PROLOG

5 0 0
                                    

Ayra berlari pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Dia meletakkan beg komputer ribanya di atas katil dan menuju terus ke tandas kerana ingin membuang air besar. Namun tidak semena-mena, kakinya tergelincir lalu kepalanya terhentak ke lantai akibat lantai yang licin. "Aduh!", dia memegang kepalanya dan mengomel dalam hati, "Kalau pergi tandas kat tempat kerja tadi kan senang. Tapi sakit jiwa betul la, kenapa la masa aku nak buang hajat, masa itulah ramai beratur nak guna tandas. Serabut betullah". Ayra menuju ke bilik tidurnya, tak jadi ke tandas selepas kepalanya terhantuk. Tiba-tiba ada bunyi notifikasi WhatsApp dari telefon pintarnya. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg dan melihat ke arah skrin telefon. "Ouh Aiman rupanya", kata Ayra lalu membuka aplikasi tersebut. Ayra membaca mesej tersebut. Matanya terbuntang seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dibacanya. Ayra menggosok matanya berkali-kali lalu membaca mesej teman lelakinya sekali lagi. "Aku minta maaf Ayra, perempuan gila tu datang ke rumah aku. Dia paksa aku bertanggungjawab atas perbuatan aku. Aku minta maaf Ayra. Aku mengaku. Aku hamilkan dia. Tapi aku betul-betul tak sedar masa itu. Jangan tinggalkan aku Ayra. Aku takut."

Ayra terduduk lalu telefon pintar terlepas dari tangannya. Tanpa dia sedari, setitis demi setitis air matanya meluncur di pipi, diikuti dengan helaan nafas yang berat keluar dari mulutnya. Dia memeluk kedua-dua lututnya dengan erat, berusaha menghentikan tangisannya. Ayra berusaha untuk menahan emosi daripada menguasainya namun gagal. Ayra mula menumbuk dadanya berkali-kali sambil menggumam sendirian, "Apa kurangnya aku, apa kurangnya aku Aiman", sambil menangis teresak-esak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KORBANWhere stories live. Discover now