Hari yang ditunggu-tunggukan oleh semua pelajar,tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah rendah.Hari peperiksaan pertengahan tahun.Bermacam-macam ragam murid sebelum menduduki P.P.T , ada yang membelek belek buku,yang tidur pun ada. Majoriti semua buka buku untuk mengulang kaji sebelum mereka memerah otak untuk menjawab kertas peperiksaan nanti.
Kaki mengorak langkah dengan pantas menaiki tangga sekolah
"Ni kalau hari hari macam ni,boleh longgar skru kaki ni,penat tak terkata" keluh hana. Nasib harini ada peperiksaan,kalau tak jenuh je dia membawa beg sambil menaiki tangga.TINGGI OO.
Sampai sahaja dia di hadapan pintu kelasnya yang menunjukkan ' 3 bougainvillea '
Dia menghampiri tempat duduknya,menghilangkan rasa letih menaiki tangga sekolah macam mendaki gunung Everest.
"Yow goodmorning!" Kazreen menegur hana. Azreen adalah salah seorang kawan rapat hana. Kawan sejak tingkatan 1.
"Waalakaikumsalam,ye nak apa cik kak?" Balas Hana.Jelas suara keletihan.
Tersengih Kazreen mendengar sindiran dari Hana.Kawannya yang sorang ni kalau dah letih,segala benda dia tibai,nasib saja Hana tidak pernah melemparkan buku limanya ke wajah Kazreen,maklum la Kazreen ni punya perangai boleh tahan random juga,setiap masa, setiap saat ada je ayat luar kotak diberikan pada Hana.
"Alah kau ni,aku bosan la,jom la borak" Balas Kazreen.
Penat aje member dia yang seorang ni.
"Kejap lagi la we, aku letih" keluh nadanya
-SAMBUNG NANTI YA,NAK MAKAN-
YOU ARE READING
Will you replace me, Mr crush?
Romantik"stay away from me hana ! aku nak focus SPM tau tak,rimas la kau ni asyik ganggu aku je,takde kerja lain ke ha !?"- Haris Maleeq Niat gadis itu untuk mendekati jejaka itu terhenti apabila jejaka pujaannya memberikan kata kata itu,sangat lah menyak...