Evans Or Emanuele
Di mana cerita ini mengisahkan 3 orang. Seorang perempuan dan 2 lelaki. Cerita ini di olah idea dari kami berdua iaitu author Hanysa dan author Shza.
Kisah cinta segi tiga ini, membuatkan hubungan 2 lelaki yang sudah bersahabat dari kecil semakin renggang. Mereka tidak pernah lagi saling menyapa hanya di sebabkan seorang perempuan. Mereka menyukai perempuan yang sama.
.
FLOELLA EDREA BINTI ABDULLAH
Berusia 24 tahun, Floella ialah seorang gadis yang baik dan peramah bahkan mempunyai perilaku yang ceria. Tidak hanya itu, gadis ini juga mempunyai paras rupa yang cantik. Dia tinggal bersama ibu bapanya di rumah teres. Bagi ibu bapanya, dia adalah penawar dan kebahagiaan mereka kerana Floella ialah satu-satunya anak yang mereka punyai. Dia bukan datang dari keluarga yang senang, hanya lah keluarga yang sederhana. Setiap pagi, ibu bapanya akan pergi berjualan di tepi jalan. Manakala waktu tengah hari mereka kerja di kedai makan. Floella lah yang akan selalu membantu mereka saat bekerja.
DYLAN EVANS BIN ZERGAN ERVANS
Berusia 27, merupakan sahabat kecil Haidar. Lelaki ini mempunyai paras yang tampan, bahkan boleh dikatakan sangat popular dikalangan gadis-gadis. Dylan mempunyai darah kacukan sepanyol yang dia dapat dari ayahnya. Dia mempunyai seorang adik perempuan yang cerewet. Lelaki ini boleh dikatakan datang dari keluarga yang berada kerana dia tinggal di sebuah banglo. Walaupun kaya, Dylan tidak menjadikannya alasan untuk tidak mempunyai kerjaya. Dia merupakan pengusaha robotik dan telah mencipta sebuah robot A30V yang mempunyai kelebihan dalam membantu manusia. Dylan mempunyai kereta, motosikal dan kapal peribadi.
HAIDAR EMANUELE BIN AHMAD MIGUEL
Seumuran dengan Dylan, tidak kalah tampan juga kerana dia mempunyai darah kacukan Itali. Kekayaan yang dimiliki boleh dikatakan setaraf dengan sahabat baiknya iaitu Dylan. Haidar merupakan pemilik sebuah hotel ternama. Dia juga anak tunggal dan kini tinggal bersama ibunya setelah kematian sang ayah tercinta. Dalam dunia pekerjaan, Haidar dikenali sebagai Nuele / Tuan Nuele.Watak - watak yang berada di dalam cerita ini :
Dylan Evans - (Sahabat Haidar)Zergan Ervans - (Daddy Dylan)
Dara Laufa - (Mummy Dylan)
Zoe Lucelly - (Adik Dylan)
Haidar Emanuele - (Sahabat Dylan)
Ahmad Miguel - (Ayah Haidar)
Siti Khalida - (Mama Haidar)
Floella Edrea
Abdullah - (Ayah Floe)
Faina Azifa - (Ibu Floe)
Dahlia Amara - (Sahabat Floe)
Nuqman Al-Faiq - (Kawan Haidar & Dylan)
.
Tak!
Tak!
Bunyi heels yang bergema di dalam bangunan itu menjadi perhatian orang ramai. Ramai orang yang memandang ke arah gadis ini. Ada yang terpikat dengan wajah si gadis ini serta ada yang mendekati nya untuk meminta nombor telefon. Tapi malangnya, gadis itu hanya berjalan tanpa berhenti. Tiada sebarang riak yang di tunjukkan.
Tepat di depan pintu kaca. Dia mengeluh pendek. Dengan keberanian yang dia ada, dia membuka pintu kaca itu dengan perlahan.
"Maaf mengganggu."
Seorang lelaki yang berada di dalam bilik itu, menoleh ke arah nya. Siapa pula ni? Lelaki itu menyoal dalam hatinya. Wajah nya tidak beriak.
"Hmm"
"Saya PA baru Tuan.." dia tidak tahu nama lelaki yang di depan nya ini! Mata nya bergerak - gerak mencari sesuatu dan mata nya tepat memandang kaca yang berada di atas meja yang bertulisan 'Dylan Evans'.
"Saya PA baru Tuan Dylan." Laju dia sebut nama itu. Gadis itu tersenyum kecil. Dylan memerhati gadis ini dari bawah sehingga ke atas.
"Sejak bila dia ada minta PA baru?" Kata nya di dalam hati. Tetiba dia teringat akan sesuatu. Malam sebelum dia mengatakan bahawa dia sudah pecat PA nya ke daddy.
Daddy!? Dylan hanya menghela nafas panjang. Dia harap orang yang daddy nya pilih kali ini, tidak makan gaji buta.
Tok!
Tok!
Dylan tersentak. Dia menoleh ke arah gadis ini.
"Lama betul termenung tu.."
"By the way, nama saya Floella Edrea. Senang bekerja dengan Tuan Dylan." Floella membungkukkan sedikit tubuh nya untuk menghormati boss nya.
.
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan ini saya membuka tirai..
YOU ARE READING
Love Triangle [og]
RomanceKisah cinta tiga segi antara Dylan Evans, Floella Edrea dan Haidar Emanuele tampak semakin rumit. Persahabatan antara Dylan dan Haidar semakin renggang angkara seorang perempuan. Siapa yang harus mengalah? Egois. Itu lah Dylan dan Haidar. Adakah Dyl...