Tertekan. Stres. Apa lagi?
Cukuplah ibu sahaja yang asyik mendesak aku untuk berkahwin. Sekarang, tok Ma pula ikut campur. Apa masalah aku membujang sekarang ni? Ekonomi negara pun tak adalah stabil mana, ditambah pula aku ni sibuk dengan kerjaya aku.
Aku nak fikir rumah lagi, bayar kereta aku lagi, duit untuk ibu dan ayah. Ha, macam - macamlah.
Ni, nak suruh aku berkahwin dengan orang yang aku pun tidak tahu kehidupan dia macam mana. Aku ni, dah lama sangat membujang. Kali terakhir aku ada kekasih, lebih kurang 8 tahun lepas kot semasa aku masih di matrikulasi.
Itu pun hubungan yang tidak lama, sebab lelaki itu memberitahu aku yang dia mahu fokus pada pembelajaran dia- but he lied to me.
Seminggu setelah kami putus, eh, dia sudah muat naik foto kekasih terbaharu dia.
Aku malas nak cakap apa. Aku penat. Aku letih. Cukup la kesibukan di dunia ni buat aku penat. Aku sudah tidak larat untuk jaga hati orang lain, nak keluar bercinta lagi dan macam - macamlah. Aku sudah terkena beberapa kali dengan lelaki. Aku pernah didekati, konon macam mereka berminat padaku tapi pada akhirnya... Tak.
Nak jual produklah. Nak pinjam duitlah. Nak buat jadi isteri kedualah. Nak buat aku sebagai wanita simpananlah.
Like, what the hell?
Aku hempas fail yang baru sahaja aku siap teliti di atas meja. Sumpah, kerja audit ini lebih menambah stres pada aku. Aku agak teliti orangnya. Setiap kerja yang aku buat, aku akan semak berkali - kali sampai aku puas hati. Itu yang susahnya aku untuk bekerja dalam satu kumpulan. Lebih - lebih lagi, kalau perangai seorang - seorang macam syaitan.
Bertangguh kerja, tidak teliti, suka biarkan fail bersepah - sepah.
"Cik Anis! Cik Anis!" Pintu pejabat aku diketuk beberapa kali. Apa lagi kau nak?
"Ha, masuk." Aku jeling pintu itu sekejap, sebelum manusia yang memanggil aku masuk. Aku maniskan muka dan tengok siapa yang nak berikan aku kerja lagi ni. Dah nak pukul 5 ni. Aku nak balik rumah.
"Maaf ye ganggu, cik Anis. Um, boss minta cik Anis tolong renew pasport dia. Boleh cik Anis selesaikan sebelum pulang?" Aku tenung si Hazeem ni lama.
Aku tarik nafas panjang - panjang.
"Tu bukan kerja saya. Satu lagi, tu boleh buat online. Kalau boss terdesak sangat, esoklah. Saya tunjuk caranya pada awak, lepas tu awak beritahu boss. Boleh?" Aku tak adalah sengaja nak buat nada menyindir, tapi ni beragak la sikit.
Dah suruh aku audit fail syarikat dia dengan 3 orang pembantu, jadi quality checker, siap turun padang lagi kat kilang dia. Eh, sekarang dia nak aku jadi pembantu peribadi dia ke? Melampau betul ni.
"Um... Tapi cik Anis, boss nak sekarang." Sian pula aku pada Hazeem ni. Orang baru dan agak innocent pada aku.
Aku jeling Hazeem, sebelum bangun dan hidupkan komputer riba aku.
"Duduk. Saya tunjuk." Aku beritahu Hazeem. Haih, benda ni boleh sahaja kau cari atas talian. Nak juga kau harapkan pada aku ye?
Dalam 5 minit begitu, akhirnya selesai perkara yang bukan kerja aku. Hazeem mengucapkan terima kasih pada aku beberapa kali. Aku hanya mengangguk dan matikan komputer riba aku. Aku bersiap untuk pulang. Lagipun, sudah jam 5 petang. Aku malas nak lama - lama kat sini.
Hazeem pun ikut sekali untuk bersiap pulang. Memandangkan hari ini sangat cerah dan panas pada aku, aku cuma mampu masuk dalam kereta, kunci pintu, letak beg di atas lantai sebelum hidupkan kereta dan pasang penghawa dingin.
YOU ARE READING
Hati
FanfictionAku sendiri tak faham apa yang aku rasa, apatah lagi nak faham orang lain. AMARAN: - Bacaan matang dan gangguan emosi.