| Arif, 15 tahun
Arif seperti berada di dalam hutan yang gelap dan sunyi. Dia dapat merasakan seseorang mengejarnya dari belakang.Apa yang dilihat oleh Arif, ada seekor raksasa yang sangat besar. Ia mempunyai bulu yang lebat dan mata yang banyak. Raksasa itu terus mengejarnya. Alif terus berlari sekuat hati dari kejaran raksasa yang menakutkan itu.
" Lari laju lagi Arif, dia semakin dekat dengan kau. Kau boleh Arif, kau boleh. Sikit lagi", bisik hatinya.
Raksasa itu semakin dekat. Arif sudah sedikit lelah kerana terlalu banyak menggunakan tenaga semasa berlari. Peluh membasahi dahinya. Degupan jantung semakin laju macam nak meletup!
Tiba-tiba, Raksasa itu memegang Arif dan mengangkatnya. Arif berusaha untuk melepas dari pegangan raksasa itu, namun gagal.
Arif terus terbangun dari tidurnya. Dia memandang sekeliling. Dilihat jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Badannya sedikit berpeluh. Mungkin kerana angin kipas di dalam biliknya yang tidak terlalu kuat menyebabkan dia sedikit berpeluh.
" Huh, ingat kan betul. Nasib baik mimpi. Kalau tak aku dah masuk alam barzakh dah", bisik hatinya.
Arif bangun dari katilnya menuju ke pintu. Pintu dibuka, terlihat ayahnya sedang memasak di dapur. Bau roti menusuk hidung Arif. Bau yang sangat sedap, sehingga menaikkan rasa lapar di dalam perutnya.
" Ha bangun dah, baru nak kejut tadi. Tak ingat pula ", kata Arith.
" Hmm, lambat. Arif dah bangun dulu".
Dia lalu berjalan ke singki, paip singki dipusing. Arif menadah tangan dan membasuh mukanya agar tidak terlalu mengantuk. Arith mengambil dua buah cawan dan diletakkan di atas dulang.
Dituang Kopi O di dalam cawan. Dengan sepantas kilat, Arif terus mengambil pinggan di almari atas dan diletakkan di atas meja. Ayahnya hanya menggeleng.
Roti telur dihidang di atas meja bersama sos cili. Tidak sabar, Arif terus membaca doa dan menyuap makanan di dalam mulutnya. Ayahnya menghirup Kopi O yang masih panas.
" Lapar nampak, macam tak makan setahun", cuit ayahnya.
Arif tergelak kecil. Dihirup Kopi O yang dibancuh oleh ayahnya. Tekaknya terasa lebih lega. Suasana di dalam rumah itu kembali diam, tidak tahu apa yang perlu dibicarakan.
Arif hanya menatap bawah. Dia ingin memulakan perbualan namun dipendam. Arith menghirup Kopi O untuk kali ketiga. Habis sudah Kopi O yang diminum oleh ayahnya.
" Eh! Alamak! Dah pukul 6:00! Aduh dah lambat ni", keluh Arif.
Dia terus berlari menaiki anak tangga. Kedengaran laungan azan di gegendang telinganya. Arith tertawa kecil melihat gelagat anak lelakinya itu.
•-•-•-•-•-•-•
Terlihat Arif sedang menyikat rambutnya di hadapan cermin. Diambil gel rambut lalu disapukan ke rambut yang kusut - masai itu. Dia bingkas bangun membuka tingkap biliknya.Matahari yang terang menyinari matanya. Arif lalu mengemas katil agar kelihatan kemas. Dia mengenakan baju T-shirt berwarna Dark Blue dan seluar Track berjenama H.M berwarna hitam.
Dipakai jam tangan berjenama Garmin di pergelangan tangannya. Arif mengambil beg galasnya lalu membuka pintu biliknya.
Rumahnya kelihatan senyap dan sunyi. Mungkin kerana ayahnya sudah pergi bekerja.Arif mengambil kunci motor dan kunci rumahnya yang digantung lalu mengunci pintu rumah itu. Dia terus menghidupkan enjin motor dan pergi ke sekolah yang tidak jauh dari rumahnya.
Kelihatan kelibat seseorang sedang memerhati Arif di sebalik semak - samun.
•-•-•-•-•-•-•
Setelah memarkir motor, Dia berjalan untuk pergi ke kelas. Arif melihat ramai orang di dalam sekolah itu. Kedengaran bunyi bising di gegendang telinganya.
Sesampai di hadapan kelas, Dia memusing daun pintu dan pintu dibuka. Arif berasa pelik kerana tiada sesiapa di dalam kelasnya.
Dia tidak terlalu mempedulikannya. Ketika sedang berjalan ke arah meja belajar, Dia dapat merasakan seseorang di belakangnya. Bagi Arif, mungkin itu hanya imaginasi fikirannya.
Tiba-tiba, seseorang menengah Arif daripada belakang. Dia lalu memusingkan kepalanya untuk melihat siapa yang menergahnya.
" Wah! Terkejutnya kita! ", gurau Arif.
" Ala, tak best la kau ni. Nak ajak gurau pun macam tak da perasaan je", terang Iman.
" Sorry la, aku tak de mood nak terkejut pagi ni ", kata Arif.
Mereka lalu duduk di meja belajar. Kebetulan pula meja mereka bersebelahan jadi senang untuk berbual-bual. Arif hanya termenung memikirkan sesuatu sambil menghadap tepi tingkap kelasnya.
Iman memeriksa beg galasnya yang berjenama Puma lalu mengambil kerja projeknuya bersama Arif yang dibuat seminggu yang lalu. Dia melihat Arif yang sedang termenung di tepi tingkap.
" W...wei aku rasa, a..aku tertinggal projek RBT yang kita buat hari tu la"
Arif terus tersedar dari lamunannya apabila Iman berkata seperti itu.
" Apa?! Kau tertinggal projek RBT yang kita buat hari tu! " jerit Arif
" Mati kita wei kalau tak bawa projek tu. Dah la hari ni Cikgu Nora datang ".
" Sorry wei, aku memang betul-betul terlupa bawa", terang Iman dengan nada yang sedih.
Arif memeluk rakan baiknya itu dengan erat. Iman terus terkejut akan sikap kawan baiknya itu. Dia lalu membalas pelukan Arif.
Terdengar bunyi tombol pintu dipusing, Arif terus melepaskan pelukan dari Iman. Terlihat seorang lelaki berambut pendek berwarna hitam berjalan masuk ke dalam kelasnya.
" I..itu kan...."
YOU ARE READING
Takdir yang Tertulis
Action"Apa yang ayah sorokkan dari Arif selama ni ayah?" - Arif - " Maksud kamu? Ayah tak faham la", tanya Arith. - Arith - " A...ayah..., ayah tipu! Ayah tipu Arif selama ni kan?" ...