BAB 8: Rumah Teres Akak Seluar

486 118 44
                                    

JELINGAN Dr. Amrina saat Lusi masuk ke kelas berjaya buatkan perut gadis itu memulas. Aduh. Kalau dah sekali kena jeling dengan Dr. Amrina, maksudnya dia perlu siap sedia mental untuk kena target 3 kali dalam kelas.

Lusi hanya menunduk tanda maaf akan kelewatannya sebelum duduk di tempat yang kosong.

Kerusinya terasa disepak lembut dari belakang. Kepalanya dipusingkan 90 darjah untuk lihat gerangan yang menyepak.

Farah.

Lusi angkat kening menyoal. Farah pula kerutkan keningnya.

"And what's the difference between the bottom-up and top-down reading models, Ana Lusiana?"

Ah sudah. Baru seminit kena jeling, dah dapat target yang pertama.

"Bottom-up process starts with the printed materials itself while the top-down process... readers.. apa tu.."

"Apa tu?" Dr. Amrina cekak pinggang. Ini kelas Bahasa Inggeris!

"I mean! Um.. top-down.. the process starts with the readers'... prior knowledge?"

Kelas seramai 18 orang itu sepi. Dr. Amrina masih merenung Lusi tajam. Habis tersekat nafas Lusi di kerongkong.

"Okay," ucap Dr. Amrina sepatah sebelum menyambung kelas. Lusi sempat membulatkan matanya ke arah Farah yang menjadi punca.

Dia pun tak pasti apa yang Farah mahu. Lusi dan Farah, tidaklah rapat mana. Cuma jika ada assignment berkumpulan, dia akan sertai Farah. Bukan setakat Farah, seorang teman kelas pun tak ada yang rapat dengan Lusi. Setakat bersembang dalam kelas, bolehlah. Nak ajak keluar bersama, macam lambat lagi.

Pada masa yang sama, Lusi sedar ini salah dirinya sendiri. Dia jarang makan tengahari bersama teman kelasnya yang lain. Yalah, diorang nak makan dekat kafe je. Lusi pula bajet makan tengahari cuma RM5. Bila ajakan asyik ditolak, lama-lama orang pun malas mahu mengajak.

Bukan itu je. Masa semester 3, kelas mereka semakin erat hubungan. Jadi selang 2 minggu, ada saja rancangan mereka untuk luangkan masa bersama di luar kampus. Sayang sekali, kebanyakan rancangan berlangsung waktu pagi. Lusi pula sibuk ambil upah jual sarapan dengan Mak Cik Kinah ketika semester 3 dahulu.

Demi sepinggan nasi kandar seminggu sekali, katakan.

Habis kelas, barulah Lusi pusing badannya ke belakang, mahu soal Farah apa kena kakinya gatal sepak kerusi Lusi tadi? Tak pasal-pasal jadi kaunter pertanyaan Dr. Amrina.

"Kau tak ada phone ke Lusi?" Belum sempat Lusi buka mulut, Farah sudah menyoal. Mai, teman rapat Farah turut sama memberi perhatian penuh kepada Lusi.

Keliru. Lusi angkat telefon Vivo Y15 nya di hadapan wajah Farah. "Ada je. Cuma kadang-kadang selalu mati tanpa sebab."

Farah yang bertocang dua keluarkan pula telefonnya. Dia menekan nama 'Lusi Classmate' di dalam buku kenalan. Pembesar suara dibuka.

Lusi perhati perbuatan Farah, masih keliru.

"The number you have dialed cannot be reached-" Farah matikan panggilan.

"Bro..." Mai akhirnya masuk ke dalam perbualan. "Kau block nombor kitorang ke..."

"Eh ya Allah sumpah tak! Telefon ni dah 4 tahun aku guna jadi memang bengong-bengong sikit. Korang ada call aku ke sebelum ni?"

"Lusi!" Farah genggam kedua tangannya geram. "Sabtu! Lepas Zohor! Discussion! Dua jam kitorang tunggu kau dekat library!"

Pap!

SOLUSIWhere stories live. Discover now