Muzium

1 0 0
                                    

Hari ini merupakan hari pertama Bahar memulakan kerja shift malam nya sebagai polis pengawal Muzium Arutih. Dia meronda di balai utama sebelum mengunci beberapa pintu masuk.

Di hadapan balairung, dia bertembung dengan seorang lelaki yang memakai baju seragam agak berlainan dengannya. Mungkin ini polis pengawal yang bertugas sama pada hari ini getus hatinya. Bahar menunduk kepala sedikit tanda hormat pada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum padanya, "Baru baru ini ada kes patung hilang di balai laksamana. Eloklah pergi periksa tempat tu."

Bahar terkejut memandangkan ini adalah hari pertama dia bekerja di Muzium Arutih. "Ada pencuri ke?"

" Hahahaha..Takkan patung berjalan sendiri pulak". Kemudian lelaki itu menepuk-nepuk bahu Bahar sebelum beredar.

Tanpa lengah Bahar bergerak terus ke balai laksamana. Dia meneliti patung-patung dan artifak yang ada di situ. Bahar perasan seperti ada satu ruang kosong yang ketara di antara patung-patung itu. Dia mendekati pentas kecil itu untuk melihat screen maklumat. 'Inilah agaknya patung yang hilang tu'

"Polis-polis Tanah Melayu 1945", dia membaca tajuk. Terdapat penerangan di bawahnya dengan tulisan yang lebih kecil. Dia mengerling pula ke arah gambar di tepi tulisan tersebut.Pakaian seragam menjadi fokus matanya.

Refleks badannya berundur ke belakang,
"lelaki tadi.... "

KOLEKSI FIKSYEN PENDEKWhere stories live. Discover now