{ Prologue }

13 2 2
                                    

  
                       

                      | 28 Mei 2009 |
                           
Bunyi troli bergerak ke hulu ke hilir menyebabkan jantung Arith berdegup laju. Peluh membasahi dahinya, kakinya bergetar hebat menunggu keputusan dari doktor. Bunyi tapak kaki makin mendekat kepadanya.
 
"Bagaimana keadaan isteri saya doktor?" Tanya Arith.

  Dia hanya mengeluh. "Maaf, isteri anda tidak dapat diselamatkan kerana kehilangan banyak darah " , kata doktor.

  Arith terduduk di atas lantai dan tidak berkata apa-apa. "Saya pergi dulu", doktor itu pergi tanpa meninggalkan sebarang jejak.

  Arith seperti berada di dalam sebuah ruang yang gelap dan kosong. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Seorang insan yang menemaninya sepanjang hidup akhirnya meninggalkannya buat selama - lamanya.Manik - manik yang jatuh membasahi pipi dengan derasnya.Adakah aku gagal menjadi seorang suami?. Selama 5 tahun kita bersama, kenapa awak yang pergi dulu? Saya tak boleh hidup tanpa awak, soal Arith.
 
                       •-•-•-•-•-•-•
                         
                   | 14 Februari 2020 |

  Jam dinding menunjukkan pukul 9:40 pagi, tanda masa pelajaran Sains telah tamat.
 
  "Bangun! Terima kasih Cikgu Nizam".
  
  Semua murid berdiri tanda memberi salam kepada cikgunya, Cikgu Nizam beransur pergi. Arif hanya duduk diam di meja sambil merenung kipas di atas siling. Tiba-tiba, seorang budak menolak kerusinya menggunakan kaki. Arif terus terjatuh di atas lantai.
 
  "Kau kenapa ha?! Kau memang sengaja kan?!" marah Arif.
  
  "Kalau ye kenapa? Salah? Tak kan" kata budak lelaki itu sambil tersenyum sinis.

  "Kau memang melampau kan!"
 
  Dengan rasa marah yang membuak-buak, Arif terus menumbuk budak lelaki itu dengan kuatnya. Semua murid di dalam kelas itu terkejut akan pergaduhan yang dahsyat itu. Hidung dan bibir budak lelaki itu cedera parah yang menyebabkan pendarahan tanpa henti.

  Arif terus tersedar tentang apa yang dia lakukan. Dia lalu memandang keadaan sekeliling yang dipenuhi oleh murid-murid dan guru-guru. Buku romanya bertukar menjadi sejuk dan menggigil ketakutan. Lalu, Cikgu Mira selaku Guru Disiplin SK Seri Seroja terus memanggil Arif untuk pergi ke biliknya.

                      •-•-•-•-•-•-•

  Bunyi pendingin hawa membuatkan Arif sedikit gugup dan sejuk. Matanya hanya memandang ke bawah. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Cikgu Mira hanya menatap telefon berjenama Vivo sambil menunggu kedatangan seseorang. 10 minit kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki sedang berjalan ke bilik disiplin.

  Jantung Arif semakin berdegup kencang bagai ada angin badai mematikan yang ingin membunuhnya. Daun pintu dipusing, Arif ternampak kelibat ayahnya. Arith melabuhkan punggung di sebelah anaknya.

  Cikgu Mira yang menyedari kedatangan ayah Arif terus mematikan telefon bimbit lalu diletakkan di dalam beg tangannya. Cikgu Mira hanya menarik nafas panjang.

  " Ini anak encik ke?" tanya Cikgu Mira dengan nada yang tegas.
 
  "Ya betul, dia anak saya". " Kenapa ya cikgu?".
 
  Cikgu Mira mengetap bibirnya. Tidak tahu harus berkata apa.
 
  " Beginilah encik, saya menerima satu aduan bahawa Arif telah terlibat dalam satu pergaduhan yang di mana seorang budak lelaki yang ditumbuk oleh anak encik mengalami cedera parah", terang Cikgu Mira.

  Ayahnya sangat terkejut tentang apa yang didengarnya. Arif berasa sangat bersalah dan mukanya menjadi sedikit pucat. Dia tidak sangka benda ini akan berlaku. Ianya berlaku dalam sekelip mata.

  " Jadi, cikgu nak denda anak saya ke?", tanya Arith.

  " Ya, anak encik akan digantung sekolah selama 2 minggu".

  " Baiklah, saya akan terima keputusan cikgu".

  " Maafkan tingkah laku anak saya, mungkin saya patut mendidiknya lebih lagi" kata Arith.

  " Saya harap kes seperti ini tidak akan berlaku lagi".

                        •-•-•-•-•-•-•

  Bunyi tangisan menghilangkan rasa sunyi di dalam rumah itu. Arif menjerit kesakitan kerana dirotan oleh ayahnya.

  " Kamu ni nak jadi apa ha?! Apa masalah kamu pergi tumbuk dia" marah Arith.

  " D..dia yang mula..."

  PANG! Arith menampar muka anaknya dengan kuat hingga terjatuh. Arif hanya mampu menangis. Tangisannya semakin deras turun ke pipi. Dia sedang cuba menahan sakit yang dirasainya.

  " Berani kau melawan cakap aku!", marah Arith.

  " Aku dah penat besarkan kau, ni kau balas?"

Ayahnya hanya pergi meninggalkan dia di ruang tamu. Manakala, Arif hanya diam. Dia berasa tidak adil dengan apa yang ayah lakukan kepadanya. Dia lalu bangun dengan keadaan lemah ke biliknya.

  Daun pintu dipusing, Arif terus menutup dan mengunci pintu biliknya dari dalam. Dia berjalan ke arah meja belajar. Sehelai kertas diambil olehnya dan diletakkan di atas meja. Dia terus menulis sesuatu yang berada di dalam mindanya.

  Tanpa disedari, waktu semakin lewat malam. Arif dapat merasakan angin bertiup  di dalam badannya. Angin yang sangat sejuk dan tenang. Dia berharap dapat merasakan perasaan ini setiap hari. Arif lalu tertidur di atas meja belajarnya.

                         •-•-•-•-•-•-•                         
 

Takdir yang Tertulis Where stories live. Discover now