PROLOGUE

5 0 0
                                    






Hai semua kita jumpa lagi 👋🏻. Hari ini saya akan up story baru dan story kali ni mengisahkan tentang member group terkenal iaitu siapa lagi kalau bukan NCT. Saya cuma nak beritahu segala watak dalam cerita ini tidak ada kena mengena dengan kehidupan realiti ok dan saya harap readers dapat memahami apa yang saya beritahu.














Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.








Tepat pada pukul 8 malam, mereka baru saja menyelesaikan persembahan di sebuah music show. Mereka adalah boygroup terkenal dari group NCT iaitu Way Vision atau dikenali sebagai WayV. Boygroup tersebut memiliki 7 orang member iaitu Kun, Ten , Winwin, Xiaojun, Hendery, Lucas dan Yangyang.
Mereka baru saja habis promosi lagu terbaru dan sekarang ini mereka sedang berehat di bilik rehat yang telah disediakan oleh pihak music show. Ketika mereka sedang berehat datang seorang staff  perempuan masuk ke dalam bilik rehat WayV sambil membawa tujuh cawan ice coffee dan staff itu juga mengatakan bahawa manager telah membelikan minuman tersebut untuk mereka. Member WayV mengucapkan terima kasih kepada staff tersebut lalu mereka pun minum ice coffee itu tanpa ada rasa curiga. Staff perempuan tersebut keluar dari bilik rehat itu dan berlalu pergi sambil tersenyum jahat. Selang beberapa minit kemudian, member WayV bersiap untuk pulang ke dorm untuk berehat memandangkan esok mereka tiada jadual jadi mereka boleh berehat sehari suntuk.

Setelah sampai di dorm mereka bergegas mandi dan menyalin baju lalu mereka pun tertidur di bilik masing-masing kerana tubuh badan mereka rasa penat. Member WayV tidur dengan nyenyak sekali kecuali maknae group tersebut iaitu siapa lagi kalau bukan Yangyang. Dia merasakan suhu bilik tidurnya itu panas sekali sehingga badannya berpeluh. Yangyang juga merasa gelisah akibat hawa panas yang dia rasakan sampaikan Ten selaku teman sebiliknya itu tersedar dari tidurnya lalu dia bertanya.

TEN: Yangyang kenapa dengan kau ni?? Daripada tadi aku dengar kau mengeluh.

YANGYANG: Ten Ge kau tak rasa panas ke bilik ni?? Aku dari tadi rasa panas sampai berpeluh-peluh ni.

TEN: Mana ada panas. Aku rasa sejuk aircond ni.

YANGYANG: Tapi kenapa aku tak rasa sejuk??

TEN: Manalah aku tahu. Aircond dah menghadap kita takkan kau tak rasa. Apa kulit badan kau ni kulit buaya ke apa? Kalau rasa panas tak usah pakai selimut. Selimut tu tutupkan kaki kau saja.

Yangyang pun menyelimuti kakinya saja seperti Ten suruh tadi dan barulah dia merasa boleh tidur dengan lena . Keesokan harinya, Ten terbangun dari tidur lalu dia melihat ke arah jam di dinding dan jarum waktu menunjukkan tepat pada pukul 8 pagi . Di samping itu, dia melihat ke arah si maknae yang masih terlena lagi tetapi dalam keadaan berkelubung di dalam selimut. Dalam hati Ten berkata  *Aik... budak ni kata malam tadi panas sangat sampai berpeluh-peluh ni pagi tidur berkelubung dalam selimut. Sejuklah tu agaknya.*
Ten segera bangun lalu dia pun pergi ke bilik mandi untuk mencuci muka serta memberus gigi sekali. Tanpa dia tahu ada si kecil yang baru saja bangun dari tidurnya sambil menguap dan mengosok mata.
Tidak lama selepas itu, Ten keluar dari bilik mandi dalam keadaan segar lalu dia segera pergi ke dapur kerana dia mendengar bunyi orang sedang memasak. Di dapur terlihat leader mereka iaitu Kun sedang memasak sarapan untuk mereka dan dia pun pandang ke belakang.

BABY YANGYANG 👶🏻Where stories live. Discover now