"Okey, Rina nak makan apa? Akak belanja." Ujar Aida yang masih belum lagi membuat keputusan untuk memesan hidangan. Tangan menyelak sehelai demi sehelai kertas menu yang berada di bawah mata.
Janji Aida untuk membelanja Rina makan akhirnya tertunai jua. Biasa saja restoran ini, tidaklah mahal mana. Makanan-makanam di sini juga sedap-sedap. Tidak hairanlah kenapa begitu ramai pelanggan yang datang berpusu-pusu. Ini pun dikira rezeki juga buat mereka berdua untuk dapat masuk dan duduk di dalam bersama pendingin hawa.
Tidak menunggu masa yang begitu lama, Rina terus memesan hidangan yang murah.
"Bihun tomyam, satu. Air kosong, satu." Tuturnya kepada pelayan yang sedia menunggu.
"Eh? Tak akan air kosong? Tak nak order air lain?" Soal Aida.
Rina menguntum senyum. "Taklah, kak. Rina nak diet. So, no sugar." Ujarnya dan tertawa kecil, sama juga dengan Aida.
"Kalau macam tu...yalah. Akak ambil nasi goreng ikan masin, satu dan fresh oren, satu." Ujarnya dan memulangkan kembali menu itu ke tangan pelayan.
Setelah memastikan pelayan lelaki itu betul-betul pergi, Rina menegakkan postur duduknya dan menarik kerusi rapat dengan meja. Dia menarik nafas panjang lalu merehatkan kedua-dua lengan di atas meja. Jari-jemarinya disilangkan. Wajah Aida dipandang seketika manakala Aida menjongketkan satu kening sambil menutup skrin telefonnya.
Nampak seperti perempuan itu mahu berkata sesuatu.
Dia sudah habis berfikir malah turut berkira-kira untuk memberitahu hal ini tapi daripada dia sengsara sendirian tanpa cahaya, lebih baik Rina meminta pendapat daripada orang yang sudah makan garam dulu jika hendak dibandingkan dengannya.
"Akak, Rina nak tanya, boleh?" Rina meminta izin.
"Tanyalah, akak jawab."
Rina menelan air liur payah. Mata dipejam sesaat lalu dibuka.
"Masa akak nak kahwin dulu...macam mana akak boleh terfikir yang suami akaklah orangnya? Maksudnya macam mana akak boleh yakin yang dia ialah jodoh akak?" Soal Rina sungguh-sungguh.
Aida berkerut halus. Kenapa pula Rina ini tiba-tiba bertanya tentang hal ini? Tidak pernah-pernah dia ingin ambil tahu tapi sekarang ini, Rina pula seakan terdesak untuk mendapatkan jawapan.
"Hmmm, akak rasa sebab dia cinta dan sayangkan akak? Itulah sebabnya. Sebab kitaorang saling mencintai." Jawab Aida. Tapi mulut Rina cemburut. Bukan ini dia mahu dengar apa yang meniti dari mulut Aida.
"Tak akan sebab itu aje? Sebab cinta dan sayang?"
Aida ketawa halus. "Tidaklah sebab itu aje. Sebenarnya dulu akak ni tak pernah pun terfikir akan terjatuh cinta dengan suami akak tu. Tapi apa yang membuatkan akak terjatuh cinta dengan dia adalah disebabkan kesungguhan dia dan akak sendiri boleh rasa ketulusan yang dia ada untuk halalkan hubungan tu."
"Akak pernah terfikir, dalam ramai-ramai dan berjuta-juta lelaki yang ada di atas muka bumi ni, kenapa dia? Tapi selagi kita persoalkan 'kenapa', kita tak akan dapat temukan jawapan yang kita nak sehinggalah kita sendiri yang mengharunginya. Dan akhirnya, akak sedar yang memanglah dia yang ditakdirkan untuk akak kerana dia seorang ajelah yang sanggup layan karenah akak, jaga akak, sayang akak lebih daripada akak sayang diri akak sendiri."
"Dan walaupun akak selalu reject lamaran dia, dia tak pernah putus asa untuk dapatkan wanita bertuah ni. Itulah antara sebab yang akak terima dia." Curhat Aida panjang. Bibirnya mengukir senyum lebar pabila terkenangkan masa dan zaman itu.
Rina yang khusyuk mendengar cerita tadi itu pun boleh jatuh hati dengan cara suami Aida tidak putus asa. Sekarang dia faham kenapa Aida membuat keputusan yang susah itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Faleq Nisrina [HIATUS]
Romance"pilih. Keputusan di tangan kau. Apa-apa yang berlaku sekalipun, salah kau. You have two choices. Choose wisely because at the end of the story, kau akan tetap kehilangan sama ada perempuan yang kau cinta ni atau...kedudukan kau dalam hierarki sebag...