Buntu harus melakukan bagaimana , Jihyo membawa Taehyung masuk kedalam bilik yang sememangnya terdapat di Teamo Club itu . Dia baringkan lelaki itu dengan susah payah .Tubuh itu agak berat nak dibandingkan dengan kudratnya . Seorang perempuan bertubuh mugil berusia 24 tahun .
Jihyo terlihat cemas .
Tidak tahu harus berbuat apa .
Takut jika orang lain nampak , mengira dia sengaja mencederakan lelaki ini .Dia berdiri ditepi katil sambil mata memandang lelaki itu yang masih tidak sedarkan diri .
" Aish , fikir Jihyo fikir .
Apa kau nak buat ni ? "
Jihyo mula memikirkan cara .
Setelah mendapat idea dia mengeluarkan telefon dari dalam kocek hoodie nya .Nombor seseorang dia dail .
" Hello ! Bieni .
Bieni kau kena tolong aku Bieni "" Jihyo , kau kenapa ni ? "
Bieni dihujung panggilan menyoal .
Pelik dengan suara cemas temannya itu ." Tolong aku .
Datang ke Teamo Club sekarang .
Tolonglah "
Jihyo seakan merayu ." Nae nae , tapi kenapa ?
apa yang berlaku ni ? "
Bieni semakin pelik ." Aku tak sengaja .
Aku tak ada niat pun .
Tolonglah datang sini .
Nanti kau akan tahu "
" Ergh- "
Suara rengekkan Taehyung membuatkan Jihyo terus mematikan taliannya dengan Bieni .
Dia menghampiri lelaki itu .
Dengan serba salah dia duduk dibirai katil ." Encik , Encik okay .
Sa-saya minta maaf "Taehyung memegang kepalanya .
Pening masih sedikit terasa .
Buka sahaja mata dia begitu terkejut melihat seorang perempuan didepan mata . Terus dia bangkit dari baring ." Kau siapa ? "
" Encik , Encik pengsan .
Saya cuba nak tolong Encik .
Kejap lagi kawan saya sampai .
Kitorang bawa Encik pergi klinik " Jihyo cuba menenangkan Taehyung .Taehyung melihat dirinya yang masih lengkap berpakaian .
" Kau ada buat apa-apa ke dekat aku ?"
Jihyo geleng .
" Aniyo , saya tak ada buat apa-apa . Cu-cuma tadi saya tak sengaja tolak Encik .
Kepala Encik terhentak pada lantai dan Encik pengsan "
Jihyo cuba menerangkan hal sebenar .
YOU ARE READING
[ 𝐎𝐆 ] Black Daisy • 데이지 | KTH
Teen Fiction• 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚 . ❦︎シ︎