Chapter 30

2 0 0
                                    

Bunyi jeritan yang sangat luarbiasa itu bergema di setiap ruang bawah tanah tersebut. Jeritan itu semakin lama semakin kuat sehingga memaksa Wendy untuk berlari dari situ sambil menjerit ketakutan.

Tetapi dia tidak dapat keluar dari kawasan yang sangat gelap tersebut bahkan terperangkap di dalamnya. Bagaikan tidak ada penghujung, gadis itu meraung sehinggalah seseorang membawanya keluar dari situ.

"Wendy...Wendy..."gumam Sehun sambil membangunkan gadis itu.

Mereka berdua kini berada di dalam rumah Wendy apabila Sehun baru sahaja masuk ke dalam bilik tidurnya dan berbaring di sebelah gadis itu. Wendy membuka matanya dengan luas dan melihat Sehun dengan matanya yang berair.

"Kau tak apa-apa?"soal Sehun apabila Wendy menggelengkan kepalanya.

Lelaki itu membawanya ke dalam pelukan sambil mengucup ubun-ubun kepala gadis itu.

"Tidurlah...aku ada di sini,"gumam Sehun dengan perlahan.

"Sehun,"panggil Wendy. Sehun memandang Wendy sambil bergumam perlahan.

"Awak sanggup tak kalau saya jadi macam awak?"soal Wendy. Sehun mengerutkan keningnya dengan hairan.

"Sanggup apa?"soal Sehun semula.

"Sanggup tengok saya jadi vampire?"soal Wendy lagi.

"Tak,"kata Sehun. "Aku tak sanggup."

Sehun menatap wajah gadis itu dengan lama sambil membelai pipinya dengan perlahan.

"Aku tak nak kau hidup kesedihan macam aku, Wendy. Aku tak sanggup tengok kau korbankan masa hadapan kau semata-mata untuk menjadi seseorang yang tidak berjiwa macam aku,"gumam Sehun.

Wendy memandang Sehun dengan lama sambil membenamkan wajahnya pada dada lelaki itu.

"Tapi itu kemahuan saya sendiri,"kata Wendy.

"Tapi aku takkan benarkan,"kata Sehun. "Dan aku takut kalau kau jadi raksasa di mata orang lain macam aku dan kawan-kawan aku yang lain."

Wendy memandang Sehun dengan wajah yang risau apabila dia terus bangun dari katilnya dan berjalan menuju ke tingkap. Gadis itu berpeluk tubuh sambil memandang ke arah tingkap tersebut dengan pandangan yang kosong.

"Jadi awak nak biarkan saya mati sebelum awak?"soal Wendy dengan dingin.

"Wendy,"Sehun bangun lalu berjalan ke arahnya dengan perlahan. "Maksud aku bukan macam tu. Aku...aku cuma tak nak kau berkelakuan seperti raksasa sama macam adik-beradik aku yang lain. Kau tentu dah tau kan serba-sedikit cerita aku dan Lily sebelum ni?

Kalau Chanyeol dan Rosé yang bagitau cerita mereka pula nanti, kau akan terkejut dan itu akan membuatkan kau berfikir dengan panjang."

"Apa cerita mereka tu?"soal Wendy.

"Kau akan tau...tunggu..."Sehun tersedar sesuatu. "Papa kau nak datang."

Dengan segera, Sehun bersembunyi di sebalik almari yang besar tersebut sambil memerhatikan Minho yang masuk ke dalam bilik gadis itu.

"Haih...nampaknya papa terpaksa kurung kamu di sini, Wendy."

Wendy mengeluh perlahan. "Maafkan saya, papa."

"Baru je mummy kamu telefon tadi, dia sangat marah sebab kamu keluar tanpa keizinan papa,"kata Minho. "Walaupun kamu tu dah 18 tahun, papa tetap takkan bagi kamu keluar begitu saja tanpa kebenaran papa. Kamu tu masih ada banyak lagi perkara yang kamu patut belajar."

"Maaf, papa,"kata Wendy lagi. Minho mengeluh.

"Mulai harini, kamu tak boleh keluar lepas jam 4 petang,"kata Minho lagi.

(C) Moonlight: New MoonWhere stories live. Discover now