu sebelum dirinya dihanyut mimpi yang indah.

Tetapi mimpi indahnya yang tidak sampai beberapa minit disentap oleh seseorang yang mengejutnya menggunakan cubitan ketam ,tangan seseorang !

Iya mamanya lah siapa lagi yang berani mencubitnya.

"bangun ! bertuah punya budak,tak elok tidur lepas asar nanti boleh jadi gila tahu"

Terus gadis itu memaksa dirinya untuk bangun dari pebaringan dan mimpi yang indah.Ayat itulah yang selalu mamanya gunakan untuk mengejutkannya jika dia terlajak tidur atau tidur berlebihan.Dia juga ada membaca tentang akibat jika tidur selepas waktu asar, ia menyatakan

Tidur selepas solat Asar dan sebelum maghrib adalah dilarang dalam islam.Ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesihatan seperti mudah keliru malah boleh menyebabkan gangguan mental.

.Sebab inilah dia takut tidur selepas waktu asar dan sebelum maghrib,Tetapi kadang-kadang dia tertidur kerana badannya kurang sihat atau letih.

"bangun ye sayang,kita ada tetamu"

Selepas itu mamanya terus keluar dari biliknya , belum sempat pintu itu ditutup kembali,mamanya memberi pesan.

"mandi dan solat dulu,lepastu turun bawah,ada tetamu, faham tak?"

Gadis itu hanya mengangguk kan kepalanya,menandakan "ya".

Dia pun bangun dari katilnya untuk menyegarkan badannya di dalam bilik mandi,selepas sahaja dia menunaikan kewajiban dia sebagai muslimah dan hamba Allah yang taat,dia lalu memakai sebuah jubah berwarna biru gelap dan mengenakan selendang hitam yang dililit kemas olehnya di kepala.

Lalu dia menuju ke bawah kerana mamanya menyuruhnya untuk bertemu dengan tetamu.Malas betul dia tetapi apakan daya,dia kena lah tunjukan dirinya rajin.Haha.Mana tau ada orang berkenan untuk jadikan dia sebagai calon isteri anak teruna mereka.

"Ha ni ha anak dara saya,Hana Medina" kata puan Rosalinda apabila melihat anaknya menuju kearahnya.

"wah lawanya anak kamu Linda,boleh aku jadikan dia calon isteri anak lelaki aku yang sorang tu" gelak di antara ibu-ibu itu memenuhi ruang tamu rumah ini.

"mama,adik pergi buat air untuk tetamu ye"

Puan Rosalinda hanya mengangguk sahaja.

Dia berlalu ke dapur untuk membancuh air minuman untuk diberikan kepada tetamu.Haruslah dia menunjukam dia seorang anak dara yang raji,Haha. Sudahlah tadi kawan mamanya sudah memilihnya sebagai calon isteri anak terunanya.
Gurau je kot.

"alah kabinet mama ni tinggi-tinggi nak pergi mana.
Macam mana aku nak ambil pek serbuk teh tu ye? hm.."

"Meh sini aku tolong,dah tau pendek tu minumlah susu banyak banyak "

Terberhenti idea gadis itu untuk mencari jalan mendapatkan serbuk teh di dalam kabinet mamanya.

Dia memusingkan tubuhnya untuk melihat gerangan yang menghina ketinggiannya sebentar tadi. Sebaik sahaja dia memusingkan badannya,dia melihat wajah jejaka yang sangat kacak,mungkin anak kepada kawan mamanya tadi.Yang lebih mengejutkan dirinya adalah, itu adalah jejaka yang pernah menginap didalam hatinya sewaktu dia masih disekolah menengah.

"Awak!?"

Will you replace me, Mr crush?Where stories live. Discover now