Prolog🌷

4 0 0
                                    

Dia menggengam erat tas tangannya. Terasa pipinya kian basah dek air mata. Dipandang lelaki dan wanita dihadapannya itu dengan rasa penuh amarah dan tidak percaya.

"Why.. kenapa dia?" perlahan suara dia menyoal sang lelaki.

"Maaf, Aurora. Langsung saya tiada niat nak permainkan awak" ujar lelaki itu dengan suara memujuk.

Aurora menggeleng perlahan. Ya Tuhan, dugaan apakah ini? Kenapa mesti semua ini ditakdirkan untuk aku?. Aurora melepaskan ketawa kecil

"Tiada niat? Habistu, semua ni apa? Surprise untuk saya ke?!" ton suaranya meninggi sehingga mencuri perhatian orang yang lalu lalang.

"Saya ni bukannya barang untuk awak mainkan dan saya juga bukan wanita yang untuk awak pergunakan semata-mata nak lepaskan  rasa bosan, Yusri!" sambungnya lagi. Dipandang pula wanita disebelah lelaki itu yang dari tadi hanya berdiam tanpa bicara.

"Engkau! Tak sangka, aku fikir kau seorang yang suci, bermaruah!! Yang orang juga kan yang kau nak?! Dahla ada anak haram! Dasar perempuan tak tahu malu!" laju sahaja tangan dia ingin singgah dipipi wanita bertudung labuh itu, namun segera Yusri menahan.

Anak mata mereka bertemu. Jelas, Yusri sedang memandangnya dengan tatapan tajam, seolah ingin menikam dirinya.

"Jangan berani sentuh isteri aku" tegas lelaki itu.

"Yusri!" jeritnya. Mata dicelik. Ya Tuhan, dia bermimpi lagi. Kenapa sukar untuk dia melupakan peristiwa hitam itu? Tiap hari peristiwa itu menjengah fikirannya. Dia meraup wajah. Dipandang jam yang elok tergantung di dinding. Sudah pukul 6:20, baik dia segera menunaikan solat subuh.
-

assalamualaikum everyone. thank you for supporting my little story. tyna harap, cerita tyna bersesuaian dengan citarasa kalian. ini dah masuk kali ke berapa entah setelah tyna fikir jalan cerita, plot dan idea, alhamdulillahh akhirnya dapat juga teruskan. hopefully, dapatlah saya tamatkan karya saya ini sebelum 2025. insyaallah

My Sweet Borealis Where stories live. Discover now